Global

PETRONAS

Pemberian Maklumat

PETRONAS mendukung hasrat untuk mencapai piawaian integriti yang tertinggi dalam
menjalankan perniagaan dan operasi kami.

  • Pandangan
  • Beri Maklumat Di Sini
  • Perlindungan
  • Soalan Lazim

PETRONAS komited
kepada piawaian integriti
yang tertinggi,

keterbukaan dan akauntabiliti dalam menjalankan perniagaan dan operasinya. PETRONAS bercita-cita untuk mengendalikan urusannya dengan cara yang beretika, bertanggungjawab dan telus.


PETRONAS menyediakan saluran kepada semua pekerja PETRONAS dan orang ramai untuk mendedahkan apa-apa tindakan yang tidak betul di PETRONAS.

Mana-mana pihak boleh melaporkan aduan pemberian maklumat terhadap sebarang kesalahan yang mungkin dilihat dan dialami oleh mereka seperti yang berikut:

  • Penipuan;
  • Penyalahgunaan Kuasa;
  • Konflik Kepentingan;
  • Penyalahgunaan Harta Benda Syarikat;
  • Rasuah;
  • Pencurian atau Penggelapan dana;
  • Tidak Mematuhi Prosedur;

Senarai di atas adalah tidak terhad dan turut merangkumi apa-apa tindakan atau kelalaian, yang jika dibuktikan, akan membentuk suatu tindakan salah laku di bawah Kod Tatakelakuan dan Etika Perniagaan PETRONAS (CoBE) atau mana-mana kesalahan jenayah di bawah undang-undang berkaitan yang berkuat kuasa.

 

 

 

Ingin tahu lebih lanjut?

 





Sila isikan aduan anda di bawah atau sebagai alternatif, anda juga boleh mengemukakan maklumat melalui saluran berikut:

Peti Surat: P.O Box No. 11646, Pejabat
Pos Besar Kuala Lumpur

Maklumat yang Diperlukan untuk Mengemukakan Aduan:

  • Jenis kesalahan
  • Tarikh dan lokasi insiden
  • Identiti pihak yang didakwa melakukan kesalahan
  • Saksi atau bukti, jika ada

*Semua pendedahan akan ditangani dengan kerahsiaan yang ketat.

Lakukan Perkara Bermakna. Berikan Maklumat

Jika anda mengetahui atau menyedari apa-apa perilaku tidak wajar (salah laku atau kesalahan jenayah) yang dilakukan atau akan dilakukan dalam Kumpulan PETRONAS, laporkan aduan kepada kami dengan memberikan maklumat yang diperlukan.

 

 

 

 

Perlindungan

Pemberi maklumat yang menyerahkan pendedahan melalui saluran Pemberian Maklumat PETRONAS akan diberi perlindungan kerahsiaan identiti, setakat yang boleh dilaksanakan dengan munasabah. Selain itu, seorang pekerja yang memberikan maklumat secara dalaman juga akan dilindungi sebaik yang mungkin daripada sebarang tindakan merugikan kerana mendedahkan apa-apa perilaku tidak wajar yang dilakukan atau akan dilakukan dalam PETRONAS, selagi mana pendedahan dibuat dengan niat baik.

Perlindungan tersebut diberikan walaupun siasatan yang dilakukan mendapati bahawa pemberi maklumat adalah salah dalam fakta dan peraturan yang terlibat.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Dasar Pemberian Maklumat PETRONAS.
Dasar Pemberian Maklumat PETRONAS (Bahasa Inggeris)
Dasar Pemberian Maklumat PETRONAS (Bahasa Melayu)
Dasar Pemberian Maklumat PETRONAS (Bahasa Arab)
Dasar Pemberian Maklumat PETRONAS untuk Addendum Australia
Dasar Pemberian Maklumat PETRONAS untuk Addendum Turkmenistan

Apakah itu "Pemberian Maklumat"?

Ketahui Selanjutnya

Siapakah "Pemberi Maklumat"?

