Hak Cipta © Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS)(20076-K).
Hak Cipta Terpelihara.
Kemampanan
Sebagai rakan kongsi tenaga dan penyelesaian progresif, kami berusaha untuk menyumbang impak yang positif kepada pihak berkepentingan, masyarakat, dan alam sekitar kami.
PETRONAS komited dalam usaha memenuhi keperluan tenaga masa kini yang semakin meningkat dan mencari penyelesaian untuk mencapai masa depan lebih rendah karbon.
Sebagai sokongan kepada komitmen itu, kami telah menetapkan matlamat untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih pada tahun 2050, dan kami sedang mempergiatkan usaha untuk menyahkarbon operasi dan produk kami, dan pada masa yang sama melabur dalam peluang pertumbuhan perniagaan karbon lebih rendah yang baharu.
Kami juga akui bahawa kami memainkan peranan yang penting dalam peralihan tenaga, sama ada di Malaysia atau di negara-negara di mana kami beroperasi. Dalam memacu peralihan ini, kami mempunyai tanggungjawab untuk mencapai keseimbangan, demi memastikan pemeliharaan dan perlindungan alam semula jadi dan kepelbagaian biologi serta memberi keutamaan kepada peralihan saksama dalam peluang sosial dan ekonomi yang tanpa mengabaikan sesiapa.
Kami tekad untuk meneruskan kemajuan berterusan dalam mencapai cita-cita kelestarian kami dan nekad dalam usaha untuk menyumbang kepada masa depan yang mampan.
Kami memberikan nilai jangka panjang kepada pemegang saham melalui prestasi kewangan yang kukuh, portfolio perniagaan yang teguh, dan pertumbuhan yang mampan sambil menyumbang impak yang positif kepada masyarakat dan alam sekitar, dan merangkumi Pernyataan Tujuan kami.
Pendekatan Kemampanan
Pada dasarnya, kami percaya bahawa amalan perniagaan yang mampan adalah penting untuk kejayaan jangka panjang syarikat kami, pihak berkepentingan kami, dan bumi ini. Tindakan kami terangkai oleh Pendekatan Kemampanan kami.
Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Aktiviti kami bertujuan untuk menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDGs). PETRONAS menerapkan kesemua 17 SDGs dan mengutamakan 7 SDGs yang kami percaya paling berkesan dapat kami sumbang sebagai sebahagian daripada usaha kemampanan kami. Amatlah penting untuk difahami bahawa SDGs saling berkait rapat antara satu sama lain.
7 Matlamat Pembangunan Mampan yang Diutamakan
Penilaian Materialiti
Kami menggunakan penilaian materialiti bukan kewangan untuk memberikan maklumat tentang keutamaan dan penzahiran kelestarian kami yang mengenal pasti topik-topik yang paling penting kepada pihak berkepentingan kami dan mempunyai impak yang paling besar terhadap perniagaan kami.
Matrik Materialiti Kami
Pada tahun 2022, matriks materialiti kami telah mengalami beberapa pergerakan topik, menandakan perubahan dalam kepentingannya kepada pihak berkepentingan dan impak kepada perniagaan kami.
Materialiti Berganda
Melalui pendekatan materialiti berganda, kami mempertimbangkan impak kewangan dan kelestarian daripada topik-topik material kami. Pendekatan ini membolehkan kami memahami implikasi kewangan daripada risiko dan peluang kelestarian dan bagaimana implikasi ini mungkin mempengaruhi prestasi kewangan jangka panjang kami.
Maklumat lanjut tentang kepentingan berganda kami boleh diperoleh melalui Laporan Bersepadu kami di sini.
