Pernyataan Privasi

Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dan kumpulan syarikatnya, termasuk subsidari-subsidarinya dan kumpulan syarikatnya ("PETRONAS" atau "Kami") komited dalam melindungi dan menghormati privasi anda.
 
Rujukan kepada "PETRONAS" di sini merujuk kepada Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), subsidari-subsidarinya dan kumpulan syarikatnya. Syarikat-syarikat di mana PETRONAS memegang saham secara langsung atau tidak langsung adalah entiti undang-undang yang berasingan. Untuk melihat kumpulan syarikat PETRONAS, sila klik di sini.
 
Pernyataan Privasi PETRONAS ini ("Pernyataan Privasi") menerangkan jenis data peribadi yang kami kumpulkan mengenai anda, bila dan mengapa kami mengumpulnya, bagaimana kami menggunakannya, situasi di mana kami boleh mendedahkannya kepada pihak lain, hak anda terhadap data peribadi anda dan bagaimana kami memastikannya selamat.
 
Pernyataan Privasi ini merangkumi aktiviti-aktiviti pengumpulan data peribadi yang kami lakukan di dalam talian dan juga luar talian, termasuk data peribadi yang kami kumpulkan melalui platform di dalam talian seperti laman web, aplikasi, rangkaian sosial media pihak ketiga atau acara dalam talian dan acara fizikal kami, atau daripada pihak ketiga yang bekerja bersama kami.
 
Sila baca Pernyataan Privasi ini dengan teliti untuk memahami pandangan dan amalan kami mengenai data peribadi anda.
Siapakah Kami
PETRONAS merupakan syarikat tenaga global yang dinamik serta mempunyai operasi di lebih dari 50 negara, dengan syarikat induk yang didaftarkan di Malaysia. Alamat berdaftar untuk Petroliam Nasional Berhad adalah 1, Tower 1, PETRONAS Twin Towers, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
Pengumpulan dan Penggunaan Maklumat

Jika anda merupakan seorang pekerja atau bekerja untuk PETRONAS, kami akan memberi pernyataan privasi yang berlainan untuk memaklumkan anda bagaimana data peribadi anda digunakan.

 

Data peribadi anda mungkin dikumpulkan daripada anda secara langsung atau daripada sumber lain seperti pelanggan, klien, rakan niaga dan wakil, pihak ketiga seperti pihak berkuasa, agensi kerajaan, agensi pelaporan kredit, agensi rekrut pekerja, pembekal perkhidmatan saringan pra-pekerjaan, majikan anda atau referi yang lain, maklumat rangkaian sosial, rekod awam, atau daripada pihak ketiga lain yang bekerja dengan kami. Kami mungkin mengagregatkan data peribadi daripada pelbagai sumber seperti pengumpulan di dalam talian dan di luar talian, dan kami menggabungkan data peribadi yang dikumpul oleh mana-mana ahli kumpulan syarikat PETRONAS, kami hanya akan berbuat demikian untuk tujuan yang selaras dengan tujuan anda memberi data peribadi tersebut.

 

Data yang telah diagregatkan yang mungkin diperoleh daripada data peribadi anda tetapi yang telah dinyahperibadi (“anonymized”) tidak dianggap sebagai data peribadi di bawah undang-undang, oleh sebab data tersebut tidak mendedahkan identiti anda secara langsung atau tidak langsung. Sebagai contoh, kami mungkin menggabungkan data peribadi yang berkaitan dengan penggunaan laman web kami untuk mengira peratusan pengguna yang mengakses ciri spesifik laman web. Walau bagaimanapun, jika kami menggabungkan atau menghubungkan data gabungan dengan data peribadi anda melalui cara yang mengenalpasti anda secara langsung atau tidak langsung, kami menganggapkan data gabungan tersebut sebagai data peribadi dan akan menggunakannya menurut Pernyataan Privasi ini. Jika anda merupakan seorang pelanggan atau vendor semasa kami atau wakil untuk pelanggan semasa, butiran lanjut tentang cara kami menggunakan data peribadi anda dinyatakan di dalam perjanjian anda dengan kami atau perjanjian pelanggan antara majikan anda dengan kami. Kami mungkin memberikan notis lanjut kepada anda pada masa kami mengumpulkan data peribadi anda, yang akan menyatakan maklumat lanjut mengenai penggunaan data peribadi tersebut oleh kami, dan, jika terpakai, memberikan anda keupayaan untuk menarik diri (“opt-out”) atau memilih untuk menggunakan perkhidmatan kami (“opt-in”).

 

Jika anda berada di dalam Kawasan Ekonomi Eropah (“EEA”) atau United Kingdom (“UK”) semasa berinteraksi dengan kami (selain daripada hanya untuk tujuan perjalanan di mana anda bukan seorang pemastautin di EEA atau UK), undang-undang negara-negara tersebut memerlukan kami memberikan anda maklumat lanjut megenai aktiviti pemprosesan kami. Maklumat ini dinyatakan di dalam Appendiks A.

 

Jika anda berada di dalam sebuah negara atau kawasan di luar EEA atau UK semasa anda berinteraksi dengan kami (selain hanya untuk tujuan perjalanan di mana anda bukan seorang pemastautin di EEA atau UK) dan tertakluk kepada undang-undang perlindungan data yang berkenaan, sekiranya anda memberikan data peribadi anda kepada kami, anda mengizinkan dan memberi persetujuan untuk kami mengumpulkan, menggunakan dan mendedahkan data peribadi anda untuk sebilangan atau semua tujuan yang dinyatakan di dalam Pernyataan Privasi ini, di mana terpakai.

 
A. Jenis Data Peribadi yang Dikumpulkan dan Cara kami Mengumpulnya
Kami akan mengumpul dan memproses semua atau sebilangan data peribadi anda seperti berikut. Kami menetapkan jenis data tertentu (yang ditakrifkan di bawah) sebagai Data Kategori Khusus.
 
