PETRONAS logo with text PETRONAS logo with text

Global

PETRONAS

Notis Penipuan

Amaran Penipuan Pelaburan Palsu dengan Penggunaan Tidak Sah Nama PETRONAS dan CEO

Ketahui Selanjutnya

Pelawaan Tanpa Kebenaran Mendaftar sebagai Vendor/Pembekal PETRONAS

Ketahui Selanjutnya

Projek Penggantian Paip Sejauh 700 KM yang Dilaporkan dari Segamat, Johor ke Kertih, Terengganu

Ketahui Selanjutnya

Jemputan untuk Membuat Iklan dalam Penerbitan yang Tidak Berkaitan atau Tidak Diberi Kebenaran oleh PETRONAS.

Ketahui Selanjutnya

Penipuan Pengambilan Pekerja

Ketahui Selanjutnya

Notis Mengenai Barangan Palsu

Ketahui Selanjutnya

Penggunaan Nama PETRONAS di Laman-laman Sesawang yang Mengandungi Perisian Perosak

Ketahui Selanjutnya

Akaun Media Sosial Palsu Menyamar Sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS

Ketahui Selanjutnya

Penipuan Soal Selidik Atas Talian

Ketahui Selanjutnya

Amaran Permintaan Iklan Palsu

Ketahui Selanjutnya

Kenyataan Mengenai Penyebutan Tidak Sah PETRONAS

Ketahui Selanjutnya

Penipuan Pelaburan Dalam Talian

Ketahui Selanjutnya

Penipuan Dalam Talian "Survei" Dikaitkan dengan "Hadiah Tahun Baru 2022"

Ketahui Selanjutnya

Penipuan Pampasan Kerosakan

Ketahui Selanjutnya

Penipuan Tinjauan Dalam Talian Didakwa Bersempena Dengan "Ulang Tahun Ke-50 PETRONAS"

Ketahui Selanjutnya

Penggunaan Tidak Sah Logo Syarikat dan Rujukan kepada PETRONAS

Ketahui Selanjutnya

Penipuan Identiti Terhadap Seorang Pekerja PETRONAS

Ketahui Selanjutnya

Penipuan Laporan Berita Dalam Talian Mengenai Pelaburan Bitcoin yang Melibatkan Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Chemicals Group Berhad

Ketahui Selanjutnya

E-mel Palsu daripada PETRONAS

Ketahui Selanjutnya

Memberikan Gambaran yang Salah Berkaitan dengan Pengerang Integrated Complex (PIC)

Ketahui Selanjutnya

Penipuan E-mel "PETRONAS Secured Online Promotion"

Ketahui Selanjutnya

Permintaan Pembiayaan Pihak Ketiga

Ketahui Selanjutnya

Promosi Hari Raya

Ketahui Selanjutnya

Penerbitan Jubli Emas PETRONAS

Ketahui Selanjutnya

Memberikan Gambaran yang Salah Berkaitan dengan Syarikat Usaha Sama PETRONAS dengan Saudi Aramco

Ketahui Selanjutnya

Penipuan Pelaburan Dalam Talian

Ketahui Selanjutnya

0

Amaran Penipuan Pelaburan Palsu dengan Penggunaan Tidak Sah Nama PETRONAS dan CEO

Dikemas kini pada 18 April 2024

PETRONAS dimaklumkan mengenai penyalahgunaan yang terus tersebar menggunakan nama dan logo syarikat serta nama dan juga imej Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik.

Kebanyakan penyebaran tersebut melibatkan penyalahgunaan perisian kecerdasan buatan (AI) dengan mengubah dan memanipulasi imej serta suara eksekutif tertinggi PETRONAS. Penyalahgunaan imej ini juga dilakukan menerusi akaun palsu pada aplikasi pemesejan dengan kandungan yang tidak benar.

Imej yang dimanipulasi tersebut tersebar di internet terutamanya di platform media sosial dan aplikasi pemesejan dengan menyampaikan mesej memanipulasi orang ramai untuk menyertai skim pelaburan palsu.

