PETRONAS logo with text PETRONAS logo with text

Global

Memajukan Tenaga

Pembangunan Bakat & Pendidikan

PETRONAS berusaha gigih dalam menyediakan perkhidmatan pendidikan dan latihan bertaraf dunia bagi memastikan kemampanan bekalan bakat berpengetahuan tinggi dan mahir yang menyokong pertumbuhan organisasi, serta industri tenaga Malaysia. Berikut ialah gambaran keseluruhan institusi-institusi yang terdapat dalam ekosistem pembangunan modal insan kami pada masa ini.

  • Universiti Teknologi PETRONAS (UTP)
  • Akademi Laut Malaysia (ALAM)
  • PETRONAS Leadership Centre (PLC)
  • Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP)

Memajukan Ilmu dan Membentuk Minda untuk Masa Depan yang Lestari

Memajukan Ilmu dan Membentuk Minda untuk Masa Depan yang Lestari

Universiti Teknologi PETRONAS (UTP)

Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) merupakan antara institusi pengajian tinggi terkemuka di Malaysia, terletak di kawasan seluas 400 hektar dalam Bandar Seri Iskandar yang menarik dan sedang berkembang di negeri Perak.

Ditubuhkan pada 10 Januari 1997 sebagai anak syarikat penuh milik PETRONAS, UTP menawarkan pelbagai program kejuruteraan, sains, dan teknologi yang relevan dengan industri pada peringkat bacelor dan pascasiswazah.

UTP juga menjalankan aktiviti penyelidikan meluas yang memberikan tumpuan pada enam bidang khusus: bangunan lestari mandiri, infrastruktur pengangkutan, analitik kesihatan, pemulihan hidrokarbon, pengurusan pencemaran, dan sistem autonomi. Semua ini dilakukan dengan kerjasama PETRONAS, serta institusi dan peserta industri lain.

Dalam tempoh hanya 26 tahun sejak penubuhannya, UTP telah meraih pelbagai pengiktirafan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Sebagai contoh, universiti ini telah bergerak untuk mencapai kedudukan kukuh dalam Times Higher Education (THE) Asia University Rankings sejak muncul kali pertama pada tahun 2018. Pada tahun 2023, UTP menghuni kedudukan ke-63, meningkat sebanyak 32 anak tangga dari kedudukan ke-95 pada tahun 2022, sekali gus menjadikan UTP universiti yang terbaik di Malaysia.

Universiti Teknologi
PETRONAS (UTP) Overview

 

Universiti Teknologi
PETRONAS (UTP)

Terokai UTP

Membentuk Pemimpin Maritim Masa Depan

Membentuk Pemimpin Maritim Masa Depan

Akademi Laut Malaysia

Akademi Maritim Malaysia (Akademi Laut Malaysia, atau ALAM) merupakan penyedia pendidikan dan latihan maritim yang terkemuka di Asia. Dilengkapi sepenuhnya, ALAM mempunyai kampus seluas 68 ekar yang terletak di persekitaran yang tenang dan damai di Kuala Sungai Baru, negeri Melaka, menghadap Selat Melaka yang sibuk.

Ditubuhkan pada tahun 1977 sebagai Pusat Latihan Maritim Malaysia, ALAM kini dimiliki sepenuhnya oleh MISC Berhad, iaitu sebuah anak syarikat PETRONAS dan antara konglomerat penghantaran terbesar di dunia.

Akademi ini menawarkan spektrum penuh kursus maritim, yang disokong oleh kemudahan pengajaran moden bersama-sama dengan pengalaman dan kepakaran yang meluas oleh pengajar tempatan dan ekspatriat sepenuh masa yang mempunyai kelayakan akademik dan profesional. Oleh itu, ALAM merupakan akademi maritim pilihan bagi pelajar muda lepasan sekolah di Malaysia dan luar negara yang menyimpan impian untuk memiliki masa depan yang cerah sebagai profesional dalam industri maritim.

Pencapaian

Kursus Maritim & Luar Pesisir

Menawarkan lebih 150 kursus termasuk kursus yang disesuaikan

Pengalaman 4 Dekad

Melatih lebih 13,500 Pelaut sejak tahun 1977

Pendidikan Terulung

Konsisten dalam penilaian tinggi oleh DNV sebagai antara Institusi Pendidikan & Latihan Maritim yang terkemuka dunia

Terbaik di Asia

Pemenang Seatrade Maritime Awards Asia 2017 dalam kategori Terbaik Pendidikan & Latihan

Akademi Laut Malaysia

Terokai ALAM

Menerajui dengan Tujuan, Memacu Kemajuan

Menerajui dengan Tujuan, Memacu Kemajuan

PETRONAS Leadership Centre

 

PETRONAS memberi komitmen yang tinggi untuk membangunkan pemimpin masa depan.

