PETRONAS logo with text PETRONAS logo with text

Global

Insiden Kebakaran di Saluran Paip Gas Sabah-Sarawak (SSGP)

2022 Media Release - 16 Nov

PETRONAS mengesahkan insiden kebakaran yang berlaku melibatkan Saluran Paip Gas Sabah-Sarawak (SSGP) berhampiran KP 132 di Lawas, Sarawak pada lewat tengah hari ini.

Insiden dipercayai berpunca daripada kerja-kerja yang dijalankan oleh pihak ketiga berdekatan kawasan izinlalu (Right-of-Way) SSGP dan kerja-kerja tersebut tiada kaitan dengan operasi saluran paip tersebut. Laporan polis telah dibuat dan siasatan menyeluruh akan dilaksanakan.

PETRONAS telah menggerakkan Pasukan Bertindak Kecemasan ke kawasan insiden dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam mengawal situasi serta memastikan keselamatan komuniti dan kawasan sekitar.

Left footer graphic with PETRONAS Dots Right footer graphic with PETRONAS Dots