PETRONAS logo with text PETRONAS logo with text

Global

Bekerjasama dengan Kami

Pelesenan & Perolehan di Malaysia

Bahagian ini menyediakan maklumat mengenai pelesenan dan pendaftaran untuk vendor (kontraktor / pembekal) yang berpangkalan di Malaysia dan berminat untuk menjalankan perniagaan dengan PETRONAS. Prosedur permohonan, garis panduan, dan keperluan adalah tertakluk pada perubahan dari semasa ke semasa.

  • Tinjauan Keseluruhan Proses Pelesenan & Perolehan
  • Keperluan Lesen & Pendaftaran PETRONAS di Malaysia
  • Platform Pelesenan & Pendaftaran
  • Platform Perolehan
  • Hubungi Kami

Bagaimanakah untuk menjadi vendor PETRONAS dan mengambil bahagian dalam tender PETRONAS?

How to become a PETRONAS vendor and participate in PETRONAS tenders?

1

Menentukan Kelayakan

Berdasarkan keperluan Pendaftaran/Pelesenan PETRONAS.

2

Melengkapkan Pendaftaran Dalam Talian

Melengkapkan Pendaftaran Dalam Talian Melalui PETRONAS Licensing Management System (PLMS)

3

Melaksanakan Aktiviti Perolehan Dalam Talian

Melalui Platform Perolehan

Bagaimanakah untuk mengambil bahagian dalam tender Operator lain di Malaysia?

How to participate in other Operators’ tender in Malaysia

1

Menentukan Kelayakan

Berdasarkan keperluan Pendaftaran / Pelesenan PETRONAS

2

Melengkapkan Pendaftaran Dalam Talian

Melalui PETRONAS Licensing Management System (PLMS)

3

Menunggu dan Menjawab Pelawaan Untuk Membida

daripada PAC jika dikenal pasti sebagai pembida dalam proses bidaan tender PAC

 

Nota Penting

PETRONAS komited untuk memelihara Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE) di mana-mana sahaja kami beroperasi. Klik di sini untuk Panduan Latihan HSE bagi Kontraktor, panduan rujukan mengenai latihan HSE.

Keperluan Lesen & Pendaftaran PETRONAS di Malaysia

Pemohon dinasihati untuk memahami sepenuhnya Garis Panduan Am Pelesenan dan Pendaftaran PETRONAS serta memastikan pematuhan kepada keperluan am sebelum mengemukakan permohonan untuk lesen atau pendaftaran melalui platform dalam talian PETRONAS License Management System (PLMS).

Rujukan adalah seperti yang berikut:
Garis Panduan Am (Inggeris) (Melayu)
Soalan Lazim (FAQ)

licensing01

Definisi Jenis Permohonan

Lesen

Syarikat yang mempunyai lesen yang sah dibenarkan untuk membekalkan barangan/perkhidmatan kepada sektor huluan dan hiliran industri minyak dan gas di Malaysia.

Contoh pelanggan ialah: Petroleum Arrangement Contractors (PACs), anak syarikat PETRONAS, Kontraktor Fabrikasi Luar Pesisir, MISC dan lain-lain.

Pendaftaran

Syarikat yang berdaftar sah dibenarkan untuk membekalkan barangan/perkhidmatan kepada sektor hiliran industri minyak dan gas, memberikan perkhidmatan kepada anak syarikat PETRONAS sahaja.


Contoh pelanggan ialah: Anak syarikat PETRONAS seperti PETRONAS Chemicals Group, PETRONAS Gas Berhad, PETRONAS Dagangan Berhad dan lain-lain.

Permohonan Melibatkan Syarikat Asing

Terdapat tiga cara bagi syarikat asing untuk memperoleh lesen dengan PETRONAS:

  1. Dengan melantik syarikat tempatan sebagai Ejen.
  2. Dengan membentuk syarikat Usaha Sama (Joint-Venture, JV) tempatan dengan rakan kongsi tempatan.
  3. Dengan membuka cawangan tempatan di Malaysia.

Dalam melantik ejen tempatan, syarikat asing digalakkan memilih ejen tempatan daripada vendor berlesen / berdaftar PETRONAS yang sedia ada untuk memastikan keperluan Lesen dan Pendaftaran PETRONAS dipenuhi sepenuhnya. Dalam melantik rakan kongsi JV tempatan atau membuka cawangan tempatan, syarikat asing hendaklah mematuhi keperluan yang dinyatakan dalam Panduan Am dan mengemukakan permohonan untuk Lesen dan Pendaftaran melalui PLMS.

Kategori Kerja dan Peralatan Terpiawai (SWEC)

Terbahagi kepada kategori Produk dan Perkhidmatan yang meluas, SWEC merujuk senarai kategori kerja dalam huluan dan hiliran.

