Copyright © Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) (20076-K).
All rights reserved.
PETRONAS merujuk kepada kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan penangkapan 15 individu berhubung dengan sindiket penyelewengan minyak diesel.
Penangkapan tersebut adalah susulan daripada laporan polis yang telah dibuat oleh PETRONAS hasil daripada siasatan dalaman terhadap dakwaan salah laku tersebut.
PETRONAS terus komited dalam usaha mencegah dan membanteras segala bentuk jenayah, dan akan terus menyemai kepentingan budaya integriti dan etika kerja di dalam organisasi Kumpulannya.
PETRONAS akan terus memberi kerjasama yang penuh kepada pihak PDRM dalam perkara ini.