PETRONAS logo with text PETRONAS logo with text

Global

PETRONAS Meraikan Keindahan Budaya, Warisan dalam Filem Perayaan Pertama Bagi Tahun 2023

2023 Media Release - 20 Jan

KUALA LUMPUR, 20 Januari 2023 - Filem perayaan pertama PETRONAS untuk tahun ini akan ditayangkan pada hujung minggu ini sempena Tahun Baharu Cina, memaparkan keindahan pelbagai budaya dan warisan di Malaysia. 

Aaron menyampaikan berita buruk kepada Pak Cik Neoh di kedai bingkai gambarnya.

Filem berjudul 'Yǐ Hé Wéi Guì' atau 'The Negotiation' mengisahkan tentang sekumpulan pekedai yang menerima notis pengusiran menjelang Tahun Baharu Cina. Demi melindungi tempat yang telah banyak menyimpan kenangan dan membawa sinar kebahagiaan kepada mereka daripada generasi ke generasi, masyarakat di situ bersatu-padu dalam usaha menyelamatkan sejarah, warisan, tempat tinggal dan cara hidup mereka. 

Arahan oleh Prem Pillai yang telah menerajui pelbagai filem pengiklanan yang memenangi anugerah, 'Yǐ Hé Wéi Guì' mengetengahkan kepentingan berunding dengan ikhlas dan terbuka bagi mencari titik pertemuan agar semua pihak dapat mengecap pembangunan dan kemakmuran bersama. 

Reaksi penduduk Singgah Dulu apabila melihat rancangan pembangunan yang akan menyebabkan mereka diusir.

Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan PETRONAS, Datin Anita Azrina Abdul Aziz berkata “Warisan budaya kita adalah penting untuk membentuk identiti dan kepelbagaian latar belakang di negara kita. Walaupun berbeza latar belakang, kepelbagaian budaya kita menekankan nilai-nilai yang sama, yang terus menjadi asas keharmonian kita”

Pertempuran hebat “Goodminton” pada suatu masa dahulu demi menuntut semula tanah Singgah Dulu.

Kekayaan warisan, tradisi dan budaya akan disematkan dalam filem perayaan PETRONAS tahun 2023, yang bertemakan ‘Akar Masa Depan Kita’.

Tonton 'Yǐ Hé Wéi Guì' menerusi saluran-saluran media sosial rasmi PETRONAS mulai 21 Januari. 

Left footer graphic with PETRONAS Dots Right footer graphic with PETRONAS Dots