Laporan berkaitan penyalahgunaan ini sedang dibuat kepada pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk siasatan lanjut.

PETRONAS menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan dapatkan maklumat sahih di saluran komunikasi rasmi PETRONAS.


6 Mac 2024

Kami dimaklumkan mengenai penipuan pelaburan dalam talian yang sedang beredar di WhatsApp melibatkan penggunaan tidak sah nama dan logo syarikat kami, serta nama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan kami, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik.

Mesej tersebut merangkumi laporan berita palsu dari The Star dengan tajuk "LAPORAN KHAS: PETRONAS membuka platform pelaburan bersama dengan sokongan kerajaan!". Ia menawarkan skim yang menjanjikan pulangan melalui pelaburan mingguan dalam operasi kerajaan berkaitan dengan pengeluaran LNG.

Laporan itu juga disertakan bersama video palsu Tan Sri Tengku Muhammad Taufik, dengan imej dan suaranya dimanipulasi menggunakan perisian kecerdasan buatan (AI).

Pengurusan PETRONAS ingin menjelaskan dan menekankan bahawa tidak ada platform pelaburan sebegini dari PETRONAS. Kami ingin menyeru kepada semua orang untuk tidak memberi respons kepada skim pelaburan palsu ini.

0

Pelawaan Tanpa Kebenaran Mendaftar sebagai Vendor/Pembekal PETRONAS

PETRONAS telah dimaklumkan bahawa seorang individu yang mendakwa sebagai kakitangan kami telah mengedarkan e-mel yang menjemput syarikat untuk mendaftar sebagai vendor, pembekal dan "rakan kongsi yang berniat" dengan PETRONAS dan mengambil bahagian dalam Borang Soal Selidik dan Pengakuan Vendor

PETRONAS tidak dalam apa-apa cara terlibat dengan individu tersebut dan tidak membenarkan surat permintaan sedemikian dan menggesa penerima untuk tidak membalas e-mel penipuan itu.

0

Projek Penggantian Paip Sejauh 700 KM yang Dilaporkan dari Segamat, Johor ke Kertih, Terengganu

Kami ingin memaklumkan bahawa PETRONAS Gas Berhad (PGB) dan anak-anak syarikatnya pada masa kini tidak mempunyai perancangan dan tidak mengeluarkan apa-apa cadangan atau tender untuk projek yang dinyatakan itu. Sebagai sebuah syarikat infrastruktur gas, PGB berada di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Tenaga (EC) mengikut Akta Bekalan Gas (Pindaan) 2016 dan Kod Akses Pihak Ketiga (TPA). Apa-apa projek berkaitan dengan paip-paip yang dikawal selia hendaklah mendapat kelulusan daripada EC.

PGB tidak pernah mengemukakan apa-apa cadangan bagi projek tersebut dan tidak pernah melantik mana-mana entiti bagi pihak PGB untuk mempercepat apa-apa tender atau dokumen berkaitan dengan projek tersebut.

0

Jemputan untuk Membuat Iklan dalam Penerbitan yang Tidak Berkaitan atau Tidak Diberi Kebenaran oleh PETRONAS.

PETRONAS telah diberitahu bahawa rakan kongsi, peserta industri, dan pihak berkepentingan lain telah didekati oleh syarikat penerbitan dengan pelawaan untuk mengambil bahagian atau mengiklankan dalam penerbitan yang bertujuan memperingati atau menyambut acara istimewa PETRONAS.

PETRONAS tidak berkaitan dengan mana-mana syarikat penerbitan ini dan tidak memberikan kebenaran atau menyokong mana-mana penerbitan yang dicadangkan. Oleh itu, PETRONAS menasihati rakan kongsi, peserta industri, dan pihak berkepentingan untuk menjalankan semakan semula yang sewajarnya berkaitan dengan pelawaan oleh syarikat penerbitan tersebut.

