PCG Mencatatkan Satu Lagi Prestasi Suku Tahunan Yang Kukuh Pada 2Q 2022 Dengan PAT RM1.9 Bilion

2022 Media Release - 22 Aug

  • Margin EBITDA sebanyak 30%
  • Dividen Interim sebanyak RM2.0 bilion

Kuala Lumpur, 22 Ogos – PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG) mencatatkan satu lagi pendapatan dan keuntungan suku tahunan yang kukuh bagi 2Q 2022. Pendapatan meningkat tahun ke tahun sebanyak 17%, hasil utamanya daripada kenaikan harga produk berikutan harga minyak mentah dan gas asli yang tinggi. Antara bulan Mac dan Jun 2022, harga minyak mentah Brent berada pada paras tertinggi dalam sejarah 10 tahun apabila krisis Rusia-Ukraine meningkat. Walau bagaimanapun, kadar penggunaan loji menurun berikutan aktiviti pemulihan dan penyelenggaraan loji yang telah dijadualkan. Walaupun jumlah pengeluaran dan jualan adalah lebih rendah, PCG mencatat Keuntungan Selepas Cukai (PAT) yang kukuh sebanyak RM1.9 bilion. Secara kumulatif, berbanding tempoh yang sama tahun lepas, Pendapatan dan PAT 1H 2022 Kumpulan meningkat sebanyak 29% dan 19%, kepada RM13.2 bilion dan RM3.9 billion. PCG juga mengumumkan pembayaran dividen interim sebanyak RM2.0 bilion iaitu 51% daripada 1H 2022 PAT.  Sorotan utama 2Q 2022 berbanding 2Q 2021

  • Pendapatan meningkat sebanyak 17% kepada RM6.6 bilion (2Q 2021: RM5.6 bilion) disebabkan oleh harga produk yang lebih tinggi, didorong terutamanya oleh harga minyak mentah dan gas asli yang lebih tinggi berikutan krisis Rusia-Ukraine.
  • Keuntungan Selepas Cukai (PAT) adalah setanding pada RM1.9 bilion (2Q 2020: RM1.9 bilion) kerana margin produk yang lebih luas dan keuntungan pertukaran asing yang tidak direalisasi mengimbangi penurunan jumlah pengeluaran dan jualan. 
  • Perolehan Sebelum Faedah, Percukaian, Susut Nilai dan Pelunasan (EBITDA) dan margin EBITDA merosot kepada RM2.0 bilion dan sebanyak 30% (2Q 2020: RM2.2 bilion dan 38%) kerana harga dan margin produk yang lebih tinggi telah mengurangkan kesan kepada penurunan sementara jumlah pengeluaran dan jualan.
  • Dividen interim sebanyak 25 sen sesaham telah diisytiharkan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022. Dividen yang berjumlah RM2.0 bilion, merupakan agihan dividen tertinggi setakat ini dan akan dibayar pada bulan September 2022.
  • Kadar penggunaan loji menurun kepada 72% (2Q 2021: 97%) disebabkan aktiviti pemulihan dan penyelenggaraan statutori loji yang lebih tinggi pada suku tersebut, mengakibatkan pengeluaran dan jumlah yang lebih rendah.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif, Ir Mohd Yusri Mohamed Yusof mengulas, “Sejak perang Rusia-Ukraine bermula pada bulan Mac, harga produk kekal kukuh pada 2Q 2022 disebabkan oleh harga minyak mentah dan gas asli yang tinggi. Ini membantu mengurangkan kesan pengeluaran dan jumlah jualan PCG yang lebih rendah semasa aktiviti pemulihan dan penyelenggaraan berjadual di loji baja kami di Sipitang, Sabah dan loji metanol di Labuan. Aktiviti-aktiviti ini merupakan pengawalseliaan dan perlu untuk memastikan keselamatan jangka panjang, kebolehpercayaan dan kecekapan fasiliti kami. Memandangkan kami telah menyelesaikan semua aktiviti pemulihan dan penyelenggaraan loji pada 1H 2022, dijangkakan kadar penggunaan loji kami akan melebihi 90% pada 2H 2022.”  

Mengulas mengenai prospek pasaran bagi 2H 2022, beliau berkata, “Walaupun harga produk terus didorong oleh harga tenaga yang tinggi, kami berpendapat peningkatan kos bahan mentah dan operasi ditambah dengan perintah berkurung China telah melemahkan permintaan, terutamanya bagi produk kimia hiliran. Harga olefin & derivatif dijangka akan stabil dengan peningkatan permintaan berikutan pelonggaran sekatan di China, menjelang aktiviti stok semula pada akhir tahun ini. Harga urea dilihat mempunyai beberapa pembetulan tetapi berkemungkinan akan kekal tinggi berbanding paras harga sejarah.”  

Memaklumkan mengenai projek pertumbuhan kumpulan, Yusri berkata, “Aktiviti pentauliahan di Kompleks Bersepadu Pengerang telah berkembang sejak Mei dan permulaan fasiliti petrokimia telah bermula secara berperingkat sejak Julai. Mengenai projek pertumbuhan lain, pembinaan loji Nitrile Butadiene Latex di Pengerang dan etoksilat dan poliol khusus di Kerteh juga sedang berjalan dengan lancar, lebih awal daripada tarikh operasi jadual pada 2H 2023.” 

Mengenai cadangan pengambilalihan Perstorp Holdings AB (Perstorp), Yusri menyatakan bahawa PCG menjangkakan untuk menyelesaikan transaksi pada awal 4Q 2022. Pengambilalihan Perstorp adalah strategik untuk pertumbuhan lestari PCG ke arah merealisasikan matlamat pengembangan dan penyahkarbonannya. “Sebagai platform pertumbuhan dalam portfolio bahan kimia khusus kami, Perstorp akan meningkatkan prestasi dan nilai jangka panjang PCG. Kami percaya pengambilalihan ini akan mengekalkan kesinambungan masa hadapan syarikat kami dalam menghadapi turun naik pasaran dan perubahan industri yang dinamik serta memajukan peralihan transformasi ke arah masa depan pelepasan karbon sifar bersih," akhiri beliau. 

Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi: 

Yogeswari Thangavelu

Media Relations, Strategic Communications & Administration Department

PETRONAS CHEMICALS GROUP BERHAD (PCG)

E : yogeswari.thangavel@petronas.com

Left footer graphic with PETRONAS Dots Right footer graphic with PETRONAS Dots