Copyright © 2026 PETRONAS Chemicals Group Berhad 199801003704 (459830-K).
All rights reserved.
Kuala Lumpur, 26 Februari – Tahun 2019 menyaksikan PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG) terus membina kecemerlangan operasi dan komersil di sebalik pasaran yang mencabar. Strategi pertumbuhan Kumpulan direalisaskan melalui pelaburannya di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) dan pembelian sebuah syarikat kimia khusus. Sorotan penting YTD 2019 berbanding YTD 2018
Mengulas tentang keputusan yang diumumkan, Datuk Sazali berkata, "Kami mengakhiri 2019 dengan prestasi yang berdaya tahan. Selain mengekalkan kadar penggunaan loji pada penanda aras kelas dunia, kami juga menunjukkan tahap kebolehpercayaan perkhidmatan yang tinggi kepada para pelanggan. Secara keseluruhan, kami berjaya mencapai kecemerlangan operasi dan komersial sambil menguruskan kos kami secara berhemat dalam persekitaran pasaran yang mencabar dan tidak menentu. "
"Tumpuan utama kami pada tahun 2020 termasuk meningkatkan dan pengkomersialan loji-loji kimia di Kompleks Bersepadu Pengerang yang sedang menjalani ujian prestasi. Sehingga kini, kami telah mencapai pengeluaran pertama polietilena, polipropilena dan etilena glikol,”tambah Datuk Sazali.
"Harga produk petrokimia dijangka stabil dalam jangka terdekat. Walau bagaimanapun, kami kekal berhati-hati di sebalik ketidakpastian pasaran yang disebabkan oleh pertikaian perdagangan AS-China, pertumbuhan GDP yang perlahan dan wabak Covid-19. Kami menjangkakan untuk terus menerajui melalui persekitaran perniagaan semasa memandangkan kecemerlangan operasi dan komersial kami yang kukuh, "kata Datuk Sazali.