Vendor Announcements

31 · May · 2021
Notice to Contractors on the Lockdown Effective 1st June 2021
To All PETRONAS Contractors, 
  1. Reference to the announcement by the Government of Malaysia on 28 May 2021, on the imposition of the total lockdown, phase 1, nationwide effective 1st - 14th June 2021 (“Lockdown”).
  2. Please take note that activities, operations with regards to oil and gas, petrochemical (including end product) and their relevant ancillaries have been classified as Essential Services under the category of manufacturing and where applicable, under the category of construction with regards to maintenance and critical rectification, whereby the above activities and operations are allowed to operate in ALL states throughout the Lockdown period, subject to further details or instructions or conditions (if any) by the relevant authorities. 
  3. As per the announcement by Ministry of International Trade and Industry (MITI), effective Sunday, 30 May 2021, 8.00 pm manufacturing companies that have already registered with COVID-19 Intelligent Management System (CIMS 3.0) are required to download the new MITI approval letter and where necessary, update their workers' list. Companies that have yet to register, submission can be made on Monday, 31st May 2021, 1.00 p.m. Details on how to register at CIMS 3.0 can be obtained from https://notification.miti.gov.my. For any enquiries on CIMS 3.0, you may contact MITI Hotline at 03-6208 4949. Contractor may refer to MITI website at https://miti.gov.my  for detailed guidelines.
  4. All Contractors shall throughout the Lockdown period, ensure the following:
    • Movement of employees shall comply with the guidelines and restrictions imposed by the relevant authorities from time to time;
    • Compliance to all standard operating procedures (SOP) and guidelines with regards to execution of activities or work, as may be imposed and ordered by Ministry of International Trade and Industry (MITI) and other relevant authorities from time to time.
  5. Compliance with all COVID-19 preventive measures as may be ordered by the Ministry of Health (MOH) from time to time.
  6. Contractors are advised to regularly check and be updated on the guidelines and restrictions by the relevant authorities, affecting or governing the activities including the employees’ movement.
  7. Health and safety of the personnel are of utmost importance. PETRONAS seeks the cooperation of each contractor (including sub-contractor) in ensuring the continuity of activities and operations of PETRONAS in a safe manner. Therefore, please take all the necessary precaution as may be appropriate until advised otherwise by the Government of Malaysia.
  8. This Notice shall be applicable throughout the Lockdown period including any other date as may be ordered by the Government of Malaysia.

Thank You.

PETRONAS
31 May 2021
 
Kepada Semua Kontraktor PETRONAS,
  1. Merujuk kepada pengumuman oleh Kerajaan Malaysia pada 28 Mei 2021, berkenaan  berkenaan dengan perlaksanaan “total lockdown” fasa pertama bermula 1 Jun sehingga 14 Jun 2021 (“Lockdown”).
  2. Dimaklumkan bahawa aktiviti dan operasi berkenaan minyak dan gas, petrokimia (termasuk produk rantaian) dan perkara berkaitan telah diklasifikasi sebagai Perkhidmatan Perlu di bawah kategori “Pengilangan dan Pembuatan” dan di bawah kategori “Pembinaan” bagi kerja-kerja berkaitan penyelenggaran dan pembaikan  kritikal yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Lockdown di semua negeri, tertakluk kepada butir atau arahan lanjut atau syarat-syarat (sekiranya ada) daripada pihak berkuasa berkenaan. 
  3. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah mengeluarkan pengemuman, Berkuat kuasa pada hari Ahad, 30 Mei 2021 jam 8.00 malam, syarikat pembuatan yang sedia ada berdaftar dengan COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 boleh memuat turun surat kelulusan MITI yang baharu dan mengemas kini senarai pekerja mereka, sekiranya perlu. Bagi syarikat pembuatan yang masih belum mendaftar, boleh membuat pendaftaran bermula hari Isnin, 31 Mei 2021, bermula jam 1.00 tengah hari. Maklumat terperinci mengenai tatacara pendaftaran di CIMS 3.0 (melalui pautan https://notification.miti.gov.my). Sebarang pertanyaan tentang CIMS 3.0, kontraktor boleh menghubungi talian MITI Hotline di 03-6208 4949. Kontraktor dinasihati untuk merujuk kepada laman sesawang MITI https://miti.gov.my/ untuk keterangan lebih lanjut berkenaan garis panduan.
  4. Sepanjang tempoh Lockdown, kesemua Kontraktor adalah dikehendaki untuk mematuhi dan memastikan perkara-perkara berikut:
    • pergerakan dan perjalanan pekerja-pekerja Kontraktor mematuhi garis panduan dan sebarang sekatan yang diarahkan oleh pihak berkuasa berkenaan dari masa ke semasa;
    • Pematuhan terhadap SOP dan garis panduan berkenaan perlaksanaan aktiviti atau kerja yang dikeluarkan dan diarahkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) dan lain-lain pihak berkuasa berkenaan dari masa ke semasa;
  5. Pematuhan terhadap kesemua langkah-langkah pencegahan COVID-19 yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dari masa ke semasa. 
  6. Para Kontraktor adalah dinasihatkan untuk sentiasa memeriksa dan mendapatkan maklumat terkini berkenaan garis panduan dan sekatan oleh pihak berkuasa di negeri-negeri dan/atau daerah-daerah berkenaan, yang mempunyai bidang kuasa terhadap aktiviti (termasuk perjalanan pekerja), atas kemungkinan mempunyai keperluan dan garis panduan yang berbeza.
  7. Kesihatan dan keselamatan pekerja adalah diutamakan. PETRONAS menghargai kerjasama setiap Kontraktor (termasuk sub-kontraktor) dalam memastikan aktiviti dan operasi PETRONAS dilaksanakan dalam keadaan selamat. Oleh yang demikian, anda hendaklah mengambil semua langkah sewajarnya tertakluk kepada arahan Kerajaan Malaysia. 
  8. Notis ini adalah terpakai sepanjang tempoh Lockdown (termasuk sebarang tarikh lain yang diarahkan oleh Kerajaan Malaysia).
Terima Kasih.
 
PETRONAS
31 Mei 2021