Copyright © Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) (20076-K).
All rights reserved.
JOHOR, 19 Ogos 2025 – PETRONAS memperkukuh usaha memperkasakan pelajar sekolah menengah
melalui penganjuran program Xplore VISTA i-plus di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar
Penawar, melibatkan penyertaan 175 pelajar dan 28 guru bimbingan daripada 19 sekolah menengah di
daerah Kota Tinggi.
Program ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan PETRONAS dalam menyokong
pembangunan pendidikan di peringkat negeri, khususnya dalam memperkasakan pelajar sekolah
menengah melalui laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Program ini bukan
sahaja memberikan pendedahan awal kepada kerjaya dalam industri minyak dan gas, malah turut
mengukuhkan kesedaran terhadap jenama VISTA i-plus dalam kalangan pelajar.


Program Penajaan Institusi Vokasional dan Bantuan Latihan (VISTA) bermula pada tahun 1992 dan kini
dikenali sebagai Program Pembangunan Bakat Terampil Bersepadu Vokasional Evolusi (VISTA i-plus).
Program latihan ini memastikan bekalan berterusan tenaga mahir negara dengan melahirkan lebih 14,000
graduan daripada 37 institusi melalui pelaburan RM95 juta di seluruh negara.
Menjelaskan kepentingan inisiatif ini, Pengurus Besar PETRONAS Wilayah Selatan, Mohd Zaki Dato’ Haji
Mahat, berkata, “Program ini bukan sekadar sesi pameran atau taklimat, tetapi satu usaha menyeluruh
untuk membuka minda dan memberi pendedahan peluang kerjaya kepada generasi muda dalam bidang
teknikal yang semakin relevan dan strategik”.
Sepanjang program, pelajar diberi peluang merasai suasana kerja sebenar melalui demonstrasi dan
latihan praktikal di bengkel seperti perancah, kesihatan, keselamatan & alam sekitar (HSE), kimpalan dan
pemotongan besi. Mereka turut mengunjungi sembilan ruang pameran yang melibatkan institusi
pendidikan dan rakan industri PETRONAS dari Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC), yang
memaparkan pelbagai peluang pendidikan, latihan dan kerjaya dalam ekosistem industri tenaga dan
petrokimia.

Johor sebagai negeri perintis pelaksanaan program VISTA i-Plus, memainkan peranan penting dalam
membentuk ekosistem latihan teknikal yang menyeluruh dengan sokongan padu daripada industri.
Sehingga kini, antara institusi latihan yang terlibat termasuk IKBN Bandar Penawar, Institut Latihan
Perindustrian (ILP) Pasir Gudang, Akademi Binaan Malaysia dan Politeknik Tun Syed Nasir. Tumpuan
latihan meliputi bidang teknikal seperti Kimpalan Tahap 6G, Pemasangan Paip, Perancah Tahap 1,
Penjaga Jentera Tahap A4, serta Diploma dalam bidang Petrokimia.
Inisiatif ini selari dengan usaha Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) dan pelaksanaan Zon Ekonomi
Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) bagi membuka peluang kerjaya berkemahiran tinggi merentasi pelbagai
sektor dan industri. Ia juga mencerminkan dedikasi PETRONAS dalam memperkukuh institusi TVET agar
pelajar dipersiapkan dengan kemahiran sejajar kehendak industri masa kini dan masa hadapan.
PETRONAS akan terus memainkan peranan dalam membina masa depan tenaga melalui pembangunan
bakat tempatan, pelabu