Media Release

30 · Jun · 2022
PCG dan AFES Menguatkan Komitmen ke Arah Ekonomi Sirkular

Kuala Lumpur, 30 Jun 2022 – PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCGB) dan Alam Flora Environmental Solutions Sdn Bhd (AFES) bekerjasama untuk membekalkan sisa plastik dan sisa makanan dan serta menilai potensi perkongsian untuk membina kemudahan pengasingan sisa di Malaysia.

 

Kerjasama itu dimeterai dengan kedua-dua pihak menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang akan memperincikan rangka kerja kerjasama antara kedua-dua belah pihak.

 

Berdasarkan MoU itu, AFES akan membekalkan sisa plastik yang terdiri daripada polietilena (PE) dan polipropilena (PP) untuk PCG menghasilkan produk sirkular yang akan digunakan dalam pembungkusan makanan, penjagaan kesihatan dan aplikasi industri. AFES juga akan membekalkan sisa organik dan makanan untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan ke arah potensi pembuatan baja bernilai tinggi untuk pertanian lestari. 

 

Pemeteraian ini berikutan dua MoU yang telah ditandatangani oleh PCG bersama KDEB Waste Management dan One Biosys Sdn Bhd untuk kerjasama yang sama pada awal tahun ini, sekali gus mengukuhkan lagi komitmen PCG terhadap ekonomi sirkular.

 

Ir. Mohd Yusri Mohamed Yusof, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif PCG menandatangani MoU bagi pihak Syarikat, manakala AFES diwakili oleh Dato' Mohd Zain bin Hassan, Pengarahnya.

 

Mengulas mengenai perkongsian itu, Ir. Mohd Yusri berkata, "Kami gembira dengan kerjasama kami dengan AFES. Peralihan ke arah ekonomi sirkular memerlukan tindakan daripada pelbagai pihak berkepentingan, mereka yang terlibat dalam pengeluaran dan penghasilan hingga ke pengguna akhir produk serta mereka yang berada dalam industri pengurusan sisa. Penyertaan yang positif daripada organisasi-organisasi ini untuk bekerjasama dalam meneroka nilai ekosistem sisa pepejal di Malaysia, adalah bukti kepada perubahan ekonomi dan sosial dalam industri tersebut dalam memahami nilai komersial yang tersembunyi dalam sisa bahan buangan. Dengan MoU ini, kami terus mempercepatkan inisiatif kami ke arah ekonomi sirkular dalam memastikan penggunaan dan pengeluaran plastik yang mampan."

 

Pengarah AFES, Dato' Mohd Zain bin Hassan berkata, "Mencipta persekitaran yang mampan adalah asas perniagaan kami dan matlamat kami sejajar dengan PCG dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dengan menggabungkan kepakaran kami dalam penyelesaian dan sumber alam sekitar yang holistik bersama-sama dengan PCG, kami optimistik bahawa kerjasama ini akan menyumbang ke arah masa depan negara yang mampan dan, menjadi tonggak penting bagi pertumbuhan ekonomi sirkular yang sihat di Malaysia.

 

"Selama ini, perniagaan AFES terus berkembang dan terus responsif ke arah mewujudkan dunia yang mampan untuk masyarakat menjalani kehidupan dan generasi akan datang. Tumpuan kami sentiasa pada prinsip 3P iaitu People, Planet dan Profit kerana kami percaya bahawa jika anda menjaga orang (kakitangan dan pelanggan kami) dan planet ini, keuntungan akan ada untuk anda."

 

"Kerjasama antara industri yang berbeza adalah amat penting dalam perjalanan menuju ke arah masa depan yang lestari dengan penggunaan plastik," akhiri Ir. Mohd Yusri. 