  1. Data peribadi yang anda berikan kepada kami, seperti apabila anda menggunakan borang maklumat di laman web, memberikan maklum balas, surat-menyurat dengan kami atau apabila anda berinteraksi dengan apa-apa saluran rangkaian sosial (yang mungkin termasuk bila anda menekan butang “like” atau menyiarkan komen pada sesuatu “post”);

    Kami mungkin mengumpulkan data peribadi semasa dan yang lampau, termasuk nama anda (termasuk gelaran), maklumat hubungan (seperti alamat, emel, nombor telefon, butiran kerakyatan, nombor pengenalan seperti nombor pasport, tarikh lahir, jantina, organisasi, kecenderungan perniagaan, pekerjaan, jawatan yang dipegang), pengenalan media sosial, Data Kategori Khusus (seperti yang ditakrifkan di bawah), maklumat bil dan kewangan (seperti alamat bil, akaun bank dan maklumat pembayaran) dan butiran pertanyaan atau aduan dan maklumat lain yang bergantung kepada sifat hubungan perniagaan atau urusniaga anda dengan PETRONAS. “Data Kategori Khusus” bermaksud data peribadi sensitif yang mendedahkan kaum atau keturunan etnik, pendapat politik, agama atau pendapat falsafah, keahlian dalam kesatuan sekerja, genetik, biometrik, kesihatan, seksualiti, orientasi seksual, atau berkenaan dengan sabitan atau kesalahan jenayah. Data Kategori Khusus menerima tahap perlindungan data peribadi yang lebih tinggi dalam sebilangan bidang kuasa seperti EEA dan UK. Pengumpulan dan pemprosesan Data Kategori Khusus melibatkan keperluan yang berlainan di dalam sesuatu negara selaras dengan undang-undang tempatan yang terpakai di negara tersebut.
     
  2. Maklumat yang anda berikan apabila anda membuat permohonan untuk mendapatkan jawatan, penempatan kerja termasuk program latihan atau semasa hari terbuka, acara pengambilan atau sebagai seorang benefisiari.

    Dalam apa-apa keadaan yang dinyatakan di atas, kami mengumpulkan CV atau résumé anda yang mungkin termasuk butiran peribadi anda (seperti nama, alamat, alamat emel, dan nombor telefon), butiran pelajaran (seperti bidang pelajaran, universiti dan negara di mana pelajaran diambil, markah akademik, perakuan peribadi), sejarah pekerjaan, kaum atau keturunan etnik, kerakyatan, maklumat kewangan (seperti pendapatan ibu bapa atau benefisiari, nama dan nombor akaun bank), gambar atau gambar profil dan apa-apa dokumen sokongan atau maklumat seperti yang dikemukakan oleh anda atau bagi pihak anda dalam proses permohonan.

    Kami menjalankan saringan sebelum kami membuat tawaran pekerjaan, biasiswa atau program latihan atau menerima pemberian sebagai benefisiari (mengikut kesesuaian). Kami mungkin menjalankan semakan rekod jenayah atau semakan probiti kewangan atau membuat carian bebas yang lain untuk menilai kesesuaian anda bagi jawatan tersebut di mana dibenarkan oleh, dan selaras dengan, undang-undang yang terpakai. Data Kategori Khusus mungkin diproses secara ketat selaras dengan undang-undang tempatan yang terpakai.
     
  3. Anda (atau individu yang anda wakil) mempunyai hubungan dengan kami

    Jika anda merupakan, mewakili atau berhubung kait dengan pelanggan dan klien kami, di mana anda merupakan rakan niaga atau pembekal perkhidmatan kepada rakan niaga kami dan di mana anda atau organisasi anda merupakan pihak berkuasa, agensi kerajaan, kehakiman, perundangan atau agensi penguatkuasaan undang-undang, kami mungkin mengumpul dan memproses data peribadi anda berdasarkan hubungan anda dengan kami. Jenis data peribadi termasuk maklumat hubungan (seperti nama, alamat, emel dan nombor telefon); maklumat pengenalan (seperti nombor kad pengenalan, nombor pasport, tarikh lahir); maklumat perniagaan (seperti nama organisasi, nama jawatan, jabatan, alamat perniagaan, struktur organisasi, pemegangan saham atau kedudukan sebagai pengarah); mana-mana rakaman melalui platform komunikasi (seperti Microsoft Teams atau Zoom(s), dll.), butiran dalam dokumen pendaftaran perniagaan, usaha wajar oleh pihak ketiga, dokumen, semakan kredit, butiran kewangan termasuk butiran akaun bank dan pernyataan akaun bank; maklumat demografi dan kegemaran termasuk semua maklumat yang menerangkan demografi dan sifat-sifat kelakuan (seperti tarikh lahir, umur atau julat umur, lokasi geografi, pilihan peribadi (cth., makanan), keadaan perubatan (cth., alahan), hobi atau kegemaran dan maklumat rumah tangga atau gaya hidup).
  4. Laman web dan penggunaan komunikasi di dalam talian

    Butiran mengenai lawatan kepada laman web kami dan maklumat yang dikumpul melalui kuki (‘cookie’) dan teknologi penjejakan lain termasuk maklumat log masuk anda, alamat IP dan nama domain, versi pelayar dan sistem operasi, maklumat mengenai peranti anda, data kesesakan, data lokasi, log web dan data komunikasi lain, serta sumber yang anda akses.

    Kami menggunakan kuki yang berikut:
    • Kuki analitik atau prestasi. Ia membenarkan kami mengenalpasti dan mengira jumlah pelawat dan memantau gerakan pelawat di laman web apabila mereka menggunakannya. Ini membantu kami meningkatkan cara laman web kami berfungsi, sebagai contoh, dengan memastikan pengguna dapat mencari apa yang dicarinya dengan senang.