Muat turun:
Senarai SWEC
Pemetaan SWEC

Keperluan Teknikal Minimum (MTR)

Terdapat SWEC tertentu yang mempunyai keperluan teknikal minimum yang perlu dipatuhi oleh syarikat sebelum mengemukakan permohonan untuk lesen/pendaftaran.

Muat turun: Keperluan Teknikal Minimum SWEC

Untuk maklumat tentang proses perolehan PETRONAS, sila rujuk Platform Perolehan kami.

Platform Pelesenan & Pendaftaran

PLMS ialah platform dalam talian untuk permohonan lesen/pendaftaran baharu oleh vendor yang layak.

PLMS direka bentuk untuk menjadi lebih efektif dan memberikan panduan intuitif yang melengkapi Platform Perolehan Bersatu yang baharu, untuk memberikan pengalaman perolehan yang lancar dari awal hingga akhir yang meningkatkan kecekapan dan ketelusan perniagaan. Ikuti langkah mudah ini untuk memulakan proses perolehan.

Aktiviti Lesen & Pendaftaran yang boleh dilakukan melalui PLMS adalah:

  • Permohonan / Kemas kini / Pembaharuan / Pembatalan Lesen atau Pendaftaran
  • Permohonan / Kemas kini / Pembaharuan / Pembatalan SWEC
  • Kemas kini Profil dan Maklumat Syarikat

PETRONAS Licensing Management System (PLMS) - untuk permohonan lesen/pendaftaran baharu.

0Pendaftaran ID Pengguna Baharu

Muat turun:
Panduan Pengguna Pembekal PLMS
Soalan Lazim PLMS
Video Taklimat Sistem PLMS

Untuk pertanyaan lanjut, sila klik di sini.

licensing02

Platform Perolehan

Sejajar dengan visi PETRONAS untuk menuju era digital, kami sedang melaksanakan Platform Perolehan Bersatu yang baharu untuk memberikan pengalaman perniagaan yang lancar kepada vendor PETRONAS.

Platform Perolehan Bersatu juga membolehkan Pasaran Perniagaan-kepada-Perniagaan (B2B) untuk produk tertentu.

Platform Perolehan Bersatu

Platform perolehan hujung ke hujung sumber kepada bayaran berasaskan awan.

Hanya terpakai untuk Anak-Anak Syarikat PETRONAS yang disenaraikan di sini.

Pasaran Perniagaan-kepada-Perniagaan (B2B)

Platform B2B merupakan pasaran niaga elektronik yang disepadukan dengan Platform Perolehan Bersatu yang baharu.

Pasaran ini akan membolehkan pengguna PETRONAS membeli produk bukan stok dan bukan kontrak daripada vendor berlesen/berdaftar PETRONAS.

Portal Supplier Self Service PETRONAS (SUS)

Portal Supplier Self Service PETRONAS (SUS) ialah platform perolehan kepada-bayaran (procure-to-pay), yang terpakai untuk Anak-Anak Syarikat PETRONAS yang tidak dilengkapi Platform Perolehan Bersatu.

Platform Perolehan Bersatu, GEP SMART™ akan menyediakan pengalaman perniagaan yang cekap kepada vendor PETRONAS melalui ciri-ciri seperti sistem berpusat untuk penyerahan bidaan, saluran khas untuk penjelasan tender, repositori pengurusan kontrak dan lain-lain.

 

Unified Procurement Platform

 

Untuk maklumat lanjut atau arahan terperinci mengenai pembukaan akaun dan panduan sistem, anda boleh merujuk pautan di bawah:

Platform Perolehan Bersatu (GEP SMART™) Log Masuk Pembekal
[Baharu] Platform Perolehan Bersatu (GEP SMART™) Panduan Pengguna untuk Pembekal
[Baharu] Platform Perolehan Bersatu (GEP SMART™) Rakaman Video Panduan Langkah demi Langkah
[Baharu] Platform Perolehan Bersatu (GEP SMART™) Pertanyaan Soalan Lazim

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi supplier.servicedesk@petronas.com atau hubungi kami di 1-800-88-0011.

Nota Penting

Sebelum menjalankan sebarang aktiviti perolehan dengan PETRONAS, anda perlu menjadi vendor PETRONAS yang berlesen atau berdaftar (permohonan melalui PLMS).

Vendor PETRONAS dinasihati menguruskan kedua-dua akaun di Portal Supplier Self Service (SUS) dan Platform Perolehan Bersatu yang baharu untuk mengelakkan kehilangan apa-apa peluang perniagaan dengan PETRONAS.

Sila ambil maklum bahawa anda mungkin menerima pengumuman tender daripada Portal Supplier Self Service PETRONAS (SUS) atau Platform Perolehan Bersatu bergantung pada pemilik tender.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi supplier.servicedesk@petronas.com atau hubungi kami di 1-800-88-0011.