0

Penipuan Pengambilan Pekerja

PETRONAS telah dimaklumi tentang individu atau organisasi yang tidak dibenarkan menggunakan nama dan logo PETRONAS secara palsu dalam pelbagai e-mel yang sedang beredar dengan tujuan menarik minat dan menipu pencari kerja yang berminat atau orang ramai dengan meminta bayaran muka untuk permohonan dokumen imigresen seperti visa atau permit kerja bagi penempatan ekspatriat dalam Kumpulan PETRONAS.

Kami ingin menekankan bahawa PETRONAS tidak membenarkan pengambilan pekerja melalui e-mel seperti ini dan TIDAK AKAN meminta pemindahan wang atau apa jua bayaran daripada pemohon bagi tujuan pengambilan pekerja atau tujuan lain. Kami juga menggesa orang ramai agar berhati-hati dan tidak memberikan respons kepada e- mel penipuan seperti ini. 

Komunikasi melalui e-mel mengenai pengambilan pekerja oleh PETRONAS, jika ada, akan dihantar oleh pegawai PETRONAS menggunakan domain e-mel @petronas.com sahaja. Mereka yang ingin mencari peluang pekerjaan dengan PETRONAS dinasihati
melayari portal Kerjaya di laman web kami.

0

Notis Mengenai Barangan Palsu

12 · Januari · 2023

PETRONAS sedia maklum tentang penggunaan logo PETRONAS dan Mercedes-AMG PETRONAS Formula One Team (MAMGP) tanpa kebenaran melibatkan barangan dagangan, termasuk pakaian dan kad NFC Touch n’ Go yang dijual secara dalam talian.

Dalam hal ini, PETRONAS tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa tuntutan berkaitan dengan pembelian barangan yang menggunakan cap dagangan berdaftar tanpa kebenaran.

Pihak kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan perkara ini dalam usaha membendung penyalahgunan jenama PETRONAS.

0

Penggunaan Nama PETRONAS di Laman-laman Sesawang yang Mengandungi Perisian Perosak

29 · September · 2022

Pihak kami ambil maklum mengenai penggunaan nama PETRONAS tanpa kebenaran di beberapa laman sesawang menjual barang dagangan berjenama PETRONAS yang mengandungi perisian perosak.

Laman sesawang ini menawarkan promosi palsu seperti ‘Pakej Servis Penuh Kereta’ dan meminta mangsa untuk memuat turun aplikasi melalui pautan di laman sesawang.

Jika mangsa memuat turun aplikasi dan membuat pembayaran, ia akan mendedahkan maklumat peribadi, akaun bank dan kad kredit mangsa serta mengambil alih fungsi SMS bagi kata laluan sekali guna (“OTP”).

Laman sesawang berkaitan adalah seperti berikut.

• pt-gift.store
• petronas-gift.store
• myworkshop.store

PETRONAS dan mana-mana anak syarikat dalam Kumpulan Syarikat kami tidak pernah memberi kelulusan kepada laman-laman sesawang ini untuk menjual barangan dagangan PETRONAS dan kami menasihati orang ramai agar tidak berinteraksi dengan laman-laman sesawang yang tersenarai di atas.

Pihak kami juga telah melaporkan kepada pihak berkuasa berkenaan isu ini.

0

Akaun Media Sosial Palsu Menyamar Sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS

30 · Mei · 2022

Kami ingin memaklumkan bahawa terdapat akaun media sosial palsu yang menyamar sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Datuk Tengku Muhammad Taufik.

Pengurusan PETRONAS ingin menjelaskan bahawa Datuk Tengku Taufik tidak mempunyai akaun media sosial dalam kapasiti profesionalnya sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS.

Kami ingin menyeru semua orang supaya tidak mengikuti akaun palsu ini. Akaun palsu boleh digunakan sebagai platform untuk menyebarkan maklumat palsu dan mendapatkan atau menyalahgunakan maklumat peribadi anda. Akaun-akaun ini juga boleh dijual kepada pihak yang tidak jujur.