    Anda boleh mendapat lebih maklumat mengenai kuki individu yang kami gunakan dan tujuan kami menggunakan kuki itu dalam jadual di bawah:
     
    Gelaran Kuki &
    Nama Kuki
    Tempoh Tamat Tujuan
    _ga 2 tahun Nama kuki ini berkaitan dengan Analitik Semesta Google (Google Universal Analytics), yang merupakan kemas kini yang penting dalam perkhidmatan analitik yang biasanya digunakan oleh Google. Kami menggunakan kuki ini untuk membezakan pengguna unik dengan menetapkan nombor yang dihasilkan secara rawak sebagai sesuatu pengecam klien. Ia dimasukkan ke dalam setiap permintaan laman web dan digunakan untuk mengira data pelawat, sesi dan kempen untuk laporan-laporan analitik laman web.
    _gid 1 hari Kuki ini ditetapkan oleh Analitik Google. Ia menyimpan dan mengemaskini sesuatu nilai yang unik bagi setiap laman yang dilawati. Kami menggunakan kuki ini untuk mengira dan menjejak paparan laman.
    _gat_UA-
    82765211-1
    1 minit Ini merupakan sesuatu kuki berjenis pola yang ditetapkan oleh Analitik Google, di mana unsur pola pada nama mengandungi nombor pengenalan unik untuk akaun atau laman web yang berkaitan dengannya. Ia merupakan kuki yang diubah berbanding dengan _gat kuki yang digunakan untuk mengehadkan jumlah data yang direkodkan oleh Google di atas laman web yang mempunyai jumlah trafik yang tinggi.
    _gat_UA-
    123749877-1
    1 minit Ini merupakan sesuatu kuki berjenis pola yang ditetapkan oleh Analitik Google, di mana unsur pola pada nama mengandungi nombor pengenalan unik bagi akaun atau laman web yang berkaitan dengannya. kuki yang diubahkan berbanding dengan _gat kuki yang digunakan untuk mengehadkan jumlah data yang direkodkan oleh Google di atas laman web yang mempunyai jumlah trafik yang tinggi.

    Anda boleh menyekat kuki dengan mengaktifkan tetapan di pelayar anda yang membenarkan anda menolak tetapan untuk semua atau sesetengah kuki. Walau bagaimanapun, jika anda menggunakan tetapan pelayar untuk menolak semua kuki (termasuk kuki penting) anda mungkin tidak dapat mengakses semua atau sebahagian laman web kami.

    Jika mana-mana bahagian laman web kami menghubungkan anda kepada laman web luar, laman web itu tidak beroperasi di bawah Pernyataan Privasi ini dan kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang liabiliti yang timbul daripada laman-laman web tersebut. Kami mengesyorkan anda membaca pernyataan/polisi perlindungan data peribadi/privasi yang disiarkan di laman web luar tersebut supaya dapat memahami prosedur mereka dalam mengumpulkan, memproses, menggunakan dan mendedahkan data peribadi dan sebelum mengemukakan data peribadi anda kepada laman web tersebut.

    Kami juga mungkin mengumpulkan maklumat yang anda berikan apabila anda sedang melengkapkan pelangganan atau pendaftaran di dalam talian dan apa-apa borang permohonan di dalam talian atau apabila anda melaporkan sesuatu masalah, membuat pertanyaan atau memberikan maklum balas mengenai perkhidmatan di dalam talian kami.
  5. Pelawat kepada mana-mana pejabat, premis atau acara kami

    Semasa anda melawat pejabat atau premis kami, kami mungkin mengumpul dan memproses data peribadi anda yang berkaitan dengan lawatan anda. Data perbadi tersebut termasuk maklumat hubungan (seperti nama, alamat, emel dan nombor telefon), maklumat pengenalan (seperti nombor kad pengenalan, nombor pengenalan pasport atau maklumat lesen pemandu); maklumat perniagaan seperti nama organisasi, sebab lawatan, tarikh dan masa lawatan, biometrik dan pengenalan wajah serta had-had akses.

    Di mana kami memasang CCTV di pejabat-pejabat kami, imej anda mungkin ditangkap dan dirakam semasa anda melawat premis kami . Imej anda juga mungkin ditangkap melalui gambar atau video yang diambil oleh kami atau wakil kami semasa anda menghadiri acara kami.

    Penggunaan CCTV oleh kami tidak bertujuan untuk menyasar atau memantau mana-mana individu, tetapi bertujuan untuk menyediakan persekitaran tempat kerja yang selamat dan terjamin di premis-premis yang berkaitan.

    Semasa sesuatu krisis kesihatan atau wabak penyakit, kami mungkin mengumpulkan Data Kategori Khusus tentang keadaan kesihatan dan fizikal bagi individu di dalam rumah tangga anda, keputusan pemeriksaan kesihatan anda, kuarantin, dan maklumat hospital dan apa-apa maklumat lain yang diperlukan atau dinasihatkan untuk dipegang yang berkaitan dengan kawalan atau urusan krisis kesihatan atau wabak penyakit tersebut.
B. Tujuan Pengumpulan Data Peribadi
Kami mungkin menggunakan data peribadi anda yang kami perolehi untuk tujuan yang berikut:
 
  1. Untuk berkomunikasi secara efektif dengan anda dan untuk mengendalikan perniagaan kami

    Untuk mengendalikan perniagaan kami, termasuk untuk membalas pertanyaan anda atau menyelesaikan apa-apa pertikaian, yang mungkin timbul dan berkaitan dengan apa-apa urusan dengan kami, untuk berkomunikasi dengan anda, atau untuk melaksanakan kewajipan undang-undang yang timbul daripada apa-apa perjanjian dengan anda dan kami, atau untuk menyelenggara dan mengemaskini senarai kontak kami supaya dapat berkomunikasi secara cekap dengan anda.
     
  2. Untuk memaklumkan anda mengenai pertandingan, maklumat pemasaran dan promosi

    Untuk memberi anda maklumat dan tawaran termasuk untuk memudahkan penyertaan anda di dalam apa-apa cabaran teknologi (“technology challenge”), pertandingan, roadshow, promosi, kempen dan acara. Kami juga mungkin menggunakan maklumat anda untuk memasarkan perkhidmatan dan produk kami atau rakan perniagaan kami melalui pos, emel dan panggilan telefon. Di mana termaktub di bawah undang-undang data peribadi yang terpakai, kami akan mendapatkan persetujuan anda semasa kami mengumpulkan data anda untuk melaksanakan apa-apa jenis pemasaran tersebut. Kami akan memberikan anda pilihan untuk berhenti melanggan atau memilih untuk tidak menerima komunikasi lanjut tentang apa-apa pemasaran komunikasi elektronik atau anda boleh memilih untuk menarik diri dengan menghubungi kami di alamat seperti yang tertera di seksyen “Hubungi Kami” di bawah.
     
