Media Release

12 · May · 2023
PCG Meraikan Sambutan Hari Raya Bersama Pihak Berkepentingan Selepas Tiga Tahun Tanpa Sambutan

Kuala Lumpur, 12 Mei – PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG) baru-baru ini menganjurkan sambutan Hari Raya untuk pihak berkepentingannya sempena musim perayaan ini yang membawa semua orang bersama semula setelah tiga tahun.

 

Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif PCG, Ir. Mohd Yusri Mohamed Yusof yang merupakan hos kepada program tersebut merakamkan ucapan terima kasih kepada pelanggan PCG yang turut memeriahkan sambutan itu, “Kami berharap para tetamu kami dapat beramah mesra dan merapatkan hubungan silaturahim sesama sendiri sempena musim perayaan ini. Maklumlah, semangat muafakat menjadi pedoman kepada semua pada musim Syawal ini. Sambutan ini adalah tanda simbolik penghargaan kami atas sokongan padu dan kesetiaan mereka terhadap PCG selama ini. Kami amat bersyukur kepada mereka yang merupakan tulang belakang perniagaan kami.”

 

Para pelanggan saling beramah mesra di Majlis Sambutan Hari Raya PCG. Dari kiri: Naib Pengarah Presiden Mohd Nazmi Amat Yahaya dan Pengarah Presiden Bapak Muliady Jahja dari PT Anugerah Kimia Indonesia, Ketua Pengarah / Ketua Pegawai Eksekutif PCG Ir. Mohd Yusri Mohamed Yusof, Pengarah Presiden Bapak Haryanto Adikoesoemo dan Ketua Kimia Komersial & Logistik Bapak Ongkowijono Soehardjo Hartono dari PT AKR Corporindo Tbk, dan Pengurus Kanan Kewangan-Komersial PCG Mohd Akmal Azahari.

 

Mengenakan busana tradisi Malaysia, para tetamu menikmati pelbagai juadah tempatan dan dihiburkan oleh barisan persembahan istimewa sambil beramah mesra sesama lain.

 

Ketua Pengarah / Ketua Pegawai Eksekutif PCG Ir. Mohd Yusri Mohamed meraikan sambutan Hari Raya bersama para pelanggan di Majlis Sambutan Hari Raya PCG.

Left footer graphic with PETRONAS Dots Right footer graphic with PETRONAS Dots

Copyright © 2024 PETRONAS Chemicals Group Berhad 199801003704 (459830-K).
All rights reserved.