PETRONAS logo with text PETRONAS logo with text

Global

Memajukan Tenaga

Pemasaran, Perdagangan & Peruncitan

Kami terus memberikan nilai kepada pelanggan di seluruh dunia dengan memanfaatkan liputan meluas operasi pemasaran dan perdagangan kami. Melalui bahagian peruncitan, kami mengendalikan salah satu rangkaian bahan api yang terbesar di Malaysia dan di Afrika Selatan.

Pemasaran & Perdagangan

Melalui kerjasama yang lancar dengan kilang-kilang penapisan kami di Malaysia, bahagian perdagangan kami, PETRONAS Trading Corporation Sdn Bhd (PETCO), membekalkan minyak mentah dan produk petroleum kepada pelanggan di seluruh dunia. 

Kami juga bersama-sama mencipta persekitaran pasaran lestari dengan para peserta industri melalui penyelesaian tenaga kami, termasuk bahan api bunker yang lebih bersih untuk industri maritim. 

Kami menyokong pelanggan kami melalui cakupan yang luas, merangkumi kawasan Timur Suez yang meliputi kawasan Asia Pasifik dan Timur Jauh, kawasan Barat Suez, serta di Timur Tengah dan Laut Merah.

Peruncitan di Malaysia

Bahagian pemasaran domestik kami, PETRONAS Dagangan Berhad (PDB), mengendalikan rangkaian runcit bahan api terbesar di Malaysia dengan lebih 1,000 stesen di seluruh negara, yang direalisasikan melalui rangkaian logistik dan pengedaran yang komprehensif.

Kami mengutamakan pelanggan dalam setiap perkara yang kami lakukan. Janji kami untuk menjadikan kehidupan harian pelanggan lebih mudah dan lebih baik mendorong kami untuk terus berinovasi dan mengembangkan penawaran yang berbeza untuk memberikan lebih keselesaan dan nilai kepada pelanggan, rakan kongsi, dan pihak berkepentingan yang lain. Rangkaian peruncitan bahan api yang luas, bersama-sama dengan portfolio bukan bahan api kami yang berkembang, merangkumi kira-kira 900 kedai serbaneka Kedai Mesra yang berada di lokasi yang strategik, direka khusus untuk memberikan pengalaman pelanggan yang tiada bandingannya.

Kami telah memperluas portfolio bukan bahan api kami. Café Mesra, memenuhi keperluan pelanggan kami yang menjangkaui bahan api, tersedia di stesen PETRONAS terpilih dan selainnya. 

Aplikasi Setel kami yang inovatif, iaitu aplikasi mudah alih pertama di Malaysia untuk pengisian bahan api yang lancar dan banyak lagi, membawa usaha kami untuk menyediakan kemudahan yang selesa ke tahap yang lebih baik. Dilancarkan pada tahun 2019, Setel kini dilengkapi dengan lebih banyak ciri dan perkhidmatan termasuk pembayaran tempat parkir, insurans kenderaan bermotor, bantuan kenderaan, bagi meningkatkan lagi pengalaman pelanggan di mana-mana saja mereka berada.

Komitmen kami terhadap amalan Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG) terus mendorong usaha untuk membentuk landasan yang melindungi masa depan perniagaan, pihak berkepentingan, dan komuniti di tempat kami beroperasi. 

Sejajar dengan fokus terhadap kelestarian yang lebih besar, kami mencapai kemajuan yang mantap dalam banyak bidang terutamanya dalam usaha tenaga bersih. Bersama-sama dengan rakan strategik, kami telah memperluas rangkaian pengecas kenderaan elektrik di stesen kami. Kami juga telah merintis penggunaan Bahan Api Penerbangan Lestari (SAF) di negara ini untuk menyokong usaha perindustrian penerbangan dalam mengurangkan karbon.

Sejak tahun 2015, PETRONAS Dagangan telah menjadi ahli syarikat konstituen yang diperakukan dalam Siri Indeks FTSE4Good, sekali gus mencerminkan amalan ESG yang ketara dalam syarikat kami yang diukur berdasarkan standard yang diiktiraf pada peringkat global.

Peruncitan di Afrika Selatan &
Sub-Sahara Afrika

Anak syarikat PETRONAS, Engen Limited (Engen) mengendalikan rangkaian peruncitan terbesar dengan lebih 1,250 stesen minyak di seluruh Afrika Selatan, Botswana, Republik Demokratik Congo, Eswatini, Lesotho, Mauritius, dan Namibia. 

Penawaran bukan bahan api Engen termasuk lebih 800 kedai serbaneka Quickshop & Co. dan kafe yang baru dilancarkan, Café 365, yang menawarkan pelbagai jenis makanan dan campuran kopi yang unik kepada pelanggannya.
 
