PETRONAS logo with text PETRONAS logo with text

Global

Kelestarian

Tadbir Urus dan Etika

Matlamat kami adalah untuk mendorong kesedaran tentang toleransi sifar terhadap apa jua bentuk korupsi. Nilai-Nilai Bersama kami, iaitu Kesetiaan, Integriti, Profesionalisme dan Kesepakatan merupakan tonggak kepada cara kami menjalankan perniagaan.

Semua ini, di samping Kod Tatakelakuan dan Etika Perniagaan (CoBE) serta komitmen yang berkaitan, ialah teras dalam menghasilkan nilai optimum kepada pemegang saham.

  • Tadbir Urus Korporat
  • Etika Perniagaan
  • Komitmen Hak Asasi Manusia
  • CoBE
  • Kod Tatalaku Kontraktor PETRONAS mengenai Hak Asasi Manusia
  • Pelan Antirasuah Organisasi (OACP)

Tadbir Urus Korporat

Tadbir Urus korporat adalah sangat penting untuk penciptaan nilai dan kecemerlangan perniagaan. Komitmen berterusan kami untuk memupuk budaya integriti, kelakuan beretika dan profesionalisme menyokong keupayaan untuk kekal sebagai organisasi yang berdaya tahan. Hal ini juga dapat menggalakkan tahap akauntabiliti dan ketelusan yang lebih tinggi.

Dasar-dasar kami adalah selari dengan undang-undang dan peraturan yang berkenaan di negara-negara di mana kami beroperasi, dengan mengambil kira jangkaan pihak berkepentingan terhadap kewarganegaraan korporat yang baik.



Lembaga Pengarah PETRONAS, dengan sokongan Jawatankuasa Berkaitan, menyediakan pandangan yang berkesan mengenai hala tuju strategik perniagaan seperti yang ditetapkan dalam Piagam Lembaga Pengarah, selaras dengan semua undang- undang yang berkenaan.

Barisan Kepimpinan Eksekutif (ELT) membantu Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dalam menguruskan rancangan pembangunan perniagaan strategik dan strategi pertumbuhan organisasi, termasuk isu rentas perniagaan dalam Kumpulan PETRONAS.

Lembaga Pengarah dan ELT secara kolektif memastikan bahawa PETRONAS melaksanakan tanggungjawabnya dengan cara yang bertanggungjawab, memastikan semua keputusan perniagaan yang dibuat mematuhi piawaian etika yang ketat.

Etika Perniagaan

Kod Tatakelakuan dan Etika Perniagaan PETRONAS (CoBE) menguatkan komitmen kami untuk mendukung piawaian tertinggi etika dan integriti dalam menjalankan perniagaan dan operasi Kumpulan, dan ia terpakai kepada semua pekerja, pengarah dan pihak ketiga yang mewakili atau bertindak bagi Kumpulan. CoBE juga mengandungi peruntukan khusus mengenai amalan anti-persaingan.

CoBE disokong oleh Manual Anti Rasuah dan Korupsi PETRONAS yang terpakai kepada semua pekerja serta pihak ketiga. PETRONAS menguatkuasakan toleransi sifar terhadap semua bentuk rasuah dan korupsi. Dasar Tiada Hadiah dan Rangka Kerja Kepatuhan Integriti PETRONAS secara kolektif bertujuan memperkukuh budaya etika dan integriti di seluruh Kumpulan.

 

Dasar Pemberian Maklumat (Whistleblowing) menggalakkan pendedahan mengenai apa-apa bentuk salah laku, dengan Jawatankuasa Pemberian Maklumat mempertimbangkan perkara yang dibangkitkan. Kemas kinian diberikan secara berkala kepada Jawatankuasa Pengurusan Audit dan Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah. Untuk membuat laporan, sila e-mel kepada whistle@petronas.com

Untuk maklumat lanjut mengenai Tadbir Urus Korporat di PETRONAS, sila rujuk Laporan Tahunan kami.

Baca lebih lanjut:
Garis Panduan Undang-Undang Persaingan PETRONAS
Manual Anti Rasuah Dan Korupsi PETRONAS

Komitmen Hak Asasi Manusia

PETRONAS komited untuk menghormati hak asasi manusia yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa di kawasan operasinya, sekali gus mematuhi Kod Tatakelakuan dan Etika Perniagaan, serta semua keperluan undang-undang yang berkaitan.