Apa yang bermula sebagai sebuah jabatan latihan kecil pada tahun 1979, kini telah menjadi PETRONAS Leadership Centre (PLC), sebuah institusi yg berkembang dengan dinamik untuk memenuhi keperluan sektor tenaga di Malaysia dan di luar negara.

PLC diberi amanah untuk membangunkan bakat PETRONAS menjadi pemimpin yang progresif, bertujuan, dan berintegriti, serta berupaya memangkin perubahan dan inovasi untuk masa depan yang lestari.

Terletak hanya 45 minit dari pusat bandar Kuala Lumpur, PLC beroperasi dalam kampus yang berfokuskan kelestarian dan menawarkan pelbagai program pembangunan kepimpinan yang diiktiraf pada peringkat global dalam tiga bidang utama; Kepimpinan, Inovasi, dan Kelestarian.

PLC juga bekerjasama dengan institusi-institusi terkemuka untuk memastikan pembangunan yang berkualiti dan menggalakkan perkongsian pengetahuan dalam menangani isu-isu peralihan tenaga dan keperluan masyarakat yang semakin meningkat.

Kepimpinan

Membangunkan pemimpin yang bertujuan
bagi memacu kemajuan dalam organisasi

Inovasi

Membina ekosistem yang mendorong
eksperimentasi dalam mencari penyelesaian

Kelestarian

Memupuk kepimpinan dan advokasi
yang berfokuskan kelestarian

Pusat Kepimpinan PETRONAS

Terokai PLC

Perihal INSTEP

Komited untuk menjadi rakan kongsi penyelesaian kepada bakat dalam industri tenaga dan selainnya, Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP) berdedikasi untuk menerobos batasan dalam mempercepat pembangunan kompetensi melalui penyediaan pembelajaran berasaskan pengalaman, sekali gus mempertingkatkan dengan ketara kualiti hidup, serta menyumbang kepada perkembangan perniagaan dan kelestarian.

Ditubuhkan pada tahun 1981, INSTEP telah berkembang pesat menjadi rakan kongsi penyelesaian pembelajaran teknikal yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa dengan kehadiran pelanggan dari lebih 50 negara, dan telah menghasilkan lebih 156,000 tenaga kerja teknikal yang bersedia untuk pekerjaan di lebih 30 kilang penapisan dan petrokimia serta 100 platform di seluruh dunia. Kami sentiasa melangkaui batasan kami untuk menyediakan penyelesaian yang inovatif kepada bakat teknikal, lantas membolehkan mereka berkembang bersama organisasi mereka dan pada akhirnya, organisasi akan mencapai potensi sepenuhnya.

Janji jenama kami "Pengalaman ialah Pemerkasaan" menjadi kenyataan apabila pelanggan kami melihat kami sebagai rakan kongsi penyelesaian pilihan yang dipercayai untuk membantu mereka mengubah kemungkinan menjadi realiti.

Aspirasi Kemenangan

Aspirasi Kemenangan

Rakan Kongsi Penyelesaian Progresif

Berterusan menerobos batasan dalam menghubungkan bakat dengan kompetensi teknikal

Memupuk Perkongsian

Memperkukuh kerjasama yang berjaya untuk membantu pelanggan mencapai potensi penuh mereka

Memperkaya Warga Kerja Tenaga

Mempercepat pembangunan kompetensi dalam industri tenaga

Memperkayakan Kehidupan

Mempertingkatkan kualiti kehidupan pelanggan kami, membolehkan mereka berkembang bersama organisasi

Masa Depan Lestari

Mempercepat pembangunan lestari bagi nilai penciptaan dan kelestarian alam sekitar

Rakan Penyelesaian
Pembelajaran Teknikal Pilihan Anda

Kami gigih dalam mencari penyelesaian baharu, menyerlahkan potensi, dan menambah nilai kepada tenaga kerja teknikal dalam industri tenaga.

Terokai INSTEP


Ketahui Lebih Lanjut Tentang PETRONAS

 

  • Peluang Kerjaya

    Ayuh maju bersama-sama, dengan alatan dan rangka minda yang tepat. Apabila diperkasakan, segala-galanya boleh direalisasikan.

    Baca Lebih Lanjut

  • Berhubung Dengan Kami

    Daftar untuk mendapatkan kemas kini melalui e-mel dan menjadi yang pertama untuk mengetahui perkembangan terkini PETRONAS.

    Langgan Sekarang

  • Pelesenan dan Perolehan di Malaysia

    Maklumat mengenai pelesenan dan pendaftaran untuk vendor yang berpangkalan di Malaysia.

    Baca Lebih Lanjut

Left footer graphic with PETRONAS Dots Right footer graphic with PETRONAS Dots