Copyright © Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) (20076-K).
All rights reserved.
Kepada semua kontraktor PETRONAS
Kami merujuk kepada pengumuman YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 16 Mac 2020 berkenaan keputusan Kerajaan Malaysia dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 (“Perintah Kawalan Pergerakan”) di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967, susulan Pandemik Covid-19.
Notis ini adalah untuk memaklumkan bahawa dalam memastikan operasi kritikal berterusan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, PETRONAS akan melaksanakan AKSES TERHAD KE SEMUA PEJABAT, FASILITI, KAWASAN DAN TAPAK OPERASI PETRONAS ke atas semua pelawat dan kontraktor seperti berikut:
Anak syarikat /OPU berkenaan akan mengemukakan notis bertulis kepada kontraktor berkenaan, yang dikehendaki untuk melaksanakan penghantaran/pembekalan barangan/produk atau melaksanakan perkhidmatan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan pada tarikh, masa dan tempat yang diarahkan, tertakluk kepada kontraktor mematuhi keperluan yang berkenaan termasuk tetapi tidak terhad kepada:
Kepada kontraktor yang tidak menerima sebarang notis dari PETRONAS, maka kesemua penghantaran/pembekalan barangan, produk dan perlaksanaan perkhidmatan (termasuk projek) adalah ditangguhkan sehingga para kontraktor berkenaan menerima notis selanjutnya.
Kesihatan dan keselamatan pekerja adalah penting dan diutamakan. Oleh yang demikian, para kontraktor hendaklah mengambil semua langkah berjaga-berjaga yang sewajarnya tertakluk kepada perintah yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia, bagi memastikan pembekalan barangan dan perkhidmatan perlu, diteruskan dan dikendalikan dalam keadaan yang selamat.
Sekian terima kasih.
PETRONAS