Global

Tenaga dari Malaysia, untuk Asia Tenggara

Tenaga dari Malaysia, untuk Asia
Tenggara

Selama 40 tahun yang lalu, dan dalam peralihan tenaga kepada masa depan karbon yang lebih rendah, gas asli merupakan bahan api yang telah membawa Malaysia dan Asia Tenggara maju ke hadapan. Dengan infrastruktur gas yang luas dan sangat mudah diakses, kami menggerakkan perniagaan dan industri untuk mencapai kemajuan dengan gas.

Memacu Asia Tenggara maju ke hadapan

dengan kuasa semula jadi

Memacu Asia Tenggara maju ke hadapan dengan kuasa semula jadi

Di Malaysia, kami menjadikan gas asli sangat mudah diakses melalui rangkaian saluran paip Peninsular Gas Utilisation (PGU) sepanjang >2,600km yang menghantar gas yang telah diproses kepada pelanggan di seluruh negara, termasuklah juga ke Thailand dan Singapura.

Selain gas yang telah diproses, kami juga membekalkan stim, tenaga dan gas industri melalui Kompleks Petrokimia Bersepadu Kertih di Terengganu dan Kawasan Perindustrian Gebeng di Pahang.

Penyelesaian direka khas, khusus untuk anda

Penyelesaian direka khas, khusus untuk anda

Sebagai rakan yang dipercayai untuk penyelesaian tenaga karbon yang lebih rendah, kami menawarkan pelbagai penyelesaian gas asli yang mudah diakses untuk menyokong pertumbuhan perniagaan anda.

Pemprosesan Gas

Loji pemprosesan kami memproses gas asli untuk memastikannya selamat dan bersedia untuk digunakan dalam pelbagai sektor dan industri.

Pengangkutan Gas

Kami mengangkut gas jualan kepada sektor tenaga, kilang petrokimia, dan pelbagai industri - dengan rekod prestasi operasi selama lebih 30 tahun.

Utiliti

Pengeluaran utiliti kami memberikan khidmat kepada pelanggan merentas pelbagai industri.
- Elektrik & Stim
- Gas Industri
- Air Dirawat

Regasifikasi

Dengan kapasiti dan terminal tambahan kami, kami mempromosikan pengimportan LNG ke Malaysia dan pertumbuhan industri gas negara.

Akses Pihak Ketiga

Kami telah membuka infrastruktur gas kami kepada Akses Pihak Ketiga sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk menyokong liberalisasi pasaran gas domestik.

+