Landskap operasi luaran telah berubah secara drastik dalam dekad yang lalu. Industri minyak dan gas juga semakin banyak beroperasi dalam persekitaran yang kompleks dengan isu-isu sosial yang menjadi masalah utama. Pendekatan proaktif mengenai risiko berkaitan Hak Asasi Manusia adalah penting untuk mengekalkan pertumbuhan jangka panjang syarikat. Kami telah memperluas tumpuan untuk memastikan kesejahteraan komuniti setempat menjadi keutamaan semasa menjalankan operasi harian.

Hak Asasi Manusia didefinisikan sebagai piawaian asas perlakuan untuk semua orang tanpa mengira antara lainnya kewarganegaraan, agama dan bahasa. Terdapat 30 hak asasi manusia yang disenaraikan dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Universal. Antara isu yang difahami sebagai hak asasi manusia termasuklah tanpa diskriminasi, kebebasan berpersatuan, pendidikan, hak atau akses kepada udara dan air bersih.

Objektif Komitmen Hak Asasi Manusia PETRONAS adalah untuk memastikan aktiviti PETRONAS ditadbir oleh prinsip hak asasi manusia, undang-undang, amalan industri dan piawaian terbaik untuk menguruskan impak di kawasan operasi kami.



Komitmen ini adalah terpakai kepada semua pekerja dalam Kumpulan Syarikat PETRONAS, kontraktor, subkontraktor dan mana-mana pihak ketiga dalam premis PETRONAS atau menjalankan kerja dan/atau perniagaan bagi atau atas nama PETRONAS, selaras dengan Kod Tatakelakuan Kontraktor PETRONAS mengenai Hak Asasi Manusia.

Hak Asasi Manusia diletakkan di lima bidang utama Kerangka Prestasi Sosial PETRONAS yang boleh mempengaruhi aktiviti operasi iaitu, Alam Sekitar, Kesihatan, Keselamatan, Sekuriti dan Sosioekonomi & Budaya.

Komitmen ini meliputi:

  • Keadaan buruh dan kerja
  • Keselamatan pihak ketiga
  • Rantaian bekalan
  • Kesejahteraan komuniti

Untuk menyokong pelaksanaan Komitmen ini, Kumpulan HSE - Penjaga Komitmen Hak Asasi Manusia - telah menjalankan beberapa program latihan hak asasi manusia untuk pekerjanya dan membangunkan garis panduan untuk pelaksanaannya.

Penjajaran dengan amalan/piawai industri mengenai hak asasi manusia adalah penting. PETRONAS merupakan ahli aktif Persatuan Pemeliharaan Alam Sekitar Industri bagi Industri Petroleum Antarabangsa (IPIECA), persatuan global industri minyak dan gas bagi isu-isu alam sekitar dan sosial, dan menyumbang kepada projek pembelajaran kolaboratif mengenai hak asasi manusia.

CoBE

CoBE mengandungi pernyataan dasar terperinci mengenai piawaian tingkah laku dan etika yang diharapkan daripada setiap individu yang tertakluk kepada CoBE.

 

CoBE – Peruntukan Negara
Berkenaan dengan penggunaan CoBE antarabangsa, beberapa peruntukan dalam CoBE akan disesuaikan dengan keperluan bidang kuasa tempatan di mana PETRONAS beroperasi. Peruntukan Negara ini adalah untuk memenuhi keperluan bidang kuasa tempatan yang berkaitan, perundangan yang berkenaan dan adat resam sosial.

Panduan CoBE
Panduan CoBE ialah panduan yang mudah digunakan bertujuan untuk menerangkan penggunaan CoBE dalam amalan.

 

