Wan Afiedatul Syamimi
Eksekutif, Sistem Kawalan
PETRONAS Chemicals Derivatives Sdn Bhd (PCOGD)
"Kerjaya yang hebat adalah apabila anda dapat melihat impak, melakukan kerja yang penting, mempunyai platform untuk bersuara, dan yang paling penting berasa gembira ketika bekerja. Keluarga dan rakan sekerja saya tidak pernah berhenti menyokong minat saya dan memberi saya inspirasi untuk mencapai matlamat saya."
Ouassila Attar
Pengurus, Kejuruteraan Petroleum, Semenanjung Malaysia
Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM)
"PETRONAS ialah sebuah organisasi yang memahami keperluan yang
dihasratkan oleh bakat-bakatnya untuk berkembang. Kerja kami menjangkaui sempadan, mencabar norma bisa dan memberi kami peluang untuk sentiasa berinovasi. Di sini kami diberi alat dan teknologi untuk membantu kami belajar, belajar semula dan berjaya. Kami tidak hanya bertindak sebagai tenaga kerja malah juga sebagai sebuah perniagaan."
Alek Deng Cyer Rehan
Program Biasiswa Pendidikan PETRONAS (PESP)
"Saya bercita-cita untuk menjadi seorang jurutera yang berjaya pada masa depan dan mampu membantu keluarga saya. Saya ingin memberikan pendidikan yang berkualiti kepada mereka yang kurang bernasib baik di Sudan Selatan. Melalui Program Biasiswa Pendidikan PETRONAS, saya memahami sepenuhnya bahawa komitmen yang berterusan dan set kemahiran yang tepat merupakan langkah untuk mencapai matlamat kerjaya saya."
Sandra Headlam
Pakar Jenama & Komunikasi
PETRONAS Lubricants International
"Antara pengalaman yang paling bermakna semasa saya berkhidmat dengan PLI sehingga kini ialah menguruskan aktiviti F1. Pernah sekali, saya turut berpeluang bersama-sama dengan Lewis Hamilton dan pasukannya menguruskan sidang media, temu bual, serta sesi temu mesra dan berkenalan dengan pelanggan utama kami di Mexico."
Vinod Panicker
Pengurus, Operasi MEA
PETRONAS Lubricants International
"Saya amat beruntung dapat menyaksikan pertumbuhan PETRONAS di rantau Timur Tengah dan Afrika. Bermula dengan jualan awal kurang satu juta liter terutamanya di Arab Saudi, pejabat Dubai kini membekalkan produk kepada 16 negara di rantau MEA. Saya bertuah menjadi sebahagian daripada pasukan yang dinamik, profesional dan berbilang budaya. Saya berharap dapat mengambil peranan yang lebih besar dan mencabar dalam rantaian bekalan global Kumpulan PETRONAS."
Tan Jay Ween
Pengurus, Saluran dan Integrasi (Pipeline and Integration)
PETRONAS Kanada
"Di PETRONAS, seseorang boleh mengubah kerja harian menjadi kegembiraan, menukar persahabatan menjadi persaudaraan, dan mengubah tenaga yang paling kecil menjadi inspirasi terbesar. Di sini, saya mempunyai segenap peluang untuk berdaya usaha dan mengorak langkah untuk perjalanan saya sendiri. Itulah sebabnya mengapa perkataan "SYUKUR" terlintas dalam fikiran saya sebaik sahaja saya teringat perkataan PETRONAS."