Rakan kongsi tenaga dan penyelesaian progresif yang mempertingkatkan kualiti kehidupan untuk masa depan yang mampan
Tan Sri Tengku Muhammad Taufik
Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
Selaras dengan hasrat kami dalam memulakan perjalanan menuju NZCE 2050, PETRONAS menyedari tanggungjawabnya untuk menunjukkan ketelusan dalam cara kami menghasilkan tenaga bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat, sambil mencapai aspirasi sifar bersih dalam masyarakat di mana-mana sahaja kami beroperasi.
Empat Lensa Kelestarian
Secara dasarnya, kami percaya bahawa amalan perniagaan yang lestari adalah penting untuk kejayaan jangka panjang syarikat kami, pihak berkepentingan kami, dan juga planet bumi. Tindakan kami dipandu oleh empat Lensa Kelestarian kami.
Komitmen kami juga adalah selaras dengan Pernyataan Tujuan kami: Rakan kongsi tenaga dan penyelesaian progresif yang mempertingkatkan kualiti kehidupan untuk masa depan yang mampan.
Penciptaan Nilai Berterusan
Penjagaan Alam Sekitar
Impak Positif Sosial
Tadbir Urus Bertanggungjawab
Aktiviti-aktiviti Kelestarian Kami
Aktiviti-aktiviti Kelestarian Kami
Sasaran Kelestarian Kami
Menguruskan Pelepasan Gas Rumah Hijau (GHG)
Menjana pelepasan GHG tidak melebihi 49.5 Juta tan karbon dioksida untuk operasi Malaysia menjelang tahun 2024
Meningkatkan Tenaga Bersih
Meningkatkan kapasiti tenaga boleh diperbaharu kepada 3,000MW menjelang tahun 2024
Membangunkan Pemimpin Masa Depan
Membantu lebih 24,000 penerima manfaat melalui program pendidikan secara
kumulatif antara tahun 2020 hingga 2024