 

Mengenai PETRONAS Chemicals Group Berhad 

 

PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG) merupakan pengeluar bahan kimia bersepadu terulung di Malaysia dan antara yang terbesar di Asia Tenggara. Ia mengendalikan beberapa tapak pengeluaran bertaraf dunia, yang disepadukan sepenuhnya secara menegak daripada bahan makanan kepada produk akhir hiliran. Dengan jumlah kapasiti pengeluaran gabungan sebanyak 12.8 juta tan metrik setahun (mtpa), aktiviti perniagaan PCG melibatkan pengeluaran, pemasaran dan penjualan beraneka produk kimia, termasuk olefin, polimer, baja, metanol serta bahan kimia dan produk derivatif asas yang lain. Disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 2010 dan dengan lebih daripada tiga dekad pengalaman dalam industri bahan kimia, PCG telah ditubuhkan sebagai sebahagian daripada Kumpulan PETRONAS untuk memaksimumkan nilai daripada sumber gas asli Malaysia.

 

PCG adalah antara 10 syarikat daripada 200 syarikat terbesar mengikut permodalan pasaran, yang tersenarai dalam Indeks FTSE4 Good Bursa Malaysia (F4GBM). Di samping itu, PCG disenaraikan dalam Indeks Dunia Kelestarian™ Dow Jones. Indeks ini mewakili 10% teratas daripada 2,500 syarikat terbesar dalam BMI Global S&P berdasarkan kriteria ekonomi, persekitaran dan sosial. PCG terus komited untuk memastikan amalan perniagaannya adalah selaras dengan piawaian yang diiktiraf di peringkat global bagi amalan Alam Sekitar, Sosial & Tadbir Urus (ESG).

 

Maklumat lanjut mengenai PCG boleh didapati di www.petronaschemicals.com.my

 

Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi:

 

Yogeswari Thangavelu

Perhubungan Media & Komunikasi

Jabatan Hal Ehwal Korporat & Pentadbiran

PETRONAS CHEMICALS GROUP BERHAD (PCG)

E : yogeswari.thangavel@petronas.com

 

Mengenai Alam Flora Environmental Solutions Sdn Bhd (AFES)

 

Alam Flora Environmental Solutions Sdn. Bhd. (AFES), anak syarikat milik penuh Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora), di bawah Malakoff Corporation Berhad (Malakoff), telah diperbadankan pada Oktober 2013 di Kuala Lumpur, Malaysia dan bertujuan untuk menjadi penyelesai masalah bandar negara dalam bidang inisiatif sisa, tenaga dan hijau sama ada untuk bandar hari ini atau bandar pintar masa depan. Ia diperakui dengan ISO 9001, 14001 & ISO 45001 dan menawarkan penyelesaian alam sekitar holistik kepada pelbagai syarikat, agensi kerajaan dan institusi melalui perkhidmatan alam sekitar yang komprehensif untuk menyokong pembangunan lestari. AFES telah mempelbagaikan perniagaan dan perkhidmatannya melalui inovasi, ke dalam beberapa perniagaan teras yang berbeza, termasuk Facility Management (FM), Infrastructure Cleansing and Waste Solutions (ICWS), Waste Management Facilities (WMF), Port Reception Facilities (PRF) dan Sustainable Facility & Eco Park Centre (SAFE). AFES telah dianugerahkan dengan Best Environmental Impact Award 2019 dalam Anugerah Europa untuk Kelestarian, Kecemerlangan dalam Pengurusan Kemudahan 2020 dalam Global Business Leadership Awards 2020, Pemenang Kategori Penyerahan Khas Anugerah Projek Tenaga Boleh Diperbaharui ASEAN 2021 dalam ASEAN Energy Awards 2021 dan Anugerah Inisiatif Hijau 2021 di Asia Corporate Excellence and Sustainability Awards 2021.

 

Maklumat lanjut mengenai AFES boleh didapati di www.afes.com.my

 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai AFES, sila hubungi: 

 

Sarah Shahirah Abdul Rahim,

Eksekutif Pemasaran,

Jabatan Pemasaran Strategik dan Komunikasi

Alam Flora Environmental Solutions Sdn Bhd

(M) 018-2494065

(E) sarah@afes.com.my

 

Nurul Akmar binti Abdul Karim,

Penolong Pengurus,

Jabatan Pemasaran Strategik dan Komunikasi

Alam Flora Environmental Solutions Sdn Bhd

(M) 019-2942874

(E) nurulakmar@afes.com.my

Left footer graphic with PETRONAS Dots Right footer graphic with PETRONAS Dots

Copyright © 2024 PETRONAS Chemicals Group Berhad 199801003704 (459830-K).
All rights reserved.