15 · Apr · 2020
PCG Bersama Malaysia Untuk Memerangi COVID-19
Kuala Lumpur, 14 April - Dalam menyokong usaha negara untuk memerangi pandemik COVID-19, PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG) menyumbangkan produk pengeluarannya dan barangan keperluan sebagai sebahagian daripada Program Bantuan PCG COVID-19.
PCG membekalkan produknya, bahan mentah yang dipanggil Polipropilena (PP) kepada Fakulti Kejuteraan Mekanikal, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di Jerantut, Pahang di bawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia. Bahan mentah ini digunakan untuk pengeluaran bingkai pelindung muka untuk membantu pasukan perubatan tempatan termasuk barisan hadapan dan lain-lain yang memerlukan. Sumbangan itu akan membolehkan UiTM dan ADTEC secara kolektif menghasilkan lebih daripada 100,000 bingkai pelindung muka untuk dibekalkan ke hospital dan klinik kerajaan di seluruh negara.
PCG membekalkan produknya, bahan mentah yang dipanggil Polipropilena (PP) kepada UiTM
Subsidiari PCG, PCFSSB membekalkan cecair pembasmi kuman Hipoklorit kepada Majlis Daerah Sipitang untuk tujuan sanitasi awam di Bandar Sipitang
Subsidiari PCG iaitu Kertih Port Sdn Bhd (KPSB) dan PETRONAS Chemicals Fertiliser Sabah Sdn Bhd (PCFSSB) juga turut menyokong usaha membantu komuniti dalam lingkungan operasi mereka. KPSB menyediakan peralatan kepada Jabatan Kesihatan Daerah Dungun yang membolehkan peningkatan dalam pengeluaran Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) yang amat diperlukan seperti apron, pelindung kepala dan kaki untuk diagihkan kepada 10 buah pusat pemeriksaan dan Kuarantin COVID-19 di sekitar Dungun. Di Sipitang pula, PCFSSB membekalkan cecair pembasmi kuman Hipoklorit kepada Majlis Daerah Sipitang untuk tujuan sanitasi awam di Bandar Sipitang.
Di samping itu, PCG bekerjasama dengan Kumpulan PETRONAS dan Yayasan PETRONAS bagi menyediakan barang keperluan makanan kepada penduduk di sekitar kawasan operasinya di seluruh negara.
Bingkai pelindung muka yang dihasilkan oleh UiTM
Pengagihan barang keperluan makanan kepada salah satu penduduk di Sipitang, Sabah
“Dalam waktu yang sangat mencabar ini, amat lah penting bagi kita semua untuk bersama- sama membantu antara satu sama lain. Sama ada mereka adalah pejuang dalam bidang perubatan, mereka yang bergantung kepada gaji harian mahupun rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan, kami akan membantu sedaya kami termasuklah melalui penyumbangan produk dan teknologi bagi membantu mereka. Kami berharap agar sumbangan kami ini dapat membantu mereka yang memerlukannya. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua responden pertama negara, pekerja kesihatan, pihak berkuasa kerajaan dan agensi penguatkuasaan di atas usaha gigih mereka. Kami akan memberikan sokongan padu kepada mereka yang telah bekerja keras untuk menguruskan krisis COVID-19,” kata Datuk Sazali Hamzah, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif PCG.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Yogeswari Thangavelu
Media Relations, Corporate Affairs & Administration Department
PETRONAS CHEMICALS GROUP BERHAD (PCG)