Selain itu, pelanggan juga boleh mengakses Engen 1App di Afrika Selatan, iaitu aplikasi mudah alih pertama negara tersebut yang membolehkan pengisian minyak di mana-mana sahaja dan pengalaman runcit yang lancar, yang membolehkan pelanggan membuat pembelian bahan api tanpa perlu membawa wang tunai atau kad lagi. 

Melalui Engen, kami juga mengendalikan perniagaan komersial yang bersepadu sepenuhnya dan memberikan tumpuan pada jualan dan pemasaran produk petroleum pukal, seperti Diesel, Jet A-1, Gasolin, Kerosin, dan bahan kimia. Kami juga memasarkan minyak pelincir premium dan bendalir berfungsi berdasarkan PETRONAS’ Fluid Technology Solutions™️ , sekali gus memberikan tumpuan pada sektor automotif, industri, dan marin. 

Usaha Kelestarian Kami

PETCO, melalui PETRONAS Marine Brand, giat memacu perubahan ke arah masa depan rendah karbon, serta komited untuk mencipta nilai jangka panjang dengan membekalkan LNG sebagai pilihan bunker bersih kepada kapal-kapal. Langkah ini akan membantu menyokong matlamat Pertubuhan Maritim Antarabangsa untuk mengurangkan pelepasan sulfur oksida dan mengurangkan pencemaran di pelabuhan pada tahun 2020.

Selain itu, dalam mengangkat agenda tenaga bersih untuk mengurangkan pelepasan, kami sedang membangunkan kilang biopenapisan dan fasiliti pemprosesan hijau untuk menghasilkan Bahan Api Penerbangan Lestari (SAF) untuk industri penerbangan, dan Diesel Boleh Baharu/Minyak Sayuran Hidrogenasi (HVO) bagi kenderaan di jalan raya untuk mendorong mobiliti hijau.

Sebagai sokongan kepada komuniti dan usahawan tempatan, yang merupakan bahagian penting dalam perniagaan kami, kami memperkenalkan program Love Local untuk meningkatkan kesedaran tentang jenama tempatan bersama Kedai Mesra sebagai platform untuk mempamerkan produk mereka. Kami juga menyediakan panduan kepada penjual yang meliputi beberapa bidang seperti strategi harga, penampilan produk, peraturan barang niaga, logistik dan pengedaran.

Selain itu, untuk menyokong kehidupan petani dan nelayan tempatan, kempen Segar@Mesra yang bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan telah membantu menghubungkan mereka secara langsung dengan pelanggan, sambil memastikan pelangganmempunyai akses kepada hasil pertanian dengan harga berpatutan. Inisiatif ini tersedia di lebih 40 stesen PETRONAS di Semenanjung Malaysia dan Sarawak.

Kami terus bekerjasama dengan Alam Flora Sdn Bhd untuk inisiatif kitar semula secara pandu lalu di stesen PETRONAS terpilih, seterusnya mengumpul barang kitar semula daripada pelanggan dan komuniti tempatan.

Program Engen Maths and Science School telah membantu kanak-kanak kurang bernasib baik untuk merealisasikan potensi mereka selama lebih 35 tahun. Program ini terdiri daripada 11 pusat di seluruh Afrika Selatan yang menyediakan pengajaran tambahan dalam matematik dan sains kepada 1,800 pelajar kurang bernasib baik berusia 16 hingga 18 tahun setiap tahun. 

Sokongan Engen kepada inisiatif kebersihan feminin Caring4Girls sejak tahun 2018 juga telahmenyediakan bantuan pelapik tuala wanita kepada kira-kira 25,000 pelajar perempuan, bagi memastikan mereka tidak terlepas persekolahan disebabkan isu kebersihan feminin.


Ketahui Lebih Lanjut Tentang PETRONAS

 

  • Pelesenan dan Perolehan di Malaysia

    Maklumat mengenai pelesenan dan pendaftaran untuk vendor yang berpangkalan di Malaysia.

    Baca Lebih Lanjut

  • Peluang Kerjaya

    Ayuh maju bersama-sama, dengan alatan dan rangka minda yang tepat. Apabila diperkasakan, segala-galanya boleh direalisasikan.

    Baca Lebih Lanjut

  • Berhubung Dengan Kami

    Daftar untuk mendapatkan kemas kini melalui e-mel dan menjadi yang pertama untuk mengetahui perkembangan terkini PETRONAS.

    Langgan Sekarang

Left footer graphic with PETRONAS Dots Right footer graphic with PETRONAS Dots