Topik Material |
Penerangan |
|
---|---|---|
Pelepasan Gas Rumah Hijau (GHG) |
Pendekatan kami untuk merealisasikan hala tuju Pelepasan Karbon Sifar Bersih menjelang 2050 dipandu oleh empat pendorong utama dekarbonisasi kami - pembakaran dan pelepasan rutin sifar, kecekapan tenaga, elektrifikasi, dan penangkapan serta penyimpanan karbon. Selain itu, kami terus meningkatkan kuantifikasi pengukuran untuk mengurangkan pelepasan metana daripada operasi kami bagi mengehadkan kesan GHG dalam jangka masa yang lebih dekat. Kami juga mengambil inisiatif kerjasama dengan rakan-rakan industri. Kami memberikan tumpuan untuk memahami dengan lebih jelas penggunaan tenaga dalam syarikat dan di seluruh rantaian nilai kami bagi menyokong usaha pengurangan pelepasan kami. |
|
Risiko Perubahan Iklim |
Matlamat kami adalah untuk memperkukuh daya tahan PETRONAS terhadap risiko perubahan iklim fizikal dan peralihan, di samping meraih peluang yang terdapat dalam peralihan kepada ekonomi karbon rendah. Kami sedang aktif menyelidik langkah-langkah adaptasi dan daya tahan, serta sistem tadbir urus yang relevan untuk mengurus risiko dan peluang yang berkaitan dengan iklim, seperti yang dicadangkan oleh Task Force on Climate-related Financial Disclosures (TCFD). |
|
Pengurusan Persekitaran |
Melindungi dan memulihara alam sekitar akan mengurangkan kesan operasi kami kepada alam sekitar, sejajar dengan peranan kami sebagai pelindung alam sekitar. Hal ini juga akan memastikan kesejahteraan jangka panjang perniagaan kami dan masyarakat di sekeliling kami. Kami mengenal pasti dan menilai kesan alam sekitar daripada operasi kami dan memberikan tumpuan untuk menguruskan sumber-sumber kami secara lestari. Hal ini termasuk (tetapi tidak terhad kepada) mengurangkan kesan pelepasan, mencipta strategi pengurusan sisa dan air yang bertanggungjawab, mencegah tumpahan, dan menyiapkan aset kami dengan cara yang selamat dan lestari. |
|
Alam Semula Jadi dan Biodiversiti |
Ketidakupayaan kami untuk memulihara serta melindungi alam semula jadi dan biodiversiti boleh memberikan kesan kepada keupayaan kami untuk mencapai matlamat perniagaan kami dan hala tuju Pelepasan Karbon Sifar Bersih menjelang 2050 kami. Memandangkan perubahan iklim menyumbang secara ketara kepada kehilangan biodiversiti dan boleh menyebabkan kerosakan yang tidak dapat dipulihkan, kami tekad untuk lebih memahami hubungan dan kebergantungan kami pada alam semula jadi untuk meningkatkan pengawasan terhadap jejak alam semula jadi dan biodiversiti kami. |
|
Pengurusan Keselamatan |
Mengurus keselamatan pekerja kami terus menjadi keutamaan penting kerana perkara ini dapat memastikan bahawa kami melindungi pekerja dan kontraktor kami daripada sebarang kemudaratan atau kecederaan. Dalam usaha mencapai kecemerlangan operasi, kami menjalankan amalan pengurusan risiko proaktif di seluruh perniagaan dan operasi kami untuk menyediakan keadaan bekerja paling selamat yang mungkin dan pada masa yang sama memastikan aset kami diselenggarakan dengan baik secara berterusan. |
|
Hak Asasi Manusia |
Kami tekad dalam menghormati hak asasi manusia dalam kalangan pembekal, kontraktor, rakan kongsi, dan masyarakat tempatan di tempat kami beroperasi dengan mewujudkan dan melaksanakan dasar dan amalan hak asasi manusia. Secara berkala kami mengkaji semula dasar dan amalan kami untuk menangani isu-isu hak asasi manusia seperti buruh paksa, perdagangan manusia, perhambaan moden, syarat kerja yang adil, dan tiada diskriminasi. Kami juga telah mula menerapkan amalan penilaian usaha wajar hak asasi manusia dalam sistem dan fungsi kami di seluruh rantaian nilai kami, termasuk tindakan-tindakan pemulihan. |
|
Tarikan, Pengekalan, dan Pembangunan Pekerja |
Memandangkan landskap yang berubah secara dinamik dan peralihan tenaga yang sedang berlaku, kami memerlukan bakat yang bersedia untuk masa depan dengan pengetahuan dan kemahiran yang tepat untuk merealisasikan strategi kami dan memacu daya tahan perniagaan dalam jangka panjang. Pelaburan dalam bakat yang berprestasi tinggi adalah penting, terutamanya dalam persekitaran persaingan yang semakin sengit untuk kemahiran. Matlamat kami adalah untuk terus menarik dan mengekalkan bakat terbaik dengan menyediakan pengaturan kerja yang fleksibel, mencipta peluang untuk memupuk potensi individu, dan melaksanakan pampasan yang adil dan saksama yang selari dengan prestasi berdasarkan ganjaran. Kami juga berusaha untuk mencipta tempat kerja yang adil dan inklusif dengan menyokong layanan yang sama terhadap semua pekerja tanpa mengira jantina, umur, latar belakang budaya, kemahiran, bangsa, dan agama. |
|
Kesihatan dan Kesejahteraan |
Kami memberikan penekanan yang besar dalam melindungi semua pekerja dan kontraktor kami daripada bahaya berkaitan dengan kerja serta menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan yang baik dalam kalangan tenaga kerja kami dan masyarakat yang lebih meluas. Adalah penting untuk mencipta budaya kerja yang selamat dan kondusif, kerana kesihatan dan kesejahteraan pekerja kami secara langsung mempengaruhi prestasi jangka masa panjang kami. Kami menjalankan penilaian risiko, memperkenalkan kawalan yang mencukupi, dan melaksanakan pelbagai inisiatif kesihatan dan kecergasan yang membantu dalam menangani kesihatan fizikal dan mental pekerja kami dan keluarga mereka. |