0

Penipuan Soal Selidik Atas Talian

PETRONAS telah dimaklumkan mengenai penggunaan nama dan logo syarikat tanpa kebenaran di laman sesawang yang menawarkan pulangan wang bagi menjawab soal selidik "PETRONAS Government subsidies!".

PETRONAS dan mana-mana anak syarikat dalam Kumpulan Syarikat kami tidak pernah terlibat dalam soal selidik dari laman web ini, dan kami merayu kepada orang ramai agar tidak terlibat atau memberikan maklum balas.

PETRONAS telah membuat laporan kepada pihak berkuasa berkenaan isu ini.

0

Amaran Permintaan Iklan Palsu

18 · Mac · 2022

Kami telah diberitahu mengenai kepala surat palsu PETRONAS yang mempunyai tandatangan palsu para pemimpin PETRONAS yang diedarkan kepada syarikat- syarikat yang meminta mereka memasang iklan dalam majalah "Forbes Industrial", yang dikatakan berkaitan dengan satu rencana editorial mengenai PETRONAS.

Kami ingin memaklumkan bahawa baik PETRONAS mahupun mana-mana anak syarikatnya dalam Kumpulan Syarikat tidak membenarkan surat seperti ini atau apa-apa permintaan iklan lain, dan memohon kepada penerima surat untuk tidak memberikan sebarang respons kepadanya.

0

Kenyataan Mengenai Penyebutan Tidak Sah PETRONAS

24 · Feb · 2022

Kami mendapati bahawa seseorang yang mendakwa menjadi pekerja dan perunding PETRONAS di China telah menganjurkan pertemuan perniagaan di bawah nama "PETRONAS Specialty Chemical" atau "Industry Park investment project".

Kami ingin memaklumi orang ramai bahawa hal ini merupakan suatu penipuan, dan individu tersebut tidak mewakili kepentingan PETRONAS sama ada sebagai pekerja atau perunding. Pihak berkuasa yang berkaitan telah dimaklumi tentang perkara ini dan siasatan sedang dijalankan.

Sila ambil maklum bahawa maklumat rasmi korporat dan perniagaan PETRONAS di China hanya diterbitkan melalui platform rasmi yang berikut:
•    Laman web rasmi: https://www.petronas.com/
•    Akaun Rasmi WeChat: 马石油

Sementara itu, pekerja yang dibenarkan oleh PETRONAS hanya menjalankan komunikasi perniagaan bertulis rasmi melalui e-mel perusahaan kami dengan nama domain “@petronas.com” atau @petronas.com.my”.

Jika anda memerlukan pengesahan mengenai sebarang maklumat yang diterima tentang PETRONAS, sila hubungi kakitangan kami:
Nama: Shirley Zhou
Nombor telefon: +86 (10) 65974188-8031
E-mel: shirley.zhou@petronas.com

0

Penipuan Pelaburan Dalam Talian

10 · Feb · 2022

PETRONAS telah mendapat makluman mengenai penggunaan tidak sah nama dan logo Syarikat kami dalam promosi platform pelaburan di Internet.

Skim pelaburan ini mengaku memberikan peluang untuk memperoleh keuntungan dengan melabur dalam "saham PETRONAS" dengan jumlah yang berkisar antara RM1,000 hingga RM4,000, atau menjana pendapatan kedua hanya dengan yuran sebanyak $250.

Kami menyeru orang ramai untuk tidak memberikan respons kepada skim-skim ini.

Baik PETRONAS mahupun mana-mana anak syarikat dalam Kumpulan Syarikat adalah tidak terlibat atau berkaitan dengan laman web dan akaun media sosial ini dalam apa jua cara.

0

Penipuan Dalam Talian "Survei" Dikaitkan dengan "Hadiah Tahun Baru 2022"

28 · Dis · 2021

PETRONAS telah mendapat makluman mengenai penyebaran laman web penipuan yang menawarkan 'hadiah tahun baharu' dalam bentuk pampasan wang bagi menjawab soal selidik.

