News

14 · Oct · 2021
MPM COVID-19 Message October 2021
Highlights

Dear Friends and Colleagues,

 

For your safety as well as your loved ones, starting this 1 October 2021, PETRONAS worksites are only accessible to individuals who are fully vaccinated. 

 

This will allow you, as our frontliners to be comfortable in a COVID-19-free safe environment whenever you are at any PETRONAS premises in your quest to ensure we, as a country continue to enjoy uninterrupted energy supply.

 

Two golden rules apply. Firstly, we must all be certified to be fully vaccinated as per recommended dosages. Secondly, we need to continue adhering to the SOPs that are in place. We thank you for your choice to do the right thing and get vaccinated. This will not only keep you safe, it will also keep those around you, your colleagues and most importantly, your loved ones safe. 

 

PETRONAS on our part, will continue updating the oil and gas Green Bubble SOP execution plan to ensure the procedures remain relevant in safeguarding the safety of everyone involved in the industry. In conjunction with this, we urge everyone to utilise MyPeT system through “QR Scan” application when checking-in at embarkation points, boarding the vessels and offshore facilities. MyPeT will be used as a tool for you to declare your vaccination and health status. The web-based MyPeT system will assist in ensuring effectiveness of COVID-19 case management process.

 

Let us all do our part, and we can all come out from this stronger. Safety is always paramount in everything we do and everything we do, is worth doing safely. We thank you for your continuous support. In the meantime, stay safe and continue the vigilance. #kitajagakita

 

Malaysia Petroleum Management,
PETRONAS
October 2021

 


Teman–teman serta rakan-rakan seperjuangan sekalian, 

 

Bagi memastikan keselamatan anda dan orang-orang yang tersayang, berkuatkuasa 1 Oktober 2021, hanya individu yang telah divaksinasi lengkap dibenarkan masuk ke mana-mana kawasan operasi PETRONAS.   

 

Tidak kira di mana anda berada di kawasan operasi PETRONAS, langkah ini akan memastikan perjuangan kita sebagai barisan hadapan dalam memastikan kelestarian operasi minyak dan gas serta bekalan tenaga negara akan sentiasa berada di dalam persekitaran kerja yang selamat dan bebas COVID-19. 

 

Untuk ini, dua peraturan penting perlu kita amalkan. Pertama, kita semua perlu disahkan telah menerima vaksin yang lengkap mengikut dos yang disarankan. Kedua, kita semua mesti mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

 

Kami bersyukur dengan keputusan anda untuk mendapatkan vaksinasi yang lengkap.  Ini adalah keputusan yang tepat dan bertanggungjawab. Ia bukan sahaja dapat mengurangkan risiko kita daripada jangkitan COVID-19 yang kronik tetapi  juga menyelamatkan orang-orang di sekeliling kita termasuklah yang paling penting,  keluarga dan sanak saudara kita yang tersayang. 

 

PETRONAS akan terus berusaha untuk menambah baik pelaksanaan SOP ‘Green Bubble’ supaya SOP tersebut kekal relevan dalam memastikan keselamatan kita semua sebagai warga industri minyak dan gas dapat terus terpelihara. Sehubungan dengan itu, penggunaan sistem MyPeT melalui aplikasi "QR Scan" sebagai pendaftaran diri secara terus adalah diwajibkan disetiap lokasi pelepasan ke pelantar, kapal dan di fasiliti-fasiliti pesisir pantai. MyPeT akan digunakan sebagai medium pengesahan status vaksinasi dan kesihatan pekerja-pekerja ke fasiliti pesisir pantai. Aplikasi sesawang MyPeT ini juga akan membantu dalam memastikan keberkesanan pengurusan kes COVID-19.

 

Marilah kita bersama-sama melaksanakan tanggungjawab kita untuk menempuh cabaran ini. Dengan semangat setiakawan sesama kita, kemenangan akan sentiasa berpihak dengan kita.  Utamakanlah kesihatan dan keselamatan di mana jua anda berada. #kitajagakita
Terima kasih.

 

Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM),
PETRONAS
Oktober 2021