Penajaan Pendidikan (Lepasan SPM)
Program penajaan bagi pelajar SPM yang layak untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) dan universiti terkemuka tempatan dan luar negara di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, New Zealand, China, Jepun, dan Korea Selatan.
Kriteria Kelayakan
1. Pencapaian Akademik Cemerlang
- SPM tahun semasa
- Program Tempatan: Memperoleh sekurang-kurangnya 8A SPM & CEFR (B1)
- Program Luar Negara: Memperoleh sekurang-kurangnya 4A+ & 4A SPM & CEFR (C1)
Nota: Sila ambil maklum bahawa kriteria kelayakan untuk setiap permohonan adalah berbeza mengikut kepada disiplin yang dipilih (teknikal atau bukan teknikal). Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk garis panduan permohonan penajaan pendidikan PETRONAS yang terdapat di sistem aplikasi dalam talian kami.
2. Kekuatan Kepimpinan
Kami meneliti dengan lebih jauh daripada akademik dan mengambil kira impak yang pelajar lakukan di luar bilik darjah. Penyertaan dalam kelab, sukan, perkhidmatan komuniti, peranan kepimpinan, dan aktiviti lain mampu meningkatkan kebolehjayaan permohonan.
3. Penilaian Holistik
Sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk memilih calon yang paling layak, kami telah merangka proses penilaian yang komprehensif untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang kualiti dan keupayaan unik calon.
- Penilaian Personaliti & Kognitif (Penilaian atas talian)
Penilaian ini bertujuan untuk menilai keupayaan pemikiran serta ciri-ciri personaliti semula jadi anda bagi memahami cara anda memproses maklumat, menyelesaikan masalah dan bertindak balas terhadap pelbagai situasi. Penilaian ini membantu mengenal pasti atribut utama yang sejajar dengan jangkaan serta keperluan seorang sarjana PETRONAS.
- Penilaian Kompetensi Kepimpinan (Penilaian atas talian)
Penilaian ini memberi tumpuan kepada tingkah laku dan pengalaman yang ditunjukkan sepanjang pendidikan menengah anda. Ia bertujuan untuk menilai bagaimana anda telah menerapkan kualiti kepimpinan dalam konteks kehidupan sebenar dan sejauh mana kecekapan ini mencerminkan piawaian seorang sarjana PETRONAS.
- Penilaian Potensi Pelajar (Penilaian secara bersemuka)
Penilaian ini adalah temu duga secara bersemuka di mana calon akan dinilai oleh penilai PETRONAS sendiri. Penilaian ini direka untuk mengukur kualiti kepimpinan dan tingkah laku calon.
Terma & Syarat
Penajaan pendidikan ini direka untuk individu yang mempamerkan bakat, dedikasi, dan potensi yang luar biasa.
Jawatankuasa pemilihan kami berkomited untuk mengenal pasti dan memupuk bakat yang paling unggul di kalangan kelompok pemohon. Dalam memilih bakat holistik yang layak, setiap permohonan dikaji dengan teliti, dengan mempertimbangkan aspek pencapaian akademik, karakter peribadi, potensi kepimpinan, dan impak terhadap komuniti.
Oleh kerana ianya sangat kompetitif, kami ingin menekankan bahawa hanya mereka yang memenuhi syarat akan disenarai pendek dan dipilih untuk pemilihan terakhir.
Tempoh Permohonan
Permohonan tajaan dibuka bermula 31 Mac 2026 12:00 tengah hari sehingga 10 April 2026 at 5:00 petang.
0Mohon Sekarang