Kami ingin memaklumkan bahawa baik PETRONAS mahupun mana-mana anak syarikat dalam Kumpulan Syarikat tidak terlibat dalam "survei" ini, dan kami menyeru orang ramai untuk tidak memberikan respons atau mengambil bahagian.

0

Penipuan Pampasan Kerosakan

3 · Okt · 2021

PETRONAS telah dimaklumi tentang penyebaran surat palsu dan dokumen sokongan yang didakwa berasal daripada pengurusan kami yang memberi nasihat kepada waris penerima untuk membayar sejumlah wang kepada PETRONAS sebagai pampasan atas kerosakan yang disebabkan oleh ahli keluarga yang telah meninggal dunia semasa menjalankan tugas untuk PETRONAS.

Pampasan kerosakan ini perlu dibayar sebelum PETRONAS dapat melepaskan kepada waris penerima "dana kontrak" yang terhutang kepada ahli keluarga yang telah meninggal dunia tersebut.

PETRONAS ingin memaklumkan bahawa hal ini merupakan satu bentuk penipuan oleh individu yang tidak bertanggungjawab dan menasihati orang ramai agar tidak memberikan respons kepada dokumen tersebut.

PETRONAS telah berkomunikasi dengan pihak berkuasa mengenai perkara ini.

0

Penipuan Tinjauan Dalam Talian Didakwa Bersempena Dengan "Ulang Tahun Ke-50 PETRONAS"

23 · Sept · 2021

PETRONAS telah dimaklumi tentang suatu penipuan dalam talian "survei" yang dijalankan didakwa berkaitan dengan "Ulang Tahun Ke-50 PETRONAS".

Kami ingin memaklumkan bahawa PETRONAS atau mana-mana anak syarikat kami dalam Kumpulan Syarikat adalah tidak terlibat dalam "survei" ini, dan kami menggesa orang ramai agar tidak memberikan respons atau mengambil bahagian.

0

Penggunaan Tidak Sah Logo Syarikat dan Rujukan kepada PETRONAS

PETRONAS telah dimaklumi tentang penggunaan tidak sah logo Syarikat kami serta rujukan kepada Syarikat kami dalam video seorang individu yang didakwa sebagai bekas kakitangan PETRONAS yang mendapat manfaat daripada sesuatu yang kelihatan seperti skim perjudian.

Kami ingin memaklumi orang ramai bahawa kandungan dalam video tersebut adalah palsu, tidak benar dan tidak berasas sama sekali. Hal ini mungkin satu penipuan yang dirancang oleh individu atau pihak yang tidak jujur.

Kami menggesa orang ramai agar tidak memberikan respons kepada penipuan ini melalui WhatsApp atau mana-mana platform media sosial lain yang mungkin, dan kami ingin menekankan bahawa tuntutan yang dibuat dalam video tersebut ialah penipuan dan telah disiarkan dengan niat jahat.

Selain itu, PETRONAS atau mana-mana anak syarikat kami dalam Kumpulan Syarikat tidak terlibat atau berkaitan dengan kandungan yang disebarkan ini.

PETRONAS juga sedang berkomunikasi dengan pihak berkuasa yang berkaitan mengenai perkara ini.

0

Penipuan Identiti Terhadap Seorang Pekerja PETRONAS

Kami telah diberitahu bahawa terdapat individu yang mengaku sebagai seorang pekerja PETRONAS dan melakukan transaksi untuk mendapatkan barangan elektrik yang dikatakan diperoleh (procured) untuk PETRONAS.

Kami ingin memaklumi orang ramai bahawa hal ini merupakan penipuan yang sedang berlaku. Sila ambil perhatian bahawa PETRONAS atau mana-mana pekerjanya tidak pernah membuat transaksi seumpama ini.

