PETRONAS logo with text PETRONAS logo with text

Global

>

Memperkaya kehidupan di seluruh dunia dengan LNG

Memperkaya kehidupan di di seluruh dunia dengan LNG

Selama lebih 40 tahun, LNG kami telah memberi impak positif kepada pelanggan di seluruh dunia. Dikala seluruh dunia menuju ke arah masa depan yang lebih bersih dan lestari, kami kekal komited menjadi hub bagi penyelesaian tenaga karbon yang lebih rendah dalam menerajui peralihan tenaga.

Mari terokai LNG sebagai sumber peralihan memperkaya kemajuan kita yang membantu peralihan ke arah masa depan yang lestari.

Apakah itu LNG?

LNG atau gas asli cecair ialah gas asli yang diubah kepada bentuk cecair melalui proses penyejukan.

Pada suhu -162°C (-260°F), gas berubah menjadi cecair dan isi padunya berkurang dengan ketara, menjadikannya lebih mudah diangkut dalam jumlah yang lebih besar menggunakan kapal dan trak.

Setelah diangkut, ia kemudiannya dimasukkan ke dalam loji dan terminal regasifikasi yang mengembalikannya kepada bentuk gas.

Ia sedia untuk disalurkan bagi kegunaan di rumah atau pelbagai perniagaan dan industri.

Ke manakah perginya LNG selepas diangkut?

Ke manakah perginya LNG selepas diangkut?

Setelah LNG diubah kepada bentuk gas, ia kemudiannya digunakan dalam pelbagai sektor untuk kehidupan seharian kita dengan pelbagai cara.

Di kediaman:

Untuk pemanasan dan memasak di rumah

Di dalam perniagaan:

Untuk pemanasan, memasak dan pengangkutan

Di dalam industri:

Digunakan sebagai sumber tenaga dalam sektor pembuatan tertentu untuk membekalkan tenaga kepada loji-loji jana kuasa dan penjanaan tenaga elektrik

Bagaimanakah LNG membawa kita ke arah masa depan karbon lebih rendah?

Bagaimanakah LNG membawa kita ke arah masa depan karbon lebih rendah?

Menilai kepada kesan pelbagai sumber tenaga terhadap bumi ini, kami percaya bahawa manfaat LNG menjadikannya sebagai bahan bakar terbaik dalam usaha ke arah masa depan karbon lebih rendah.

Pelepasan karbon lebih rendah berbanding dengan kuasa dijana arang batu

Sumber tenaga yang lebih bersih untuk digunakan dalam industri berat

Kepelbagaian penggunaan membantu memastikan bekalan tenaga yang berterusan manakala sumber yang lebih optimum dikaji dan diteroka.

Jangkauan global fasiliti dan armada LNG kami yang berbagai

Jangkauan global fasiliti dan armada LNG kami yang berbagai

Kompleks LNG PETRONAS, Bintulu, Sarawak
Open
Fasiliti LNG Terapung
PETRONAS SATU dan DUA
Open
Gladstone LNG, Australia
Open
LNG Mesir, Iskandariah Timur
Open

Rekod prestasi kami dalam tawarkan faedah keaslian LNG

Rekod prestasi kami dalam tawarkan faedah keaslian LNG

Kapasiti pengeluaran LNG global melebihi 40 juta tan setahun
Lebih 12,500 kargo LNG dihantar hingga kini
Bekalan LNG disediakan kepada lebih 25 negara
Lebih 55 terminal dihantar di seluruh dunia
LNG dalam Tangki ISO & Sistem Saluran Paip Maya
Kaedah moden untuk menyediakan LNG kepada pelanggan di lokasi terpencil menggunakan trak yang dilengkapi Tangki ISO.
Pengisian
bunker LNG
Meningkatkan penggunaan LNG sebagai bahan bakar marin yang lebih bersih dengan menyediakan perkhidmatan bunker LNG di seluruh Asia Tenggara.
Pempukalan Muatan LNG
(LNG Break Bulking)
Pemindahan muatan LNG antara kapal dalam bungkusan yang lebih kecil, sama ada semasa kapal berlabuh atau sedang berlayar.
Gassing Up Cooling Down
Perkhidmatan khusus untuk menyesarkan gas lengai dan penyejukan kriogenik daripada kapal-kapal LNG selepas dok kering. Perkhidmatan ini diperlukan untuk kapal-kapal LNG sebelum pengisian semula kargo.

Penyelesaian kami, direka khusus untuk anda

Penyelesaian kami, direka khusus untuk anda