PETRONAS logo with text PETRONAS logo with text

Global

PETRONAS Terus Hulur Bantuan kepada Pelajar Tajaan Terlantar

2024 Media Release - 12 Feb

PETRONAS maklum berhubung keadaan kesihatan Muhammad Amirul Nazmi Sam, salah seorang pelajar tajaan kami yang kini terlantar di rumah beliau di Ajil, Terengganu dan menerima sokongan perubatan daripada Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu.

PETRONAS telah memberikan sokongan kepada Amirul Nazmi sejak beliau dimasukkan ke hospital dan kami akan terus memantau keadaan beliau dengan teliti dalam menyediakan bantuan sewajarnya dalam usaha membantu pemulihan beliau.

 PETRONAS sentiasa komited dalam menyokong pelajar tajaannya bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga semasa dalam keadaan sukar. Keutamaan kami adalah kesejahteraan dan pemulihan pelajar tajaan kami, dan kami bersedia untuk memberi bantuan sewajarnya dalam situasi yang sukar.

Left footer graphic with PETRONAS Dots Right footer graphic with PETRONAS Dots