Kami menggesa orang ramai agar tidak terperdaya oleh penipuan ini. PETRONAS dan anak syarikatnya tidak terlibat atau berkaitan dengan transaksi-transaksi ini dalam apa jua cara.

Pihak berkuasa yang berkaitan telah diberitahu tentang perkara ini.

0

Penipuan Laporan Berita Dalam Talian Mengenai Pelaburan Bitcoin yang Melibatkan Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Chemicals Group Berhad

Kami ingin memaklumi orang ramai tentang laporan berita dalam talian yang menipu dengan mengaitkan Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG), Datuk Sazali Hamzah dengan skema pelaburan melalui platform perdagangan bitcoin automatik.

Kami ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai tuduhan palsu ini.

PETRONAS, anak syarikat, dan kakitangannya tidak terlibat atau berkaitan dalam apa jua bentuk dengan skim pelaburan ini dan pihak berkuasa yang berkenaan telah dimaklumkan.

PETRONAS boleh dihubungi melalui alamat e-mel di bawah untuk sebarang aduan yang berkaitan:
whistle@petronas.com.

0

E-mel Palsu daripada PETRONAS

Kami telah mendapat makluman bahawa terdapat e-mel yang dikatakan berasal daripada PETRONAS sedang beredar, yang meminta sebut harga bagi salah satu projek PETRONAS. Sila ambil perhatian bahawa PETRONAS tidak pernah sama sekali membuat permintaan sedemikian.

Penyiasatan kami mengesahkan bahawa e-mel tersebut adalah palsu dan lampirannya mengandungi fail pelbagai jenis. E-mel palsu merujuk pemalsuan tajuk atau alamat e-mel supaya e-mel itu kelihatan datang daripada seseorang atau sesuatu tempat selain sumbernya yang sebenar.

Sebagai langkah berjaga-jaga, kami menggesa agar anda JANGAN memberikan respons kepada e-mel tersebut, menekan apa-apa pautan, atau membuka apa-apa lampiran yang terkandung dalam e-mel tersebut.

Sila laporkan apa-apa e-mel yang mencurigakan berkaitan dengan permintaan sebut harga PETRONAS kepada
lrs_enquiries@petronas.com.

Vendor yang berdaftar dan berlesen juga boleh mengesahkan jemputan sebut harga dengan log masuk ke Portal SUS PETRONAS di sini.

0

Memberikan Gambaran yang Salah Berkaitan dengan Pengerang Integrated Complex (PIC)

PETRONAS telah dimaklumi tentang individu atau organisasi yang tidak berlesen yang secara palsu menggunakan nama PETRONAS dan PRPC Utilities and Facilities Sdn Bhd ("PRPC UF") serta kepala surat dalam hubungan dengan pembinaan Fasiliti Kesihatan Terintegrasi (Integrated Healthcare Facilities, “IHF") dan Penginapan Sementara Pekerja (Temporary Workers Accomodation, "TWA") di PIC.

PETRONAS dan kumpulan syarikatnya ingin memaklumi orang ramai bahawa mereka tidak terlibat dalam pembinaan atau apa-apa TWA baharu di PIC. Kami juga ingin memaklumkan bahawa kami tidak melantik individu, syarikat, organisasi, atau firma pihak ketiga sebagai wakil, ejen, atau perantara untuk mewakili, bertindak, berunding, atau menjalankan urusan bagi pihak kami dalam apa-apa urusan atau kontrak perniagaan yang berkaitan dengan projek kami di PIC dan Pengerang, Johor.

Sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan dengan perkara ini, termasuk perwakilan yang dibuat oleh pihak ketiga berhubung dengan PIC, RAPID atau apa-apa projek berkaitan dengan PETRONAS dan kumpulan syarikatnya di Pengerang, Johor, boleh dikemukakan kepada PETRONAS di talian +607-8171 194 / 07-8171 134 (8.00 pagi hingga 5.00 petang, Isnin hingga Jumaat) atau e-mel kepada askpic@petronas.com.

