Kontraktor PETRONAS
PENYERAHAN PERMOHONAN KONTRAKTOR KEPADA KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI, BAGI PENERUSAN OPERASI
Merujuk notis-notis yang dikeluarkan berkenaan perkara di atas dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan oleh Kerajaan Malaysia, yang kini dilanjutkan sehingga 14 April 2020 (“Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan”).
- Seperti yang kami telah maklumkan bahawa aktiviti serta operasi pembekalan barang-barang, produk dan perlaksanaan perkhidmatan (termasuk projek) sepanjang dan dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan adalah tertakluk kepada pematuhan oleh para kontraktor terhadap kesemua peraturan dan/atau garis panduan yang diarahkan atau dikeluarkan dari masa ke semasa oleh pihak-pihak berkuasa berkenaan termasuk KEMENTERIAN PERDAGANAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI (MINISTRY OF INTERNATIONAL TRADE AND INDUSTRY (“MITI”) )
- Adalah tanggungjawab SETIAP KONTRAKTOR (TERMASUK SUB-KONTRAKTOR) untuk masing-masing membuat Permohonan Untuk Meneruskan Operasi Sewaktu Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, kepada KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI samada secara talian, emel dan laman sesawang seperti berikut:
Alamat: KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI Menara MITI No. 7, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, 50480 Kuala Lumpur Location Map Telefon: 603-8000 8000 Whatssap: +6012 607 2750 Emel: covid19sec@miti.gov.my Faks: 603-6206 4693 Laman sesawang: http://www.miti.gov.my
- Para kontraktor (termasuk sub-kontraktor) hendaklah memastikan bahawa SETIAP PERMOHONAN adalah lengkap dan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan di antara lain:
- setiap syarikat kontraktor diwajibkan untuk menetapkan jumlah pekerja yang bertugas berada di tahap minima atau pengurangan sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah semasa atau yang berdaftar dan juga kontraktor mewujudkan sistem bekerja dari rumah bagi pekerja yang tidak terlibat dengan aktiviti pengilangan yang kritikal;
- senarai pekerja yang terlibat semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan;
- pengeluaran produk/hasil syarikat memberi keutamaan kepada pasaran tempatan;
- kontraktor perlu melaksanakan garis panduan dan prosedur pencegahan COVID19 seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dari masa ke semasa.
- Para Kontraktor juga hendaklah sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan memastikan perkara-perkara berikut:
- memastikan pergerakan kesemua pekerja terbabit, hanya terhad dari rumah ke kilang dan/atau premis yang ditetapkan.
- menyediakan alat saringan suhu badan, dan mengambil bacaan suhu badan pekerja pada setiap hari di pintu masuk kilang dan/atau premis yang ditetapkan, di mana bacaan bagi setiap pekerja hendaklah direkod dan disimpan untuk rujukan. Sekiranya suhu badan didapati melebihi paras biasa, kontraktor hendaklah menghubungi Pejabat Kesihatan atau Hospital Kerajaan terdekat.
- semua pekerja hendaklah mematuhi prosedur pencegahan COVID-19 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang dikeluarkan dari masa ke semasa.
- kontraktor menyediakan cecair pembasmi kuman (“hand sanitizer”) di pintu masuk dan tempat-tempat lain yang berkaitan dalam kilang dan premis/lokasi yang ditetapkan, serta memastikan pemakaian topeng penutup muka (“face mask”) oleh setiap pekerja.
- kontraktor hendaklah menjalankan proses sanitasi pembasmian kuman dan pembersihan di kilang/premis sebelum setiap shift atau operasi bermula
- proses sanitasi dan pembersihan perlu dilaksanakan tiga (3) kali sehari terutamanya di kawasan umum (“common facilities”) seperti lobi, lif, cafeteria, bilik-bilik mesyuarat, surau, bas/pengangkutan pekerja dan pusat rekreasi tertutup.
- PETRONAS dengan ini meminta kerjasama setiap Kontraktor (termasuk sub-kontraktor) untuk memastikan operasi dan aktiviti PETRONAS termasuk yang melibatkan pembuatan dan pengeluaran barang-barang keperluan umum yang dikategorikan penting dan kritikal, berterusan dan tidak terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dengan memastikan:
- PERMOHONAN untuk beroperasi sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Kawalan dibuat kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dengan KADAR SEGERA, bersama-sama dengan notis yang dikeluarkan oleh PETRONAS berkenaan:
- keperluan untuk membekalkan barang-barang, produk dan perkhidmatan sepanjang Tempoh Perintah Pergerakan Kawalan;
- pergerakan bagi melaksanakan pembekalan dan perkhidmatan (termasuk pergerakan dan perjalanan merentasi sempadan);
- Pematuhan setiap peraturan dan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan pihak-pihak berkuasa berkenaan dipatuhi,
- Kesihatan dan keselamatan pekerja serta pelanggan adalah perkara yang penting dan diutamakan. Oleh yang demikian, para kontraktor hendaklah mengambil semua langkah berjaga berjaga yang sewajarnya tertakluk kepada perintah yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia, bagi memastikan pembekalan barangan dan perkhidmatan kritikal, diteruskan dan dikendalikan dalam keadaan yang selamat.
Sekian, Terima kasih.