PETRONAS logo with text PETRONAS logo with text

Global

Memajukan Tenaga

SEEd.Lab

SEEd.Lab

Sebagai sebahagian daripada agenda kelestarian PETRONAS untuk mencipta impak sosial yang positif kepada komuniti tempatan, inisiatif SEEd.Lab atau Makmal Pendidikan Usahawan Sosial (SEEd.Lab) telah diwujudkan.

SEEd.Lab ialah hab inovasi usahawan sosial yang diperkasakan oleh PETRONAS dan Tata Consultancy Services (TCS), khusus untuk membangunkan usahawan sosial yang mampan dengan memberikan tunjuk ajar dan panduan kepada bakal usahawan melalui perjalanan permulaan sehingga akhir bagi syarikat permulaan. Dalam tempoh 12 hingga 18 bulan, SEEd.Lab membawa pesertanya menelusuri proses pembentukan idea, inkubasi, dan pengkomersialan. Perjalanan ini telah membantu perkembangan lapan syarikat pemula sosial, setiap satunya memberikan penyelesaian yang unik bagi menangani cabaran sosial yang berbeza.

Antara syarikat pemula ini termasuklah Teman, iaitu perkhidmatan penjagaan warga emas yang prihatin; Sejolly, iaitu platform digital kolaboratif yang membantu pakar terapi dan ibu bapa kanak-kanak autisme melalui modul video pengukuhan di rumah; dan SAPOT, iaitu sistem sokongan rakan sebaya yang menawarkan perkhidmatan kesihatan mental kepada orang muda. Selain itu, terdapat juga ENOKU, yang memfokuskan pada usaha meneroka peluang pekerjaan untuk Orang Kurang Upaya (OKU), dan Niagable, yang memperkasakan peniaga jalanan dengan literasi kewangan yang penting.

Usaha-usaha ini telah menyentuh kehidupan lebih 15,000 individu, seterusnya mencetuskan impak sosial positif yang mendalam. Pada masa ini, SEEd.Lab sedang memulakan kohort ketiga, didorong oleh visi untuk melahirkan penggerak perubahan dan mencipta kesan berganda dalam komuniti kita.

0 Lihat SEEd.Lab


Know more about PETRONAS

 

  • Berhubung Dengan Kami

    Daftar untuk mendapatkan kemas kini melalui e-mel dan menjadi yang pertama untuk mengetahui perkembangan terkini PETRONAS.

    Langgan Sekarang

  • Peluang Kerjaya

    Ayuh maju bersama-sama, dengan alatan dan rangka minda yang tepat. Apabila diperkasakan, segala-galanya boleh direalisasikan.

    Baca Lebih Lanjut

  • Pelesenan dan Perolehan di Malaysia

    Maklumat mengenai pelesenan dan pendaftaran untuk vendor yang berpangkalan di Malaysia.

    Baca Lebih Lanjut

Left footer graphic with PETRONAS Dots Right footer graphic with PETRONAS Dots