0

Penipuan E-mel "PETRONAS Secured Online Promotion"

PETRONAS ingin memaklumi orang ramai bahawa e-mel yang berkaitan dengan "PETRONAS Secured Online Promotion" yang sedang beredar di Internet ialah penipuan yang dirancang oleh individu atau pihak yang tidak jujur.

E-mel penipuan ini juga mengandungi butiran ejen tuntutan yang perlu dihubungi untuk bantuan dan pembayaran hadiah yang didakwa.

PETRONAS ingin memaklumkan bahawa PETRONAS dan anak syarikatnya dalam Kumpulan Syarikat kami di mana-mana negara yang kami beroperasi tidak pernah menjalankan atau memberikan kebenaran untuk skim penebusan hadiah sedemikian, dan kami menggesa orang ramai agar tidak memberikan respons kepada e-mel tersebut.

Teruskan mempercayai e-mel yang datang daripada kakitangan rasmi PETRONAS menggunakan domain e-mel @petronas.com.my sahaja.Only trust emails by official PETRONAS personnel using e-mail domains of @petronas.com.my.

Arahan ini juga merangkumi semua e-mel atau perkhidmatan mesej ringkas (SMS) yang menggunakan nama PETRONAS dalam skim penebusan hadiah, cabutan bertuah, atau pertandingan lain.

PETRONAS telah berhubung dengan pihak berkuasa mengenai perkara ini.

0

Permintaan Pembiayaan Pihak Ketiga

PETRONAS telah dimaklumi tentang pengeluaran surat permintaan pembiayaan oleh pihak ketiga yang tidak sah, yang didakwa dibuat atas nama, atau bagi pihak PETRONAS.

Kami ingin memaklumkan bahawa PETRONAS atau mana-mana anak syarikat kami dalam Kumpulan Syarikat, tidak memberikan kebenaran bagi surat tersebut dan menggesa orang ramai agar tidak memberi respons kepada penipuan ini.

0

Promosi Hari Raya

PETRONAS telah dimaklumi tentang percubaan penipuan yang menggunakan nama syarikat kami.

 

Kami ingin memaklumkan bahawa PETRONAS atau mana-mana anak syarikat kami
dalam Kumpulan Syarikat tidak terlibat dalam promosi yang didakwa ini.

 

Kami menggesa orang ramai agar tidak memberikan respons kepada perkara ini kerana promosi ini merupakan suatu penipuan.

0

Penerbitan Jubli Emas PETRONAS

PETRONAS telah dimaklumi tentang usaha beberapa pihak yang mengambil inisiatif sendiri untuk menghasilkan penerbitan komemoratif bagi meraikan jubli emas PETRONAS. Pihak-pihak ini mencari penajaan untuk membiayai penghasilan penerbitan tersebut dan menyasarkan terutamanya syarikat-syarikat minyak dan gas, yang kebanyakannya terdiri daripada syarikat yang PETRONAS kerap berurusan dengan mereka.

 

Kami ingin memaklumkan bahawa PETRONAS atau mana-mana anak syarikat kami dalam Kumpulan Syarikat tidak pernah memberikan kebenaran atau menyokong apa- apa penerbitan sedemikian dan ingin menggesa orang ramai agar tidak memberikan respons kepadanya.

0

Memberikan Gambaran yang Salah Berkaitan dengan Syarikat Usaha Sama PETRONAS dengan Saudi Aramco

PETRONAS telah dimaklumi tentang tindakan tidak bertanggungjawab oleh beberapa pihak yang memberikan gambaran yang salah tentang struktur perniagaannya dan mengaku sebagai syarikat usaha sama antara PETRONAS dengan Saudi Arabian Oil Company (Saudi Aramco) serta meminta kertas cadangan perniagaan dan bayaran deposit.

