Kuala Lumpur, 25 April 2023 – Negeri Sabah, melalui syarikat milik sepenuhnya SMJ Sdn Bhd (SMJSB), dan PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG) telah menandatangani Perjanjian Pembelian Saham (SPA) bagi pengambilalihan 25% kepentingan ekuiti dalam PETRONAS Chemicals Fertiliser Sabah Sdn Bhd (PC FSSB) dengan nilai RM1.2 bilion.
Perjanjian itu ditandatangani oleh Ketua Pengawai Eksekutif SMJSB, Dr. Dionysia Aloysius Kibat dan juga Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif PCG, Ir. Mohd Yusri Mohamed Yusof.
"Penandatanganan SPA hari ini memberikan peluang untuk kerjasama selanjutnya dan saya gembira dengan kelajuan di mana perjanjian ini diselesaikan," kata Dr. Dionysia.
"Peluang ini akan lebih memperkukuhkan hubungan kerja kita antara PCG dan Negeri Sabah serta membuka potensi untuk kerjasama serupa pada masa depan. Kami juga yakin bahawa kerjasama ini akan lebih melanjutkan pemacuan pembangunan dalam Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP), untuk mencipta lebih banyak manfaat ekonomi kepada komuniti-komuniti sekitar di Sabah," kata Ir. Mohd Yusri.
PC FSSB ditubuhkan pada tahun 2011 untuk membina, memiliki, dan mengendalikan kompleks pengeluaran amonia dan urea yang bersepadu di SOGIP di Sipitang, Sabah. PC FSSB mempunyai kemudahan pengeluaran ammonia dan urea berskala dunia, direka untuk menghasilkan ammonia dan urea sebanyak 1.9 juta tan metrik setahun. Ia merupakan loji ammonia dan urea “single train” terbesar di Asia Tenggara, dan loji urea ketiga terbesar di Asia Pasifik. Ia merangkumi tanah seluas 211 ekar di SOGIP, berhampiran dengan pasaran pertumbuhan utama di Asia Pasifik.
PC FSSB merupakan pemangkin utama dalam pembangunan industri minyak dan gas di Sabah melalui SOGIP. Ia merupakan loji baja pertama yang dibina di Sabah. Urea digunakan secara langsung sebagai baja atau bahan mentah untuk penghasilan resin dalam papan lapis dan pelekat, serta bahan kimia lain. Ammonia digunakan terutamanya sebagai bahan mentah untuk urea, atau kegunaan industri seperti pembersih alkali dan gas penyejuk.
# # #
Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi:
SMJ Media Relations |
PCG Media Relations
|
Datuk Brenndon Soh SMJ Sdn Bhd L2.01 Level 2 Plaza Shell 29 Jalan Tunku Abdul Rahman 88000 Kota Kinabalu. |
Yogeswari Thangavelu Media Relations, Strategic Communications & Administration Department E : yogeswari.thangavel@petronas.com
|
Mengenai SMJ Sdn Bhd
SMJ Sdn Bhd adalah sebuah syarikat minyak dan gas negeri yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Sabah untuk menjaga kepentingan keseluruhan negeri dalam pembangunan minyak dan gas untuk kepentingan terbaik negeri, dan juga untuk mendapatkan perkongsian keuntungan yang lebih tinggi, pendapat serta penyertaan yang lebih besar dalam rantaian nilai minyak dan gas di negeri ini.
Mengenai PETRONAS Chemicals Group Berhad
PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG) merupakan pengeluar bahan kimia bersepadu terulung di Malaysia dan antara yang terbesar di Asia Tenggara. Ia mengendalikan beberapa tapak pengeluaran bertaraf dunia di Malaysia, Asia Pasifik, Eropah dan Amerika Utara. Dengan jumlah kapasiti pengeluaran gabungan sebanyak 15.4 juta tan metrik setahun (mtpa), aktiviti perniagaan utama PCG melibatkan pengeluaran, pemasaran dan penjualan beraneka produk kimia, termasuk olefin, polimer, baja, metanol serta bahan kimia dan produk derivatif asas yang lain.
Disenaraikan di Bursa Malaysia dengan lebih daripada tiga dekad pengalaman dalam industri bahan kimia, PCG telah ditubuhkan sebagai sebahagian daripada Kumpulan PETRONAS untuk memaksimumkan nilai daripada sumber gas asli Malaysia.
PCG komited untuk memastikan amalan perniagaannya selaras dengan piawaian yang diiktiraf di peringkat global bagi amalan Ekonomi, Alam Sekitar, Sosial & Tadbir Urus (EESG). PCG kini disenaraikan dalam Indeks FTSE4 Good Bursa Malaysia (F4GBM) dan Indeks Dunia Kelestarian™ Dow Jones.