PETRONAS logo with text PETRONAS logo with text

Global

Tenaga dari Malaysia, untuk Asia Tenggara

Tenaga dari Malaysia, untuk Asia Tenggara

Sepanjang 40 tahun yang lalu, gas asli menjadi pemangkin kepada peralihan Malaysia dan Asia Tenggara ke arah masa depan yang lebih rendah karbon. Dengan infrastruktur gas yang menyeluruh dan mudah diakses, kami memperkasa perniagaan dan industri untuk lebih maju ke hadapan.

Memacu kemajuan Asia Tenggara

dengan tenaga semula jadi unggul

Memacu kemajuan Asia Tenggara dengan tenaga semula jadi unggul

Di Malaysia, kami menjadikan gas asli sangat mudah diakses melalui rangkaian saluran paip Penggunaan Gas Semenanjung (PGU) sepanjang >2,600km yang membekalkan gas telah diproses kepada pelanggan di seluruh negara, termasuklah Thailand dan Singapura.

Selain gas yang diproses, kami juga membekalkan stim, tenaga dan gas perindustrian melalui Kompleks Petrokimia Bersepadu Kerteh di Terengganu dan Kawasan Perindustrian Gebeng di Pahang.

Penyelesaian direka khas, khusus untuk anda

Penyelesaian direka khas, khusus untuk anda

Sebagai rakan kongsi penyelesaian tenaga bagi karbon lebih rendah yang dipercayai, kami menawarkan pelbagai penyelesaian gas asli yang mudah diakses untuk menyokong pertumbuhan perniagaan anda.

Pemprosesan Gas
Kilang pemprosesan kami memproses gas asli untuk memastikannya selamat dan sedia untuk digunakan dalam pelbagai sektor dan industri.
Penghantaran Gas
Kami menghantar gas jualan kepada sektor tenaga, kilang petrokimia dan pelbagai industri dengan rekod prestasi pengendalian yang cemerlang selama lebih 30 tahun.
Regasifikasi
Dengan kapasiti dan terminal tambahan, kami menyokong pengimportan LNG ke Malaysia dan pertumbuhan industri gas negara.
Utiliti
Pengeluaran utiliti yang disediakan kepada pelanggan merentasi pelbagai industri.
- Elektrik & Stim
- Gas Industri
- Air Dirawat  
Akses Pihak Ketiga
Kami telah membuka infrastruktur bagi Akses Pihak Ketiga sebagai sebahagian daripada komitmen kami dalam menyokong liberalisasi pasaran gas domestik.