  3. Memperibadikan (“Personalization”) (di luar talian dan di dalam talian)

    Dengan persetujuan anda (di mana diperlukan), kami menggunakan data peribadi anda untuk (i) menganalisa pilihan dan tabiat anda; (ii) untuk meramal keperluan anda berdasarkan analisis profil anda; (iii) untuk mempertingkatkan dan memperibadikan interaksi dengan anda; (iv) untuk memastikan kandungan laman web atau aplikasi kami adalah dioptimumkan untuk komputer dan peranti anda; (v) untuk memberikan anda kandungan pemasaran yang tepat; (iv) untuk lebih memahami perniagaan dan pola dan trend berkenaan dengan produk kami; (vii) untuk membangunkan atau mempertingkatkan produk dan perkhidmatan kami; dan (vii) membenarkan anda menggunakan ciri-ciri interaktif apabila anda memilih untuk berbuat demikian.
     
  4. Untuk menilai permohonan anda untuk jawatan dalam organisasi atau sebagai benefisiari

    Untuk menilai permohonan anda dan menurut undang-undang yang tertakluk kepada PETRONAS (cth., berkenaan dengan pemberian peluang yang sama). Pemprosesan ini merupakan pra-syarat yang wajar sebelum anda memasuki apa-apa perjanjian dengan PETRONAS supaya PETRONAS dapat memenuhi kewajipan berkenaan pekerjaan dengan pekerja-pekerjanya. Ini termasuk penggunaan data peribadi anda untuk: melaksanakan pemeriksaan latar belakang dan referi, berkomunikasi mengenai proses permohonan, menyimpan rekod dan mematuhi keperluan undang-undang dan peraturan, termasuk menggunakan Data Katergori Khusus selaras dengan undang-undang yang terpakai.

    Jika anda tidak boleh memberikan kami maklumat yang kami minta untuk tujuan ini, kami mungkin tidak boleh menilai kesesuaian anda untuk permohonan anda atau untuk berkomunikasi dengan anda. Jika permohonan anda tidak berjaya, kami akan menyimpan data peribadi anda selaras dengan polisi dan prosedur dalaman dan untuk tujuan pentadbiran dan analisis statistik.
     
  5. Untuk melaksanakan usaha wajar (“due diligence”) atau aktiviti saringan Kenali Pelanggan Anda

    Untuk melaksanakan penilaian usaha wajar sebelum menjalin hubungan dengan kami, selaras dengan kewajipan undang-undang dan peraturan atau prosedur pengurusan risiko yang mungkin diperlukan di bawah undang-undang atau mungkin dilaksanakan oleh kami.
     
  6. Untuk memantau aktiviti tertentu

    Untuk memantau pertanyaan dan transaksi untuk memastikan kualiti perkhidmatan, pematuhan dengan prosedur dan untuk mengelak sebarang penipuan, serta untuk memproses apa-apa pembayaran berkenaan dengan transaksi komersial dengan kami.
     
  7. Untuk memastikan keselamatan pelawat (termasuk keselamatan fizikal) yang datang ke pejabat atau premis kami

    Untuk mencegah kehilangan, penipuan, pencurian, kecederaan, keganasan atau apa-apa yang mungkin membawa kesan kepada kesihatan, keselamatan dan sekuriti daripada berlaku di mana-mana premis kami.
     
  8. Untuk memberikan anda notifikasi tentang perubahan

    Untuk memberi anda notifikasi mengenai perubahan kepada perkhidmatan dan produk kami.
     
  9. Untuk memastikan kandungan laman web kami relevan

    Untuk memastikan kandungan daripada laman web kami dan laman web mikro kami relevan untuk anda dan peranti anda (yang mungkin termasuk penghantaran data anda kepada rakan perniagaan, pembekal dan/atau penyedia perkhidmatan).
     
  10. Untuk mengurus semula atau membuat perubahan kepada perniagaan kami

    Sekiranya kami: (i) tertakluk kepada perundingan bagi penjualan perniagaan kami atau sebahagiannya kepada pihak ketiga; (ii) dijual kepada pihak ketiga; atau (iii) menjalani penyusunan semula, kami mungkin perlu memindahkan sebahagian atau semua data peribadi anda kepada pihak ketiga yang berkaitan (dan penasihat mereka) dalam apa-apa proses usaha wajar untuk tujuan menganalisa apa-apa penjualan atau penyusunan semula yang dicadangkan. Kami juga mungkin perlu memindah data peribadi anda kepada entiti yang telah disusun semula atau pihak ketiga selepas penjualan atau penyusunan semula supaya mereka dapat menggunakannya untuk tujuan yang sama seperti yang dinyatakan dalam Pernyataan Privasi ini.
     
  11. Berkenaan dengan kewajipan undang-undang atau peraturan

    Kami mungkin memproses data peribadi anda untuk mematuhi keperluan peraturan kami atau apabila berdialog dengan pihak berkuasa , termasuk pendedahan data peribadi anda kepada pihak ketiga, perkhidmatan mahkamah dan/atau pihak berkuasa kawal selia atau agensi penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan dengan pernyataan, prosiding atau penyiasatan pihak tersebut di mana kami dikehendaki untuk berbuat demikian. Setakat mana dibenarkan, kami akan secara am, mengarahkan permintaan tersebut atau memberikan notifikasi kepada anda sebelum bermaklum balas melainkan jika berbuat demikian akan akan memudaratkan pecegahan atau pengesanan sesuatu jenayah.
     
  12. Keadaan lain

    Dalam keadaan yang lain, untuk tujuan yang memerlukan atau berkaitan secara langsung dengan hubungan kami dengan anda atau di mana ia dibenarkan di bawah undang-undang yang terpakai.
Di mana kami mengumpulkan data peribadi daripada anda, kami hanya akan berbuat demikian untuk memenuhi tujuan yang dinyatakan di atas. Kegagalan memberikan data peribadi anda mungkin bermakna kami tidak boleh memberikan anda produk dan/atau perkhidmatan dengan cekap atau melaksanakan mana-mana tujuan yang dinyatakan di atas.
Memproses Data Peribadi Anda, dan Mendapatkan Persetujuan Anda
Di mana kami bergantung kepada persetujuan anda untuk memproses data peribadi anda, anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa dengan menghubungi kami menggunakan butiran hubungan di bawah. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa penarikan balik persetujuan anda tidak akan menjejaskan kesahihan pemprosesan yang berdasarkan persetujuan awal anda yang telah anda berikan (sebelum penarikan semula).
 
