PETRONAS Petróleo Brasil Ltda.
PETRONAS melalui anak syarikatnya, PETRONAS Petróleo Brasil Ltda. (PPBL), yang ditubuhkan pada tahun 2019, kini memegang kepentingan penyertaan dalam Tartaruga Verde (Konsesi BM-C-36) dan medan Module III Espadarte (Konsesi Espadarte) yang terletak di laut dalam Campos Basin, luar pesisir Brazil. PPBL juga mempunyai kepentingan penyertaan dalam tiga blok penerokaan, CM-661 (100%), CM-715 (100%) dan CM-541 (20%), yang dimenangi semasa pusingan bidaan penerokaan Brazil, kesemuanya terletak di Campos Basin. Perniagaan hiliran diwakili oleh PETRONAS Lubricants International, di bawah anak syarikatnya yang dipanggil PETRONAS LUBRIFICANTES BRASIL S.A. yang secara aktif memasarkan pelbagai rangkaian produk pelincir di Brazil.
E-mel: register_intlvendor@petronas.com
Borang Pendaftaran Vendor: Klik di sini
PETRONAS Carigali Brunei Ltd
PETRONAS Carigali Brunei Ltd (PCBL) memulakan kehadirannya di Brunei pada tahun 2010 untuk menjalankan aktiviti berkaitan penerokaan di blok laut dalam negara tersebut melalui Perjanjian Perkongsian Pengeluaran dengan Pihak Berkuasa Petroleum Brunei Darussalam. PCBL memegang kepentingan di dua kawasan di Laut China Selatan, Blok CA1 (5%) dan Blok CA2 (45%) dengan PCBL merupakan pengendalinya.
E-mel: registration.pcbl@petronas.com
PC Gabon Upstream S.A.
PETRONAS melalui anak syarikatnya, PC Gabon Upstream S.A. (PCGUSA), pada masa ini memegang kepentingan di Blok F12, Blok F13 dan Blok F14. PCGUSA, sebagai pengendali, memegang kepentingan penyertaan 100% di Blok F12, F13 dan F14.
E-mel: register_intlvendor@petronas.com
Borang Pendaftaran Vendor: Klik di sini
PETRONAS di Sudan Selatan
Sejak tahun 2011, PETRONAS telah beroperasi di Sudan Selatan melalui PETRONAS Carigali Nile Ltd (PCNL). Kehadiran PCNL dalam industri minyak dan gas Sudan Selatan berdasarkan model Syarikat Operasi Bersama (Joint Operating Company, JOC) dengan kepentingan dalam tiga (3) JOC, iaitu: Dar Petroleum Operating Co. Ltd. (DPOC), Greater Pioneer Operating Co. Ltd. (GPOC), dan Sudd Petroleum Operating Co. Ltd. (SPOC), yang ditubuhkan oleh PCNL bersama-sama dengan kontraktor lain Perjanjian Perkongsian Eksplorasi dan Pengeluaran (Exploration and Production Sharing Agreement, EPSA)./font>
E-mel: register_intlvendor@petronas.com
PETRONAS Carigali (Turkmenistan) Sdn Bhd
PETRONAS melalui anak syarikatnya, PETRONAS Carigali (Turkmenistan) Sdn Bhd (PC (T) SB) telah beroperasi sejak tahun 1996 dan memegang hak pengendalian di Blok 1, yang terletak di Laut Caspian dengan 100 % kepentingan penyertaan.
E-mel: pctsb_registration@petronas.com
PETRONAS di Indonesia
PETRONAS telah beroperasi di Indonesia selama dua dekad, bermula dengan usahanya dalam ekuiti bukan pengendali untuk Kawasan Kerja Ketapang pada tahun 2000. PETRONAS kini memegang kepentingan dalam lapan (8) usaha huluan di Indonesia, iaitu North Madura II (100%), Ketapang (80%), Natuna SEA A (15%), Jabung (36.85%), Luar Pesisir Madura (22.5%), Sakakemang (45%), Aru (40%) dan Andaman III (49%) dengan PETRONAS ialah pengendali di dua (2) usaha tersebut. Untuk terus berkembang dan memainkan peranan yang aktif dalam pembangunan jangka panjang bagi keperluan tenaga Indonesia, PETRONAS juga mempunyai perniagaan hiliran yang diwakili oleh PT PETRONAS Lubricants International Indonesia dan PT PETRONAS Chemicals Marketing Kimia Indonesia.
Untuk terus berkembang dan memainkan peranan aktif dalam pembangunan jangka panjang keperluan tenaga Indonesia, PETRONAS juga mempunyai perniagaan hilirannya yang diwakili oleh PETRONAS Lubricants International di bawah anak syarikatnya yang dipanggil PT PLI INDONESIA dan PT PETRONAS Chemicals Marketing Kimia Indonesia.
E-mel: peps@petronas.com
PETRONAS Carigali Iraq Holding B.V.
PETRONAS melalui anak syarikatnya, PETRONAS Carigali Iraq Holding B.V. (PCIHBV) telah beroperasi di Republik Iraq sejak tahun 2010 dan kini memegang kepentingan di Medan Minyak Garraf (45%), Medan Minyak Halfaya (22.5%) dan Medan Minyak Badra (15%), dengan PETRONAS ialah Pengendali di Garraf.
E-mel: pciv.registration@petronas.com
PC Carigali Mexico Operations S.A DE C.V.
Anak syarikat PETRONAS, PC Carigali Mexico Operations S.A. de C.V. (PCCMO), yang ditubuhkan pada tahun 2015, pada masa ini mempunyai kepentingan dalam 10 blok eksplorasi merentas tiga lembangan utama Mexico dengan kawasan keseluruhan kira-kira 22,000 kilometer persegi, dengan PCCMO ialah pengendali dalam lima (5) blok. Blok-blok yang dikendalikan oleh syarikat ialah Block 12 Ridges (60%), Block 6 Salina (50%), Block 25 Salina (100%), Block 26 Salina (100%) dan Block 4 Salina (50%). Blok-blok yang lain dikendalikan oleh pihak lain: Block 4 Perdido (30%), Block 10 Ridges (40%), Block 14 Ridges (50%), Block 5 Salina (30%) dan Block 29 Salina (28.33%). Sementara itu, perniagaan hiliran diwakili oleh PETRONAS Lubricant International, iaitu bahagian pembuatan dan pemasaran pelincir global PETRONAS.
Perniagaan hiliran diwakili oleh PETRONAS Lubricants International, di bawah anak syarikatnya yang dipanggil PLNA MEXICO SRL, secara aktif memasarkan pelbagai produk pelincirnya di Mexico.
E-mel: register_intlvendor@petronas.com
PETRONAS Suriname E&P B.V.
PETRONAS melalui anak syarikatnya, PETRONAS Suriname E&P B.V., telah beroperasi di Suriname sejak tahun 2013. Portfolio PSEPBV pada masa ini mempunyai kepentingan dalam tiga (3) blok minyak dan gas luar pesisir Suriname, iaitu Blok 48 (100%), Blok 52 (50%), dan Blok 53 (30%), dengan PSEPBV ialah pengendali untuk Blok 48 dan Blok 52.
E-mel: register_intlvendor@petronas.com
Borang Pendaftaran Vendor: Klik di sini