VDP InnoTech
VDP InnoTech direka bentuk untuk menempuh Revolusi Perindustrian 4.0, bercita-cita menggalakkan dan membantu pertumbuhan PKS Bumiputera untuk inovasi, kemajuan teknologi dan pemilikan sepenuhnya atau sebahagian dalam penggunaan hak kekayaan intelek (IP) untuk menembusi pertumbuhan dalam era teknologi dan digitalisasi yang canggih.
Menempuhi Revolusi Perindustrian 4.0
• Menggalakkan inovasi bagi kemajuan teknologi dalam kalangan PKS tempatan dalam ekosistem Minyak & Gas.
• Mendorong penggunaan teknologi bernilai tambah baharu oleh aset dan fasiliti PETRONAS yang akan meningkatkan kecekapan dan menggalakkan pengoptimuman kos.
Cara untuk menyertai Program VDP InnoTech
• Vendor boleh menyertai Pasaran Teknologi PETRONAS dan / atau Cabaran Teknologi melalui Gateway Inovasi @ PETRONAS
• PETRONAS akan menilai vendor yang berjaya bagi program VDP InnoTech.
• Vendor yang berminat juga boleh mendaftar melalui inquiry_vdp@petronas.com untuk dipertimbangkan oleh PETRONAS.
Bagaimanakah Program VDP InnoTech berfungsi?
1. Penyertaan / Cadangan
- Sila sertai Cabaran Teknologi PETRONAS atau hantar cadangan teknologi anda kepada Pasaran Teknologi PETRONAS melalui https://innovation.petronas.com/
2. Kenal Pasti
- Anda akan dikenal pasti sebagai vendor VDP InnoTech yang berpotensi untuk penyelesaian inovasi yang berjaya
3. Penilaian
- Syarikat anda akan dijadikan mudah diakses oleh komuniti dalaman PETRONAS untuk penilaian VDP InnoTech
4. Pelantikan
- Apabila berjaya, anda akan dilantik sebagai Vendor VDP InnoTech PETRONAS untuk jangka masa dan skop tertentu
5. Pembangunan
- Pembangunan anda akan dilakukan pada fokus bidang tertentu daripada KPI yang telah disetujui dengan PETRONAS
6. Pencapaian
- Anda akan dinilai oleh PETRONAS berdasarkan pencapaian sepanjang pembangunan dan akan disahkan setelah mencapai semua KPI