PETRONAS logo with text PETRONAS logo with text

Global

Grand Prix F1 Singapura: Kenyataan daripada Presiden & CEO Kumpulan PETRONAS

2025 Media Release - 7 Oct

Kemenangan baru-baru ini di Grand Prix Singapura merupakan satu pencapaian yang telah lama dinanti-nantikan dalam kerjasama strategik yang terjalin dengan Pasukan Mercedes-AMG PETRONAS Formula One, pada musim ini. Saya berbesar hati diberikan penghormatan untuk mewakili pasukan bagi menerima Trofi Kemenangan Konstruktor.

Meskipun begitu, saya menyedari bahawa keterujaan spontan saya semasa meraikan kemenangan pasukan mungkin tidak bersesuaian dengan tempatnya. Ingin saya jelaskan bahawa saya tidak mengambil sebarang minuman keras, namun sebagai seorang Muslim, saya akur bahawa saya seharusnya tidak terlibat dalam sebarang bentuk sambutan sedemikian. Oleh itu, saya ingin memohon maaf atas perbuatan saya yang secara tidak sengaja telah menyinggung perasaan dan saya mengambil sepenuh tanggungjawab di atas segala tindakan saya.

Pada kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kepercayaan dan sokongan berterusan yang diberikan kepada pasukan MAMG PETRONAS F1 yang bersaing di tahap tertinggi sukan permotoran. Berkat usaha gigih PETRONAS, kejayaan yang dikecapi sekarang dan kecemerlangan yang bakal dicapai di masa akan datang dalam era bahan api mampan mampu membuktikan kebolehan dan keunggulan inovasi ciptaan Malaysia.

Tan Sri Tengku Muhammad Taufik
7 Oktober 2025

Left footer graphic with PETRONAS Dots Right footer graphic with PETRONAS Dots