Copyright © Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) (20076-K).
All rights reserved.
KUALA LUMPUR, 13 Mac 2023 – Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 (FY2022), PETRONAS merekodkan pendapatan sebanyak RM375.3 bilion terutamanya disebabkan oleh kesan harga yang lebih baik bagi produk utama seiring dengan harga penanda aras yang lebih tinggi.
Meskipun berlakunya ketidaktentuan berpanjangan yang dilihat dalam pasaran sepanjang tahun 2022, melangkah ke hadapan Kumpulan akan terus melaksanakan pengurusan kewangan yang berhemat dan disiplin yang tegas dalam melabur semula untuk menyediakan keselamatan tenaga yang diperlukan pada hari ini serta untuk peralihan yang adil dan bertanggungjawab.
Keputusan FY2022 (Analisis berbanding FY2021)
Q4 FY2022 (Analisis berbanding Q4 FY2021)
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Datuk Tengku Muhammad Taufik berkata:
“Tenaga kerja PETRONAS terus dipacu oleh tujuan kami untuk menjadi rakan kongsi tenaga dan penyelesaian progresif yang mempertingkatkan kualiti kehidupan demi masa depan yang mampan. Ketahanan mereka membolehkan Kumpulan mencapai prestasi yang kukuh pada tahun 2022.
Sementara tahun 2022 membolehkan kami untuk memanfaatkan lonjakan minyak dan gas, tahun lalu juga memberikan isyarat ketidaktentuan terhadap permintaan-bekalan yang didorong oleh peralihan mendadak dalam pasaran serta peralihan tenaga yang dipercepatkan.
Walaupun kami maju dengan kedudukan yang lebih kukuh, PETRONAS akan terus memantapkan rantaian nilai bersepadu kami dengan tumpuan yang lebih memfokuskan kepada kecemerlangan komersial dan operasi. Kumpulan akan memberi tumpuan kepada penyampaian strategi pertumbuhan tiga serampang serta aspirasi Pelepasan Sifar Karbon Bersih menjelang 2050 secara berdisplin termasuklah pengurusan komitmen kewangan dan obligasi hutang secara berhemat.
PETRONAS tidak mempunyai pilihan selain untuk mengukuhkan masa depan Kumpulan bagi mengekalkan keupayaan kami dalam menyampaikan nilai jangka panjang yang mampan sebagai Syarikat Minyak Nasional dan pemain tenaga global. Untuk tujuan ini, PETRONAS perlu kekal teguh dalam menyediakan tenaga yang selamat, mampu milik dan boleh capai ke arah memartabatkan masyarakat dan menyokong negara bagi mencapai cita-cita sifar bersih. PETRONAS berazam untuk melaksanakannya dengan teguh melalui perkongsian yang lebih kukuh dengan pihak berkepentingan, rakan kongsi, pemain OGSE tempatan dan pelanggan di seluruh dunia.”
Tinjauan
Industri minyak dan gas berpotensi menyaksikan harga menyederhana pada 2023 berikutan jangkaan kelembapan ekonomi, meskipun berdepan dengan cabaran ketidaktentuan pasaran yang berpanjangan. Dalam persekitaran ini, PETRONAS akan terus memacu kecemerlangan operasi dalam perniagaan terasnya sambil memenuhi sasaran pertumbuhan dan kemampanannya.
Rujukan
Klik sini untuk melihat PETRONAS Group Financial Report
Klik sini untuk melihat PETRONAS Group Financial Operational Report
Rujuk Lampiran untuk Sorotan Kelestarian dan Impak Sosial serta Operasi