Di mana kami memproses data peribadi anda untuk tujuan pemasaran langsung, kami akan mencatatkan sebarang bantahan anda, dan berhenti memproses data anda untuk tujuan pemasaran langsung.
 
Dalam situasi tertentu, kami mungkin memproses data peribadi anda untuk tujuan kepentingan sah kami atau atas alasan-alasan sah yang lain (iaitu, atas sebab kami memulakan hubungan dengan anda dan perlu memproses data peribadi anda bagi membekalkan anda dengan maklumat dan/atau perkhidmatan yang telah anda minta), tanpa mendapatkan persetujuan anda – ini terpakai apabila aktiviti pemprosesan kami ditadbir di bawah undang-undang yang terpakai di kawasan-kawasan operasi kami yang tidak memerlukan kami untuk mendapatkan persetujuan anda.
 
Kami tidak akan mendapatkan persetujuan anda dalam situasi di atas supaya kami boleh memberikan anda dengan perkhidmatan secara efektif (atau di mana tidak boleh mendapatkan persetujuan anda kerana kami wajib memproses data peribadi anda, sebagai contoh, bagi tujuan mengesan penipuan). Sebelum memproses data peribadi anda, kami akan mempertimbangkan hak dan kebebasan anda dan hanya akan memulakan pemprosesan sekiranya kami berpendapat hak anda tidak akan dilanggari.
 
Pengumpulan data peribadi anda oleh kami mungkin bersifat mandatori atau sukarela bergantung kepada tujuan data peribadi anda dikumpul. Di mana ia mandatori untuk memberikan kami data peribadi anda, dan anda gagal atau memilih untuk tidak memberikan data tersebut, atau tidak memberi persetujuan terhadap yang dinyatakan di atas atau Pernyataan Privasi ini, kami tidak dapat memebekalkan produk dan/atau perkhidmatan atau sebaliknya berniaga dengan anda dan/atau untuk menilai dan memproses permohonan anda.
Data Peribadi Daripada Seorang Yang di Bawah Umur dan Individu Lain
Apabila anda memberi (atau akan memberi) data peribadi mengenai ahli keluarga, suami/isteri, tanggungan lain dan/atau individu lain, anda mengesahkan bahawa anda telah menerangkan kepada mereka bahawa data peribadi mereka akan diberikan kepada, dan diproses oleh, kami dan di mana dipertuntukkan oleh undang-undang, anda mewakili dan menjamin bahawa anda telah mendapat persetujuan mereka untuk pemprosesan (termasuk pendedahan dan pemindahan) data peribadi mereka selaras dengan Pernyataan Privasi ini.
 
Berkenaan dengan seorang yang di bawah umur atau individu yang tidak berwibawa di sisi undang-undang untuk memberi persetujuan, anda mengesahkan bahawa mereka telah melantik anda untuk bertindak bagi pihak mereka, untuk memberi persetujuan bagi pihak mereka terhadap pemprosesan (termasuk pendedahan dan pemindahan) data peribadi mereka selaras dengan Pernyataan Privasi ini.
Perkongsian Maklumat
Kami mungkin berkongsi data peribadi yang anda berikan kepada kami kepada entiti-entiti lain dalam kumpulan syarikat PETRONAS untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas. Ahli-ahli kumpulan syarikat tersebut mungkin terletak dalam bidang kuasa yang tidak memberikan tahap perlindungan yang sama seperti yang diperuntukkan di bawah undang-undang perlindungan dalam negara asal anda. Apabila pemindahan sedemikian berlaku, PETRONAS dengan sewajarnya akan melindungi Data Peribadi dan akan memastikan keperluan privasi yang lain selaras dengan undang-undang yang terpakai.
 
Maklumat data peribadi anda juga mungkin dikongsi dengan pembekal perkhidmatan kami atau pihak ketiga, setakat yang diperlukan untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas. Pihak ketiga tersebut termasuk:
 
  • sub-kontraktor, rakan perniagaan, pembekal, atau organisasi pihak ketiga lain yang telah kami luluskan untuk membekalkan perkhidmatan pentadbiran, IT atau perkhidmatan lain kepada PETRONAS atau mana-mana ahli kumpulan syarikat PETRONAS;
  • pembekal-pembekal perkhidmatan analisa dan enjin carian yang membantu kami dalam penambahbaikan dan mengoptimumkan laman web kami;
  • pengiklan dan rangkaian pengiklanan yang memerlukan data untuk menyasar iklan yang berkaitan kepada anda dan orang lain;
  • pihak-pihak ketiga yang berkenaan dengan pemindahan kesemua atau mana-mana bahagian perniagaan atau aset kami;
  • juruaudit, pakar runding, peguam, akauntan kami atau penasihat kewangan atau profesional kami yang dilantik berkenaan perniagaan kami di bawah dasar kerahsiaan yang ketat;
  • mana-mana pihak berkenaan dengan prosiding guaman atau prosiding guaman prospektif; atau
  • agensi kerajaan, agensi penguatkuasaan undang-undang, mahkamah, tribunal, badan penguasa/profesional, penguasa industri, kementerian, dan/atau agensi atau badan berkanun, pejabat atau perbandaran di mana-mana bidang kuasa, jika diperlukan atau dibenarkan untuk berbuat demikian, untuk memenuhi sebarang undang-undang yang terpakai, peraturan, perintah atau penghakiman mahkamah atau tribunal atau pertanyaan daripada pihak berkuasa yang relevan.
Kami tidak akan menggunakan, berkongsi, menyebarkan, menerbitkan atau mendedahkan data peribadi anda kecuali yang diperlukan sebagai tindak balas terhadap litigasi, penyiasatan atau pendedahan yang diperlukan secara sah atau untuk melindungi hak, harta atau keselamatan pelanggan kami, atau orang lain.
 
