Media Release

26 · Feb · 2020
Tahap Operasi Yang Kukuh Dan Portfolio Yang Berkembang
Kuala Lumpur, 26 Februari – Tahun 2019 menyaksikan PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG) terus membina kecemerlangan operasi dan komersil di sebalik pasaran yang mencabar. Strategi pertumbuhan Kumpulan direalisaskan melalui pelaburannya di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) dan pembelian sebuah syarikat kimia khusus.
 
Sorotan penting YTD 2019 berbanding YTD 2018
  • PCG mengekalkan kebolehpercayaan loji yang tinggi dan mencatatkan kadar penggunaan loji melebihi penanda aras kelas dunia pada 92% walaupun dengan aktiviti pemulihan dan penyelenggaraan yang berat di seluruh Kumpulan. Ini telah menghasilkan tahap pengeluaran yang setanding.
  • Hasil bagaimanapun menurun 16% tahun ke tahun disebabkan oleh kejatuhan harga produk petrokimia berikutan aliran masuk industri yang terus menurun sepanjang tahun 2019.
  • Margin Perolehan Sebelum Faedah, Cukai, Susutnilai, dan Amortisasi (EBITDA) menurun 8% tahun ke tahun kepada 27%, berikutan penurunan harga produk dan diimbangi oleh Dolar Amerika yang lebih kuat berbanding Ringgit Malaysia.
  • Keuntungan untuk tahun tersebut terimpak disebabkan EBITDA dan Keuntungan Selepas Cukai (PAT) menurun sebanyak 36% dan 43% tahun ke tahun kepada RM4.4 bilion dan RM2.8 bilion masing-masing.
  • PCG mengisytiharkan dividen interim kedua bagi tahun 2019 sebanyak 7 sen bagi setiap saham biasa berjumlah RM560 juta yang akan dibayar pada Mac 2020. Ini adalah tambahan kepada dividen interim pertama sebanyak 11 sen sesaham yang telah dibayar kepada pemegang-pemegang saham pada September 2019. Jumlah dividen bagi tahun kewangan 2019 adalah sebanyak 18 sen atau RM1,440 juta, menjadikan nisbah pembayaran dividen sebanyak 51.2% daripada jumlah keuntungan selepas cukai dan kepentingan tidak dikawal (PATANCI).
 

Mengulas tentang keputusan yang diumumkan, Datuk Sazali berkata, "Kami mengakhiri 2019 dengan prestasi yang berdaya tahan. Selain mengekalkan kadar penggunaan loji pada penanda aras kelas dunia, kami juga menunjukkan tahap kebolehpercayaan perkhidmatan yang tinggi kepada para pelanggan. Secara keseluruhan, kami berjaya mencapai kecemerlangan operasi dan komersial sambil menguruskan kos kami secara berhemat dalam persekitaran pasaran yang mencabar dan tidak menentu. "

 

"Tumpuan utama kami pada tahun 2020 termasuk meningkatkan dan pengkomersialan loji-loji kimia di Kompleks Bersepadu Pengerang yang sedang menjalani ujian prestasi. Sehingga kini, kami telah mencapai pengeluaran pertama polietilena, polipropilena dan etilena glikol,”tambah Datuk Sazali.

 

"Harga produk petrokimia dijangka stabil dalam jangka terdekat. Walau bagaimanapun, kami kekal berhati-hati di sebalik ketidakpastian pasaran yang disebabkan oleh pertikaian perdagangan AS-China, pertumbuhan GDP yang perlahan dan wabak Covid-19. Kami menjangkakan untuk terus menerajui melalui persekitaran perniagaan semasa memandangkan kecemerlangan operasi dan komersial kami yang kukuh, "kata Datuk Sazali.

Left footer graphic with PETRONAS Dots Right footer graphic with PETRONAS Dots

Copyright © 2024 PETRONAS Chemicals Group Berhad 199801003704 (459830-K).
All rights reserved.