Global

Memajukan Tenaga

Minyak Pelincir

Salah satu pemain pertama dalam industri ini untuk memperkenalkan pelbagai cecair automotif yang disesuaikan untuk kenderaan elektrik.

Minyak Pelincir PETRONAS

Kami menghasilkan dan memasarkan pelbagai produk automotif dan industri berkualiti tinggi melalui anak syarikat pelinciran kami, PETRONAS Lubricants International (PLI).

Isipadu jualan kami adalah sekitar 1 bilion liter.


Kami juga merupakan salah satu pemain pertama dalam industri ini bagi memperkenalkan pelbagai cecair automotif yang disesuaikan untuk kenderaan elektrik. Rangkaian cecair ini yang dikenali sebagai PETRONAS iona telah dilancarkan pada tahun 2019.

Selain iona, portfolio kami termasuklah:

1

Minyak enjin automotif: PETRONAS Syntium, Urania, Sprinta

2

Pertanian: PETRONAS Akcela, Ambra, Akros, Arbor

3

Cecair berfungsi: PETRONAS Paraflu, Tutela

4

Industri dan marin: Pelincir Industri dan Marin PETRONAS

5

Minyak Asas: ETRO+

Kami juga telah membentuk kerjasama teknikal untuk bersama-sama membangunkan pelincir dan bendalir berfungsi yang berjaya untuk pelanggan dan rakan kongsi kami dalam pertandingan sukan permotoran utama, termasuk:

 

Formula One

Kerjasama kami dengan Mercedes-AMG sejak 2010 untuk membangunkan PETRONAS’ Fluid Technology SolutionsTM telah melonjakkan pasukan ini dalam merangkul gelaran Kejuaraan Binaan FIA Dunia (FIA World Constructors' Championship) untuk 8 tahun berturut-turut.

 

MotoGP 

PLI telah menjadi penaja utama dan rakan kongsi teknikal bagi pasukan PETRONAS De Rooy IVECO sejak 2012 untuk Dakar Rally dan Africa Eco Race.

Kehadiran global kami

Produk kami tersedia melebihi 90 pasaran di seluruh dunia melalui lebih dari 30 pejabat pemasaran yang terletak di 27 negara. Selain itu, kilang dan pusat R&T (Penyelidikan & Teknologi) kami terletak di lokasi berikut:

Negara

Kilang

Pusat R&T

Malaysia (Global & APAC HQ)


Pusat Penyelidikan PETRONAS

China


Fokus pada enjin diesel & minyak pelincir

India

 

Afrika Selatan


Fokus pada minyak pelincir industri / perlombongan

Sepanyol

 

Belgium

 

Itali (HQ Eropah)


Pusat R&T Global PETRONAS

Brazil (HQ Amerika)


Fokus pada minyak pelincir industri

Amerika Syarikat

 


Fokus pada minyak pelincir pertanian


Ketahui Lebih Lanjut Tentang PETRONAS

 

  • Berhubung Dengan Kami

    Daftar untuk mendapatkan kemas kini melalui e-mel dan menjadi yang pertama untuk mengetahui perkembangan terkini PETRONAS.

    Langgan Sekarang

  • Peluang Kerjaya

    Ayuh maju bersama-sama, dengan alatan dan rangka minda yang tepat. Apabila diperkasakan, segala-galanya boleh direalisasikan.

    Baca Lebih Lanjut

  • Pelesenan dan Perolehan di Malaysia

    Maklumat mengenai pelesenan dan pendaftaran untuk vendor yang berpangkalan di Malaysia.

    Baca Lebih Lanjut