Pindahan ke luar EEA dan UK
 
Sebagai sebahagian daripada perkhidmatan yang ditawarkan kepada anda melalui laman web atau sebaliknya, maklumat yang anda berikan kepada kami boleh dalam sebilangan situasi dipindahkan ke negara-negara di luar EEA dan UK. Undang-undang perlindungan data di negara-negara tersebut mungkin tidak memberikan tahap perlindungan yang sama ke atas data peribadi anda seperti yang diperuntukkan di bawah undang-undang perlindungan data di Eropah dan UK. Walau bagaimanapun, apabila kami memindahkan maklumat anda ke luar EEA, kami akan memastikan tindakan keselamatan yang sesuai yang diperlukan di bawah undang-undang diambil dengan tujuan memastikan hak-hak privasi anda terus dilindungi seperti yang digariskan di dalam Pernyataan Privasi ini. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai keselamatan pindahan tersebut dengan menghubungi kami melalui butiran hubungan yang dinyatakan di bawah.
 
Sekiranya kami memindahkan data peribadi anda, kami akan sentiasa melaksanakannya di bawah syarat-syarat yang ketat berkenaan kerahsiaan dan pada tahap pelindungan keselamatan yang setaraf.
Penyimpanan Data Peribadi Anda
Kesemua maklumat yang diberikan oleh anda kepada kami disimpan di pelayar kami atau di pelayar pihak ketiga yang membekalkan perkhidmatan IT. Kami akan mengekalkan perlindungan pentadbiran, teknikal dan fizikal yang bersesuaian untuk melindungi data daripada kehilangan, penyalahgunaan atau akses tanpa kebenaran, pendedahan, pengubahan atau pemusnahan data peribadi yang anda berikan kepada kami selaras dengan undang-undang yang terpakai.
 
Kami mungkin memindahkan data peribadi anda ke, atau menyimpannya dalam, destinasi di luar bidang kuasa entiti yang anda berikan data itu. Ini kerana PETRONAS adalah perniagaan global, yang beroperasi dalam pelbagai bidang kuasa, yang menggunakan pembekal perkhidmatan yang bertempat dalam beberapa lokasi di seluruh dunia. Di mana kami perlu memindahkan data peribadi anda ke negara-negara lain, kami akan memastikan perlindungan yang sesuai selaras dengan undang-undang yang terpakai.
Tempoh Penyimpanan Data Peribadi Anda
Kami akan menyimpan data peribadi anda tidak lebih daripada tempoh yang diperlukan bagi tujuan di mana ia telah diberikan kepada kami (kecuali di mana terdapat kewajipan undang-undang yang memerlukan kami untuk menyimpannya untuk tempoh lebih lama seperti keperluan operasi, undang-undang, peraturan, cukai atau perakaunan).
Hak Anda Kepada Data Peribadi Anda
Anda mempunyai hak-hak seperti berikut ke atas data peribadi anda:
 
  • Akses. Anda boleh menghubungi kami pada bila-bila masa untuk membuat permintaan akses kepada data peribadi yang kami simpan mengenai anda. Kami akan mengesahkan sekiranya kami memproses data peribadi anda, membekalkan butiran kategori data peribadi yang berkenaan dan tujuan pemprosesan kami. Jika perlu, kami akan menyediakan sesalinan data peribadi anda atas permintaan anda tertakluk kepada hak-hak pihak lain dalam rekod berkenaan semasa berbuat demikian.

  • Pembetulan. Anda boleh memohon untuk membetulkan atau melengkapkan data peribadi anda dengan menghubungi kami pada bila-bila masa. Kami juga akan cuba memaklumkan kepada mana-mana pihak yang telah menerima data peribadi anda mengenai pembetulan kepada maklumat tersebut.

  • Sekatan. Dalam keadaan tertentu, anda boleh meminta kami mengehadkan cara kami memproses data peribadi anda (cth., meminta kami terus menyimpan data peribadi anda, tetapi tidak sebaliknya memproses tanpa kebenaran anda).

  • Pemadaman. Anda boleh meminta untuk memadam maklumat anda dalam situasi tertentu. Kami akan cuba untuk berbuat demikian dengan segera, dankami akan cuba memaklumkan kepada mana-mana pihak yang telah menerima maklumat peribadi anda mengenai permintaan anda. Walau bagaimanapun, kami mungkin perlu menyimpan maklumat peribadi anda berkenaan transaksi tertentu, seperti maklumat pembelian masa lalu dan maklumat yang serupa dengannya, untuk tujuan pematuhan undang-undang atau cukai, insurans atau sekiranya terdapat tuntutan undang-undang, oleh itu kami mungkin tidak dapat memadamkan maklumat anda secara sepenuhnya dalam keadaan tertentu.

  • Penerimaan/pemindahan data peribadi anda. Dalam situasi tertentu (di mana kami memproses data peribadi anda berdasarkan persetujuan atau melalui perjanjian dengan anda, dan pemprosesan dilaksanakan secara automatik), anda boleh meminta kami untuk menghantar data peribadi anda dalam format elektronik, berstruktur dan dalam format yang mesra pengguna kepada entiti lain.

  • Bantahan. Di mana kami memproses data peribadi anda tanpa memperolehi persetujuan anda bagi tujuan memenuhi keperluan sah kami, anda boleh membantah pemprosesan tersebut. Di mana kami menggunakan data peribadi anda untuk menghubungi anda bagi tujuan pemasaran langsung, anda boleh membantah pemprosesan tersebut pada bila-bila masa.

  • Membuat keputusan secara automatik. Anda mempunyai hak untuk mengetahui tentang keputusan yang dibuat secara automatik, termasuk pemprofilan, penggunaan berkaitan dengan data peribadi anda, kepentingan dan akibat pemprosesan tersebut.