Pasaran B2B (Perniagaan-kepada-Perniagaan) merupakan pasaran e-dagang yang disepadukan dengan Platform Perolehan Bersatu yang baharu.

Terkini, Pasaran B2B membolehkan Pengguna PETRONAS membeli produk yang tidak berada di stok dan tidak termasuk dalam kontrak daripada vendor yang berlesen/berdaftar dengan PETRONAS.

 

B2B Marketplace

 

Sila rujuk langkah-langkah dan keperluan am yang berikut untuk membolehkan anda disenaraikan sebagai vendor dalam Pasaran B2B:

Langkah 1

Memohon Lesen PETRONAS/Mendaftar melalui PLMS untuk kategori bukan stok terpilih.

Langkah 2

Buat satu akaun untuk didaftarkan di platform Pasaran B2B. Pendaftaran adalah percuma!

Langkah 3

Muat naik produk-produk anda ke dalam katalog pasaran.

Langkah 4

Mula menerima pesanan pembelian daripada pembeli.

Langkah 5

Bayaran akan dipindahkan kepada anda sebaik sahaja barangan berjaya dihantar.

Pasaran B2B hanya layak untuk vendor yang berlesen/berdaftar dengan PETRONAS dalam kategori bukan stok.

Untuk maklumat lanjut atau arahan terperinci mengenai panduan sistem, anda boleh merujuk pautan di bawah:

Soalan Lazim (FAQ) Platform Pasaran B2B
Panduan Pengguna Pasaran B2B

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi supplier.servicedesk@petronas.com atau hubungi kami di 1-800-88-0011.

Portal Supplier Self Service PETRONAS (SUS) ialah platform perolehan-kepada-bayaran (procure-to-pay), yang terpakai untuk Anak-Anak Syarikat PETRONAS yang tidak dilengkapi Platform Perolehan Bersatu.

0Log masuk ke portal Supplier Self Service PETRONAS (SUS)

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pautan di bawah:

Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Sistem SUS
Panduan Pengguna Sistem SUS
SRM Taklimat Vendor
SRM Vendor Cutover Plan
Perlukan Bantuan untuk Menggunakan Sistem?

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi supplier.servicedesk@petronas.com atau hubungi kami di 1-800-88-0011.

Nota Penting

Sebelum menjalankan apa-apa aktiviti perolehan dengan PETRONAS, anda perlu menjadi vendor PETRONAS yang berlesen atau berdaftar (permohonan melalui PLMS).

Vendor PETRONAS dinasihati untuk menguruskan kedua-dua akaun di Portal Supplier Self Service PETRONAS (SUS) dan Platform Perolehan Bersatu yang baharu untuk mengelakkan kehilangan apa-apa peluang perniagaan dengan PETRONAS.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi supplier.servicedesk@petronas.com atau hubungi kami di 1-800-88-0011.

Pendaftaran dan Perlesenan PETRONAS

Sila ambil maklum bahawa Khidmat Kaunter kami di Aras 9, Menara 1, Menara Berkembar PETRONAS dan Kiosk Mandiri Wilayah akan dihentikan sehingga notis lanjut disebabkan oleh COVID-19.

Untuk isu berkaitan dengan sistem pelesenan PETRONAS atau pertanyaan mengenai perkara- perkara pendaftaran dan lesen secara am, sila klik di sini.

Nota: Semua pertanyaan akan diuruskan melalui saluran yang dinyatakan di atas, termasuklah pejabat-pejabat wilayah.

Sistem Platform Perolehan

Untuk isu berkaitan dengan sistem Platform Perolehan PETRONAS (Portal SUS, Platform Perolehan Bersatu atau Pasaran B2B), sila hubungi:

Pusat Hubungan PETRONAS
Tel: 1-800-88-0011
E-mel: supplier.servicedesk@petronas.com
Isnin - Jumaat: 8.00 pagi - 5.00 petang


Ketahui Lebih Lanjut Tentang PETRONAS

 

  • Tadbir Urus dan Etika

    Nilai Bersama Kesetiaan, Integriti, Profesionalisme, dan Kebersamaan merupakan asas kepada cara kami menjalankan perniagaan.

    Baca Lebih Lanjut

  • Peluang Kerjaya

    Ayuh maju bersama-sama, dengan alatan dan rangka minda yang tepat. Apabila diperkasakan, segala-galanya boleh direalisasikan.

    Baca Lebih Lanjut

  • Berhubung Dengan Kami

    Daftar untuk mendapatkan kemas kini melalui e-mel dan menjadi yang pertama untuk mengetahui perkembangan terkini PETRONAS.

    Langgan Sekarang

Left footer graphic with PETRONAS Dots Right footer graphic with PETRONAS Dots