Ketahui Selanjutnya

Apakah objektif Dasar Pemberian Maklumat PETRONAS?

Ketahui Selanjutnya

Apakah jenis kesalahan yang akan disiasat oleh saluran Pemberian Maklumat?

Ketahui Selanjutnya

Apakah saluran yang tersedia untuk pemberi maklumat membuat aduan kepada PETRONAS?

Ketahui Selanjutnya

Apakah maklumat yang perlu diberikan oleh pemberi maklumat kepada PETRONAS?

Ketahui Selanjutnya

Apakah yang berlaku selepas pemberi maklumat mengemukakan aduan melalui saluran Pemberian Maklumat?

Ketahui Selanjutnya

Apakah jenis bukti yang diterima oleh saluran Pemberian Maklumat?

Ketahui Selanjutnya

Apakah yang membezakan saluran Pemberian Maklumat daripada saluran yang lain?

Ketahui Selanjutnya

Bolehkah seorang pemberi maklumat kemudiannya memutuskan untuk menarik balik aduannya?

Ketahui Selanjutnya

Adakah seorang pemberi maklumat perlu mendedahkan identitinya?

Ketahui Selanjutnya

Apakah perlindungan yang diberikan kepada pemberi maklumat?

Ketahui Selanjutnya

Apakah kemungkinan bahawa identiti pemberi maklumat akan tersebar semasa siasatan?

Ketahui Selanjutnya

0

Apakah itu "Pemberian Maklumat"?

Pemberian maklumat ialah tindakan pendedahan/pelaporan secara sukarela kepada Pengurusan mengenai apa-apa tindakan tidak betul (kesalahan atau penglibatan jenayah atau tatatertib) yang dilakukan atau akan dilakukan oleh seorang pekerja syarikat untuk tindakan lanjut.

0

Siapakah "Pemberi Maklumat"?

Mana-mana pekerja (atau kumpulan pekerja) PETRONAS atau orang ramai termasuk vendor, kontraktor atau pelanggan yang membuat pengakuan terhadap seorang pekerja syarikat berkenaan dengan tindakan tidak betul yang nyata, disyaki atau dijangka dalam syarikat.

0

Apakah objektif Dasar Pemberian Maklumat PETRONAS?

Dasar ini bertujuan untuk menyediakan ruang kepada semua pekerja PETRONAS dan orang ramai untuk melaporkan apa-apa tindakan salah yang melibatkan pekerja PETRONAS selaras dengan prosedur yang ditetapkan di bawah dasar ini selain memberikan perlindungan kepada pekerja dan orang ramai yang melaporkan dakwaan sedemikian. Sumber: Dasar Pemberian Maklumat PETRONAS.

0

Apakah jenis kesalahan yang akan disiasat oleh saluran Pemberian Maklumat?

Kami akan bertindak terhadap semua jenis aduan termasuk:

  • Rasuah;
  • Penyalahgunaan Kuasa;
  • Penipuan;
  • Konflik Kepentingan;
  • Pencurian atau Penggelapan Dana;
  • Penyalahgunaan Harta Benda Syarikat;
  • Tidak Mematuhi Prosedur;

 

Senarai di atas adalah tidak lengkap dan merangkumi apa-apa tindakan atau kelalaian, yang jika dibuktikan, akan membentuk suatu tindakan salah laku di bawah Kod Tingkah Laku dan Etika Perniagaan PETRONAS (CoBE) atau mana-mana kesalahan jenayah di bawah undang-undang berkaitan yang berkuat kuasa.

0

Apakah saluran yang tersedia untuk pemberi maklumat membuat aduan kepada PETRONAS?

Seorang pemberi maklumat boleh membuat aduan melalui salah satu saluran Pemberian Maklumat yang berikut:

P.O Box No. 11646, Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur

0

Apakah maklumat yang perlu diberikan oleh pemberi maklumat kepada PETRONAS?