Sila ambil maklum bahawa PETRONAS TIDAK secara langsung atau melalui anak syarikat atau syarikat berkaitan, melantik individu atau syarikat atau firma pihak ketiga sebagai wakil atau ejen atau orang tengah untuk mewakili, bertindak, berunding ata menjalankan apa-apa urusan atau kontrak perniagaan yang berkaitan dengan usaha sama kami dengan Saudi Aramco di Pengerang, Johor.

Semua iklan, jemputan untuk mengambil bahagian dalam urusan atau kontrak perniagaan akan dijalankan melalui syarikat-syarikat usaha sama, iaitu Pengerang Refining Company Sdn Bhd (PRefChem Refining) dan Pengerang Petrochemical Company Sdn Bhd (PRefChem Petrochemical), yang dikenali secara kolektif sebagai "PRefChem".

Sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan dengan perkara ini, termasuk perwakilan yang dibuat oleh pihak ketiga berhubung dengan Pengerang Integrated Complex (PIC) atau projek-projek berkaitan dengan PETRONAS di Pengerang, Johor, boleh dikemukakan kepada PETRONAS di talian +607-8171 194 / 07-8171 134 (8.00 pagi hingga 5.00 petang - Isnin hingga Jumaat) atau e-mel kepada askpic@petronas.com

0

Penipuan Pelaburan Dalam Talian

PETRONAS telah dimaklumi tentang penggunaan tidak dibenarkan berhubung dengan nama syarikat serta nama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dalam promosi platform pelaburan teknologi di Internet. Sesetengah pelaburan ini dipanggil 'Bitcoin Loophole' dan 'Crypto Revolt'; antara lainnya dengan yang terkini dipanggil 'Bitcoin Era'.

 

Kami ingin memaklumi orang ramai bahawa ini merupakan penipuan yang sedang berlangsung, yang dirancang oleh individu atau pihak yang tidak bermoral.

 

Kami menggesa orang ramai agar tidak memberikan respons kepada penipuan ini. Kami ingin menekankan bahawa PETRONAS dan anak syarikat kami dalam Kumpulan Syarikat sama sekali tidak terlibat atau berkaitan dalam apa jua cara dengan laman web ini dan kandungannya.   

 

PETRONAS tidak terlibat atau berkaitan dalam apa jua cara dengan apa-apa platform teknologi mata wang kripto (cryptocurrency) atau blok rantai (block-chain) dan tidak akan mempelawa orang ramai untuk melabur dalam perkara yang sama.

 

PETRONAS telah berkomunikasi dengan pihak berkuasa mengenai perkara ini.

PENAFIAN: PETRONAS tidak akan bertanggungjawab terhadap kandungan apa-apa maklumat dan tidak akan bertanggungan terhadap apa-apa kesimpulan, kerugian atau kerosakan dalam apa-apa bentuk yang dialami atau mungkin dialami oleh mana-mana pihak atau anggota masyarakat yang timbul daripada atau sebagai akibat daripada kebergantungan atau penggunaan maklumat yang berkaitan dengan skim penebusan hadiah, cabutan bertuah atau pertandingan, dan pengambilan pekerja di PETRONAS daripada portal, laman web, atau domain e-mel yang tidak diberikan kebenaran oleh PETRONAS.


Ketahui Lebih Lanjut Tentang PETRONAS

 

  • Pelesenan dan Perolehan di Malaysia

    Maklumat mengenai pelesenan dan pendaftaran untuk vendor yang berpangkalan di Malaysia.

    Baca Lebih Lanjut

  • Peluang Kerjaya

    Ayuh maju bersama-sama, dengan alatan dan rangka minda yang tepat. Apabila diperkasakan, segala-galanya boleh direalisasikan.

    Baca Lebih Lanjut

  • Berhubung Dengan Kami

    Daftar untuk mendapatkan kemas kini melalui e-mel dan menjadi yang pertama untuk mengetahui perkembangan terkini PETRONAS.

    Langgan Sekarang

Left footer graphic with PETRONAS Dots Right footer graphic with PETRONAS Dots