Read more:
PETRONAS Code of Conduct and Business Ethics (CoBE) (Versi semakan berkuat kuasa pada 18/8/22)
PETRONAS Code of Conduct and Business Ethics (CoBE) - Bahasa Arab
PETRONAS Code of Conduct and Business Ethics (CoBE) - Portuguese
Country Supplement (Malaysia)
Country Supplement (Argentina)
Country Supplement (Australia)
Country Supplement (Austria)
Country Supplement (Azerbaijan)
Country Supplement (Belgium)
Country Supplement (Brazil)
Country Supplement (Brazil) - Bahasa Portugal
Country Supplement (Brunei)
Country Supplement (Kanada)
Country Supplement (China)
Country Supplement (Mesir)
Country Supplement (Jerman)
Country Supplement (Hong Kong) 
Country Supplement (India)
Country Supplement (Indonesia)
Country Supplement (Iraq) - Bahasa Inggeris
Country Supplement (Iraq) - Bahasa Arab
Country Supplement (Italy)
Country Supplement (Jepun)
Country Supplement (Mauritania)
Country Supplement (Mexico)
Country Supplement (Myanmar)
Country Supplement (Belanda)
Country Supplement (Oman) - English 
Country Supplement (Oman) - Arabic 
Country Supplement (Filipina)
Country Supplement (Poland)
Country Supplement (Portugal)
Country Supplement (Singapura)
Country Supplement (Suriname) 
Country Supplement (Sepanyol)
Country Supplement (Afrika Selatan)
Country Supplement (Sudan Selatan)
Country Supplement (Sudan)
Country Supplement (Thailand)
Country Supplement (Turkmenistan)
Country Supplement (Turkiye)
Country Supplement (UAE) - Bahasa Inggeris 
Country Supplement (UAE) - Bahasa Arab 
Country Supplement (UK)
Country Supplement (USA) 
Country Supplement (Vietnam)
CoBE Guide (kemas kini sedang dilaksanakan)

 

 

Kod Tatakelakuan Kontraktor PETRONAS mengenai Hak Asasi Manusia

Seiring dengan Komitmen Hak Asasi Manusia PETRONAS, kami berusaha untuk bekerjasama dengan Kontraktor yang berkongsi nilai integriti kami, komited untuk memerangi rasuah dan korupsi serta memberikan sumbangan kepada pembangunan lestari. PETRONAS memerlukan Kontraktor untuk:

  • Menghormati hak asasi manusia yang diiktiraf antarabangsa, mematuhi Kod Tatakelakuan dan Etika Perniagaan (CoBE) PETRONAS dan semua keperluan undang-undang yang berkaitan.
  • Mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan dasar dan garis panduan yang sesuai diwujudkan bagi menunjukkan penghormatan terhadap hak asasi manusia, termasuk yang berkaitan dengan pekerja dan kakitangan kontrak yang menyediakan perkhidmatan untuk PETRONAS. Dasar dan garis panduan ini hendaklah termasuk hak pekerja, keselamatan dan kesihatan tempat kerja, sekuriti dan syarat pekerjaan. Kandungan dasar dan garis panduan ini hendaklah dimaklumkan kepada pekerja dan kakitangan kontrak dalam bahasa yang difahami oleh mereka.
  • Menyediakan latihan kesedaran hak asasi manusia kepada pekerja dan kakitangan kontrak serta memastikan semua pekerja dan kakitangan kontrak yang menyediakan perkhidmatan untuk PETRONAS menghadiri latihan tersebut.
  • Menetapkan mekanisme aduan bagi pekerja, kakitangan kontrak dan mana- mana pihak yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan untuk PETRONAS. Mekanisme aduan ini hendaklah dimaklumkan kepada mereka dan dalam bahasa yang difahami oleh mereka.
  • Menyediakan maklum balas yang tepat pada masanya kepada PETRONAS mengenai prestasi hak asasi manusia kontraktor dalam tempoh kontrak, seperti yang dikumpulkan melalui interaksi dengan kakitangan, soal selidik dan kaedah lain yang sesuai seperti yang diperlukan.




Sebagai syarat minimum, Kontraktor PETRONAS perlu mematuhi prinsip berikut:

  1. Kebebasan Buruh, dengan tidak mengambil atau menggaji orang, di bawah apa- apa keadaan, tanpa persetujuan mereka sendiri atau terlibat dalam buruh terikat/perhambaan hutang.
  2. Pencegahan Buruh Kanak-kanak, dengan tidak menggaji kanak-kanak di bawah umur minimum yang ditetapkan oleh mana-mana negara. Pekerja dan kakitangan kontrak mesti berusia sekurang-kurangnya lapan belas (18) tahun (melainkan ditentukan oleh undang-undang tempatan negara tuan rumah).
  3. Gaji dan Faedah, dengan mematuhi semua undang-undang yang berkaitan dengan pampasan pekerja, termasuk gaji minimum, jam kerja lebih masa dan faedah yang diamanatkan secara undang-undang.
  4. Jam Kerja, dengan mematuhi undang-undang tempatan negara tuan rumah atau perjanjian mengenai jam kerja, jam kerja lebih masa, dan bekerja semasa hari cuti.
  5. Mewujudkan Mekanisme Pengaduan, yang menyediakan cara melaporkan aduan dan langkah-langkah tindakan lanjut yang sesuai dan pada masa yang sama memastikan identiti pengadu dilindungi.
  6. Tanpa Diskriminasi, dengan menghormati kepelbagaian di tempat kerja dan tidak terlibat dalam apa-apa diskriminasi yang tidak sah berdasarkan jantina, bangsa, etnik, warna kulit, agama, kewarganegaraan, orientasi seksual, umur, status perkahwinan, kehamilan, hubungan politik, atau kecacatan dalam amalan pengambilan pekerja dan pekerjaan.
  7. Kebebasan Berpersatuan, dengan menghormati hak undang-undang pekerja untuk menjadi ahli kesatuan buruh atau sebaliknya.
  8. Perlakuan Berperikemanusiaan, dengan menghormati hak pekerja dan memastikan tiada perlakuan yang kasar dan tidak berperikemanusiaan, termasuk apa-apa bentuk paksaan mental atau fizikal, atau penghinaan lisan ke atas pekerja.
  9. Pekerja Asing atau Migran,jika pekerja asing atau migran dilibatkan, mereka harus bekerja sepenuhnya mematuhi undang-undang buruh dan imigresen negara tuan rumah. Sebelum diambil kerja, terma-terma asas pekerjaan mesti disediakan kepada pekerja dalam bahasa natif atau bahasa yang difahami mereka. Pasport dan bentuk pengenalan peribadi lain mesti kekal dalam milik pekerja pada setiap masa dan tidak boleh ditahan oleh Kontraktor atau mana-mana pihak ketiga bagi mematuhi sepenuhnya undang-undang buruh dan imigresen negara tuan rumah.

PETRONAS akan menilai pematuhan Kontraktor dari semasa ke semasa melalui Penunjuk Prestasi Kontraktor (Contractors' Performance Indicator), dan kegagalan oleh Kontraktor untuk mematuhi peruntukan dan piawaian yang dinyatakan dalam Prinsip-prinsip ini boleh mengakibatkan pengakhiran hubungan pihak yang tidak patuh dengan PETRONAS dan juga kesan-kesan lain yang merugikan.

Prinsip-prinsip ini akan terpakai kepada semua kontraktor, subkontraktor, perunding, pembekal, ejen, wakil dan pihak lain yang melaksanakan kerja atau perkhidmatan untuk atau bagi pihak kumpulan syarikat PETRONAS. Menjadi tanggungjawab Kontraktor untuk memastikan bahawa mana-mana pihak yang menjalankan kerja dan/atau perniagaan bagi pihak mereka juga mematuhi Prinsip-prinsip ini.

Pelan Antirasuah Organisasi (OACP)

Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) PETRONAS 2022-2023 ialah strategi menyeluruh untuk mengenal pasti risiko rasuah tertentu dan menetapkan matlamat yang dapat diukur untuk mencegah rasuah. Hal ini merupakan rancangan berstruktur untuk memantau kemajuan dan keberkesanan inisiatif.

 



OACP mengukuhkan Rangka Kerja Pematuhan Integriti, Sistem Pengurusan, Garis Panduan dan Prosedur PETRONAS serta Pemikiran & Tingkah Laku yang membentuk syarikat melalui Nilai Bersama PETRONAS dan Pegangan Budaya PETRONAS.

Hal ini juga mengukuhkan komitmen kami untuk mencapai dan menjadi organisasi berintegriti tinggi dengan toleransi sifar kepada rasuah. Penubuhan OACP merupakan keperluan oleh Rancangan Antirasuah Kebangsaan Malaysia (NACP) 2019-2023.

Baca lebih lanjut:
Pelan Antirasuah Organisasi PETRONAS (OACP)


Ketahui Lebih Lanjut Tentang PETRONAS

 

  • Pelesenan dan Perolehan di Malaysia

    Maklumat mengenai pelesenan dan pendaftaran untuk vendor yang berpangkalan di Malaysia.

    Baca Lebih Lanjut

  • Peluang Kerjaya

    Ayuh maju bersama-sama, dengan alatan dan rangka minda yang tepat. Apabila diperkasakan, segala-galanya boleh direalisasikan.

    Baca Lebih Lanjut

  • Berhubung Dengan Kami

    Daftar untuk mendapatkan kemas kini melalui e-mel dan menjadi yang pertama untuk mengetahui perkembangan terkini PETRONAS.

    Langgan Sekarang

Left footer graphic with PETRONAS Dots Right footer graphic with PETRONAS Dots