  • Aduan. Anda mempunyai hak untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa perlindungan data yang berkenaan di negara di mana anda berada atau mana-mana tempat di dalam EEA apabila anda percaya ketirisan data peribadi telah berlaku. Anda juga boleh menghubungi kami pada bila-bila sekiranya anda ingin membuat aduan mengenai pemprosesan kami terhadap data peribadi anda.
Keselamatan
Kami menyediakan langkah-langkah keselamatan demi melindungi maklumat data peribadi dalam kawalan kami dari sebarang kehilangan, penyalahgunaan dan pemindaan. Walaupun kami tidak menjamin bahawa kehilangan, penyalahgunaan dan pemindaan tidak akan berlaku, kami memastikan bahawa sistem-sistem kami mematuhi tahap keselamatan pasaran supaya dapat menghindari kejadian-kejadian tersebut.
Perubahan Kepada Pernyataan Privasi Kami
Sebarang perubahan kepada Pernyataan Privasi kami pada masa akan datang akan dipaparkan di laman ini. Sila semak kembali dari semasa ke semasa supaya anda sentiasa maklum tentang cara kami melindungi maklumat anda.
Bahasa
Selaras dengan keperluan undang-udang perlindungan data dan privasi di Malaysia, Pernyataan Privasi ini disediakan dalam versi Bahasa Inggeris serta versi Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman dan percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan digunakan.
Hubungi Kami
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, komen dan permintaan berkenaan dengan Pernyataan Privasi ini atau data peribadi, atau anda ingin menghubungi seorang pegawai perlindungan data untuk mana-mana syarikat dalam kumpulan kami, anda boleh menghubungi kami di legal.compliance@petronas.com.
Hubungan Pihak Berkepentingan

PENGUMPULAN DAN PENGGUNAAN MAKLUMAT UNTUK TUJUAN HUBUNGAN PIHAK BERKEPENTINGAN

 

Kami mungkin mengumpul data peribadi yang anda berikan secara sukarela kepada kami seperti nama anda, gelaran, tarikh lahir, jantina, maklumat hubungan perniagaan seperti jawatan anda, organisasi, alamat, emel, nombor telefon, dan maklumat lain bergantung kepada hubungan perniagaan anda dengan PETRONAS.

 

Kami juga mungkin mengumpul data peribadi anda daripada sumber pihak ketiga di mana data peribadi anda mungkin diperolehi dari sumber awam (cth., maklumat diterbitkan melalui laman web, kad perniagaan, penerbitan atas talian, seperti pelaporan berita, profil korporat, autobiografi, laporan tahunan, “post” sosial media) dan daripada sumber lain di mana anda telah memberikan persetujuan untuk mendedahkan data peribadi anda (cth., urusan formal dan tidak formal seperti mesyuarat, persidangan, acara yang dirancang oleh PETRONAS atau pihak ketiga), atau apabila dibenarkan secara sah. Berdasarkan sumber yang baru dinyatakan, kami mungkin memperolehi maklumat lanjut seperti profil peribadi dan profesional, kegemaran, pilihan, orang berkenaan dengan anda (cth., ahli keluarga, saudara-mara, orang yang berkaitan), hubungan politik yang diketahui secara awam, pandangan, pendapat dsb., kesemuanya akan diproses oleh kami degan ketat untuk kegunaan dalaman PETRONAS dan hanya untuk tujuan menguruskan hubungan dengan anda.

 

Kami mungkin menggunakan data peribadi anda untuk tujuan berikut:

 

  • Menguruskan hubungan dan urusan dengan anda sebagai pihak berkepentingan kami dengan menyimpan data asas pihak berkepentingan, mengenalpasti, menilai dan memantau jangkaan pihak berkepentingan dan isu-isu berbangkit kepada kami melalui sistem pengurusan pihak berkepentingan berpusat yang bertujuan merakam dan memantau pihak berkepentingan dan profil organisasi, urusan, isu, ketidakpuasan hati dan aktiviti pelaburan sosial;
  • Menilai urusan kami dengan anda supaya dapat kami menambahbaik interaksi kami dengan anda;
  • Memperibadikan komunikasi yang relevan dengan anda berkenaan butiran perbadi dan maklumat hubungan yang anda berikan kepada kami, seperti menghantar ucapan dan surat jemputan bagi acara, memastikan persediaan protokol yang sesuai, mengedarkan laporan tahunan, mengemas kini perniagaan (cth., kemas kini aktiviti tanggungjawab sosial korporat);
  • Memberikan hospitaliti korporat untuk mempertingkatkan pengalaman pihak berkepentingan;
  • Melaksanakan hasil kajian, penyelidikan dan maklum balas untuk membantu kami memahami keperluan, kegemaran dan kekhuatiran anda dengan lebih baik untuk membantu mempertingkatkan penyampaian perniagaan kepada anda dan menilai jenama/tanggapan reputasi dan sentimen;
  • Dalam situasi lain, tujuan-tujuan yang perlu atau berkenaan hubungan kami dengan anda atau di mana ia dibenarkan di bawah undang-undang yang terpakai.

Di mana kami mengumpul data peribadi daripada anda untuk tujuan hubungan pihak berkepentingan, kami hanya akan berbuat demikian untuk memenuhi tujuan yang dinyatakan di atas. Sekiranya kami tidak menerima data peribadi anda, kami mungkin tidak dapat memproses keperluan, kegemaran dan kekhuatiran anda dengan cekap atau melaksanakan sebarang tujuan yang dinyatakan di atas.

 

Sebarang pertanyaan dan permintaan berkenaan dengan Pernyataan Privasi ini atau data peribadi anda patut dialamatkan kepada:

 

Ketua, Strategi & Prestasi Bagi Pihak Berkepentingan,
Perhubungan Awam dan Korporat,
Komunikasi Strategik Kumpulan

 

Alamat: Aras 72, Menara 1, Menara Berkembar PETRONAS,
Kuala Lumpur City Centre, 
50088 Kuala Lumpur, 
Malaysia 
Alamat emel: stakeholder.governance@petronas.com



 

Lampiran A: Lampiran bagi United Kingdom / Eropah
Lampiran ini terpakai jika anda berada di EEA atau UK apabila anda berinteraksi dengan kami (selain dari hanya untuk tujuan perjalanan).
 
Ia menyatakan maklumat tambahan yang kami perlu berikan kepada anda di bawah undang-undang perlindungan data peribadi di UK dan Kesatuan Europah (“EU”).
 