  • Maklumat yang berikut diperlukan oleh PETRONAS untuk mempercepat komunikasi, penyiasatan, perbincangan dan pembuatan keputusan: -
    1. Butiran individu yang terlibat;
    2. Butiran dakwaan: -
      • Jenis dakwaan;
      • Di mana dan bila kesalahan/salah laku didakwa berlaku;
    3. Maklumat yang berkaitan; dan
    4. Apa-apa bukti yang menyokong jika tersedia.
  • Pemberi maklumat perlu memastikan bahawa e-mel yang dihantar boleh dihubungi dan sah untuk komunikasi/penjelasan lanjut dengan Sekretariat Pemberian Maklumat.
0

Apakah yang berlaku selepas pemberi maklumat mengemukakan aduan melalui saluran Pemberian Maklumat?

 
0

Apakah jenis bukti yang diterima oleh saluran Pemberian Maklumat?

Saluran Pemberian Maklumat menerima apa-apa bentuk bukti yang disediakan oleh pemberi maklumat (contohnya gambar, video, rakaman suara, dan sebagainya).

 

0

Apakah yang membezakan saluran Pemberian Maklumat daripada saluran yang lain?

  • Identiti pemberi maklumat yang membuat aduan melalui Saluran Pemberian Maklumat akan dilindungi di bawah Dasar Pemberian Maklumat PETRONAS.
  • Manakala saluran lain mungkin tidak dapat melindungi kerahsiaan identiti pemberi maklumat.
0

Bolehkah seorang pemberi maklumat kemudiannya memutuskan untuk menarik balik aduannya?

Ya, seorang pemberi maklumat boleh menarik balik aduannya.

0

Adakah seorang pemberi maklumat perlu mendedahkan identitinya?

Tidak. Bukan satu keperluan bagi seorang pemberi maklumat untuk mendedahkan identitinya. Seorang pemberi maklumat boleh memilih untuk kekal misteri selama mana beliau menyediakan maklumat seperti yang dinyatakan pada bahagian 1.2.2 dan boleh dihubungi untuk pertanyaan lanjut.

 

0

Apakah perlindungan yang diberikan kepada pemberi maklumat?

Seorang pemberi maklumat akan dilindungi di bawah Dasar Pemberian Maklumat PETRONAS seperti yang berikut:

  • Perlindungan kerahsiaan identiti, setakat yang boleh dilaksanakan dengan munasabah.
  • Dilindungi daripada sebarang tindakan yang merugikan atau membahayakan.

 

 

0

Apakah kemungkinan bahawa identiti pemberi maklumat akan tersebar semasa siasatan?

Tidak terdapat kemungkinan bahawa identiti pemberi maklumat tersebar semasa siasatan.

Di bawah Dasar Pemberian Maklumat PETRONAS, jenis aduan dan identiti pemberi maklumat akan dilindungi, setakat yang boleh dilaksanakan dengan munasabah, melainkan pemberi maklumat berkelakuan dengan cara yang boleh mengakibatkan
pembatalan perlindungan tersebut.

Identiti pemberi maklumat dijaga kerahsiaannya oleh Sekretariat Pemberian Maklumat (WBS) kecuali pemberi maklumat memberikan persetujuan untuk mendedahkan identitinya.

 

 

Untuk maklumat tentang penipuan, sila rujuk Notis Penipuan PETRONAS.

 


Ketahui Lebih Lanjut Tentang PETRONAS

 

  • Berhubung Dengan Kami

    Daftar untuk mendapatkan kemas kini melalui e-mel dan menjadi yang pertama untuk mengetahui perkembangan terkini PETRONAS.

    Langgan Sekarang

  • Peluang Kerjaya

    Ayuh maju bersama-sama, dengan alatan dan rangka minda yang tepat. Apabila diperkasakan, segala-galanya boleh direalisasikan.

    Baca Lebih Lanjut

  • Pelesenan dan Perolehan di Malaysia

    Maklumat mengenai pelesenan dan pendaftaran untuk vendor yang berpangkalan di Malaysia.

    Baca Lebih Lanjut