Media Release

19 · Jan · 2022
PCG Bakal Bina Loji Melamina Di Gurun, Kedah
  • Kapasiti tahunan sebanyak 60,000 tan setahun
  • Operasi komersial disasarkan pada tahun 2024

 

Kuala Lumpur, 19 Januari 2022 – PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG) bakal membina loji melamina berkapasiti 60,000 tan setahun di Gurun, Kedah, sekaligus menjadikannya pengeluar tunggal melamina di Asia Tenggara (SEA). 

 

Disasarkan mula beroperasi pada tahun 2024, projek ini adalah sejajar dengan pelan pertumbuhan PCG untuk berkembang ke derivatif dengan menambah nilai kepada molekul produk sedia ada seperti urea, metanol, poliolefin, dan lain-lain. PCG, melalui anak syarikat milik penuhnya, PETRONAS Chemicals Fertiliser Kedah (PCFK), akan menggunakan urea yang dihasilkan daripada PCFK sebagai bahan mentah untuk menghasilkan melamina.

 

"Ini merupakan pencapaian penting bagi PCG dan mengukuhkan lagi strategi kami untuk mempelbagaikan portfolio produk kami. Dengan menempatkan loji dalam kawasan yang sama dengan PCFK, kami akan dapat memaksimumkan nilai keseluruhan melalui integrasi bahan mentah dan utiliti dengan kemudahan PCFK sedia ada," kata Ir. Mohd Yusri Mohamed Yusof, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif PCG.

 

 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

 

Yogeswari Thangavelu
Media Relations, Corporate Affairs & Administration Department
PETRONAS CHEMICALS GROUP BERHAD (PCG)

 

Left footer graphic with PETRONAS Dots Right footer graphic with PETRONAS Dots

Copyright © 2024 PETRONAS Chemicals Group Berhad 199801003704 (459830-K).
All rights reserved.