Di bawah undang-undang EU dan UK, kami perlu memaklumkan anda “asas perundangan yang sah” yang kami gunakan untuk memproses data peribadi anda. Anda boleh mendapat penerangan untuk asas perundangan yang sah yang digunakan bagi setiap aktiviti pemprosesan di bawah:
 
Aktiviti pemprosesan Asas perundangan yang sah
Tujuan kami mengumpul dan menggunakan data peribadi
Untuk berkomunikasi secara cekap dengan anda dan untuk melaksanakan perniagaan kami, termasuk memberikan perkhidmatan dan notifikasi mengenai perubahan kepada perkhidmatan
  • pelaksanaan perjanjian
  • kewajipan undang-undang
  • kepentingan sah (untuk membolehkan kami menjalankan kewajipan dan memberikan perkhidmatan kami dan untuk menguruskan hubungan kami dengan anda.)
Untuk menilai permohonan pekerjaan anda di PETRONAS
  • untuk memutuskan sama ada ingin memasuki perjanjian dengan anda
  • kewajipan undang-undang
  • kepentingan sah (untuk membolehkan kami memutuskan sama ada kami ingin menawarkan pekerjaan kepada anda, sebab ia lebih bermanfaat kepada PETRONAS jika PETRONAS ingin melantik seseorang untuk jawatan tersebut)
Untuk memberikan anda bahan pemasaran atau untuk memperibadikan laman web dan perkhidmatan kami
  • persetujuan
  • kepentingan sah (untuk memberi anda maklumat terkini berkenaan dengan produk dan perkhidmatan).
Untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan
  • kepentingan sah (untuk membenarkan kami mempertingkatkan perkhidmatan kami)
Untuk menjalankan usaha wajar atau aktiviti saringan Kenali Pelanggan Anda
  • kewajipan undang-undang
Untuk memantau aktiviti tertentu dan memastikan kualiti perkhidmatan, mematuhi prosedur dan mengelak penipuan, dan untuk memproses sebarang pembayaran yang berkenaan dengan transaksi komersial dengan kami
  • kewajipan undang-undang
  • tuntutan undang-undang
  • kepentingan sah (untuk memastikan kualiti perkhidmatan yang tinggi dan perkhidmatan sentiasa sah di sisi undang-undang).
Untuk membuat pentadbiran atau penyusunan semula bagi PETRONAS dan melindungi PETRONAS dan laman-laman web PETRONAS (termasuk mengesan kerosakan, analisis data, pengujian, penyelenggaraan, sokongan, laporan dan “hosting” data
  • kepentingan sah (untuk menjalankan perniagaan kami, membekalkan perkhidmatan pentadbiran dan IT, keselamatan rangkaian, mencegah penipuan, dan di dalam konteks penyusunan semula yang dicadangkan atau yang sebenar, atau menjalankan penstrukturan semula)
  • kewajipan undang-undang
Untuk memastikan keselamatan pelawat (termasuk keselamatan fizikal) yang datang ke pejabat-pejabat kami
  • kewajipan undang-undang
  • kepentingan sah (untuk memastikan pelawat kami selamat)
Berkaitan dengan kewajipan undang-undang atau peraturan
  • kewajipan undang-undang
 
Bagaimana kami menggunakan Data Kategori Khusus
 
Di bawah undang-undang perlindungan data EU dan UK, Data Kategori Khusus menerima perlindungan yang lebih tinggi.
 
Untuk individu pemastautin UK/EEA, kami akan menggunakan Data Kategori Khusus anda dalam cara-cara seperti berikut:
 
  • Kami akan menggunakan data mengenai keadaan kesihatan anda semasa menyaring anda dalam proses pengambilan pekerjaan, contohnya sama ada pelarasan diperlukan semasa ujian, temu janji atau mesyuarat dengan anda. Kami memproses data peribadi ini berkenaan dengan hak-hak dan kewajipan kami di bawah undang-undang pekerjaan, keselamatan sosial atau perlindungan sosial, atau untuk mematuhi kewajipan undang-undang kami;
  • Kami akan menggunakan maklumat tentang kaum, bangsa atau keturunan etnik, agama, pendapat falsafah atau moral, kehidupan seksual atau orientasi seksual, untuk memastikan pemantauan dan pelaporan yang sama rata. Kami memproses data peribadi ini berkenaan dengan hak-hak dan kewajipan kami di bawah undang-undang pekerjaan, keselamatan sosial atau perlindungan sosial, atau untuk mematuhi kewajipan undang-undang kami;
  • Kami mungkin meminta data kesihatan tertentu daripada anda semasa anda melawat pejabat kami sekiranya terdapat krisis kesihatan atau wabak penyakit. Kami memproses data tersebut berdasarkan persetujuan anda; dan/atau
  • Kami mungkin mengumpul maklumat tentang rekod sabitan jenayah anda jika kami ingin menawarkan jawatan kepada anda di PETRONAS. Kami menjalankan semakan rekod jenayah untuk memastikan tiada sebarang dalam rekod sabitan jenayah yang mungkin menyebabkan anda tidak sesuai untuk jawatan tersebut. Kami hanya menjalankan semakan latar belakang untuk mematuhi kewajipan undang-undang atau kerana jawatan tersebut memerlukan tahap amanah dan integriti yang tinggi. Kami memproses data peribadi anda untuk tujuan berikut:
     
    • Pematuhan kewajipan undang-undang;
    • Kepentingan sah kami untuk memastikan bahawa sesiapa yang terlibat dengan PETRONAS adalah sesuai untuk berkhidmat dan dipastikan selamat;
    • Berkenaan dengan hak-hak dan kewajipan kami di bawah undang-undang pekerjaan, keselamatan sosial atau perlindungan sosial; dan/atau
    • Untuk tujuan kepentingan awam (seperti mengesan atau mencegah tindakan yang tidak sah di sisi undang-undang)
Kami telah menyediakan dokumen polisi dan langkah-langkah keselamatan yang sesuai, di mana diperuntukkan oleh undang-undang untuk dilaksanakan oleh kami semasa pemprosesan data tersebut.
Cookies

Tarikh kemaskini terakhir: 16 Disember 2021