PETRONAS logo with text PETRONAS logo with text

Global

Kenyataan PETRONAS Berhubung Siasatan SPRM

2023 Media Release - 27 May

PETRONAS merujuk kepada kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan fail siasatan yang dibuka oleh SPRM berhubung pemberian kontrak PETRONAS pada tahun 2021 kepada anak syarikat tempatan milik sebuah syarikat huluan antarabangsa.

PETRONAS telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM sepanjang tempoh siasatan yang tidak menemui sebarang salah laku di bawah Akta SPRM 2009 oleh PETRONAS, kakitangan dan pengarahnya.

Selaras dengan cadangan SPRM dan sejajar dengan polisi toleransi sifar rasuah, PETRONAS sentiasa mengambil langkah menambah baik prosedur operasi standard (SOP) sebagai usaha berterusan dalam mencegah dan membanteras segala bentuk rasuah dan salah laku oleh pekerja, pengarah dan pihak ketiga bagi pihak syarikat dalam Kumpulan.

PETRONAS terus komited memberikan kerjasama kepada SPRM dalam usaha ini.

Left footer graphic with PETRONAS Dots Right footer graphic with PETRONAS Dots