|
Tadbir Urus Korporat |
Adalah penting bagi kami untuk mengamalkan dan menjunjung piawaian tertinggi dalam tadbir urus korporat, iaitu faktor utama dalam menentukan daya tahan perniagaan dan pertumbuhan jangka panjang. Antara keutamaan utama kami termasuklah memastikan amalan tahap tadbir urus yang tertinggi dalam struktur, dasar, dan strategi dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kelestarian. Hal ini juga merangkumi strategi dan hala tuju kami dalam merealisasikan hala tuju Pelepasan Karbon Sifar Bersih menjelang 2050 kami. |
|
Anti Rasuah dan Sogokan |
Kami percaya bahawa penciptaan asas yang kukuh berdasarkan etika dan integriti akan memacu nilai-nilai bersama dan saksama dalam kalangan pihak berkepentingan. Kami perlu melindungi operasi dan perniagaan kami daripada apa-apa bentuk rasuah dan tingkah laku yang tidak beretika. Sepanjang rantaian nilai, kami sangat menggalakkan amalan perniagaan yang beretika dan bertanggungjawab serta pematuhan terhadap piawaian dan panduan dalam kalangan pekerja, rakan kongsi perniagaan, pembekal, kontraktor, dan pihak perantara lain. Kami melakukannya dengan rapi serta mematuhi Dasar Anti Rasuah dan Sogokan PETRONAS serta Kod Tatakelakuan dan Etika Perniagaan (CoBE) PETRONAS. |
|
Perniagaan Rendah Karbon dan Peralihan Tenaga |
Dalam menangani cabaran iklim, kami terus memperkukuh usaha kami dalam perniagaan rendah karbon dan peralihan tenaga kerana hal ini membolehkan kami melangkah keluar daripada tunjang perniagaan kami dan mengembangkan perniagaan baharu untuk merealisasikan hala tuju Pelepasan Karbon Sifar Bersih menjelang 2050 kami. Hal ini termasuklah tumpuan kami terhadap gas semula jadi sebagai bahan api dengan intensiti karbon yang lebih rendah daripada bahan api lain; dan peluang pertumbuhan perniagaan lain seperti tenaga boleh baharu, hidrogen, mobiliti hijau, bahan kimia khas, dan biodiesel. Usaha kami ditumpukan untuk mencapai keseimbangan dalam keselamatan tenaga, kemampuan dan kelestarian, dengan mempertimbangkan dasar, matlamat, instrumen perakaunan, dan teknologi terkini yang memudahkan peralihan tenaga. |
|
Sumbangan Ekonomi |
Kemampuan kami untuk mendorong pertumbuhan perniagaan jangka panjang berjalan seiring dengan kemakmuran pasaran dan masyarakat di tempat kami beroperasi. Matlamat kami adalah untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi yang memberikan faedah kepada semua lapisan masyarakat dengan menjana nilai ekonomi melalui produk dan perkhidmatan kami, membayar dividen modal, membayar upah dan cukai, sambil menjana peluang sosial, komersial, dan pekerjaan untuk penduduk tempatan. Kami juga menyediakan bantuan terutamanya dalam waktu krisis melalui dana, usaha sukarela, dan produk atau perkhidmatan dalam bentuk barangan atau perkhidmatan. Kami berusaha untuk memastikan bahawa PETRONAS bertanggungjawab dan telus dalam amalan cukai, yang ditadbir oleh peraturan cukai tempatan atau serantau yang terpakai. |
|
Rantaian Penawaran Lestari |
Kami memberikan perhatian rapi kepada pengurusan rantaian bekalan secara keseluruhan, tanggungjawab produk, dan perolehan memandangkan hal demikian mengurangkan risiko yang memberikan kesan kepada alam sekitar, masyarakat, dan ekonomi. Hal ini memastikan kelestarian dan keselamatan produk kami sepanjang seluruh kitaran hayat. Untuk meningkatkan daya tahan rantaian bekalan, kami terus memperkukuh usaha untuk menggalakkan dan menyokong pembekal tempatan, jika mungkin dan berkenaan. Kami juga berkongsi amalan kerja global dengan entiti serantau dan tempatan untuk menyokong ekonomi tempatan. |
|
Inovasi dan Teknologi |
Kami menerapkan inovasi melalui pelaksanaan rangka kerja dan langkah-langkah dalaman yang menggalakkan amalan mencabar status quo dalam reka bentuk produk dan operasi untuk menjana penyelesaian baharu yang meningkatkan kelebihan kompetitif dan reputasi jenama kami. Hal ini termasuklah membangunkan serta menggunakan teknologi maju dan inovasi digital untuk menjana proses perniagaan baharu, termasuk meningkatkan pengalaman pelanggan dan pihak berkepentingan lain. Dalam pendekatan kami, kami menggunakan inovasi dan teknologi di seluruh operasi dan perkhidmatan kami untuk mempercepat pertumbuhan dan penawaran perniagaan kami. |
|
Ekonomi Pusingan |
Aspirasi jangka panjang kami adalah untuk meminimumkan atau menghapuskan kesan negatif alam sekitar sesuatu produk dengan menghapuskan pembaziran dan mengurangkan penggunaan bahan. Kami juga ingin mengurangkan pencemaran plastik dengan mengamalkan kitar semula dan penggunaan semula, kerana hal ini mencipta peluang untuk inovasi dan pengurangan penjanaan sisa. Model ekonomi pusingan menggalakkan penciptaan sistem litar tertutup yang membolehkan sisa daripada satu proses menjadi input untuk proses yang lain. Matlamat kami adalah untuk menuju masa depan rendah sisa, mengurus sumber alam semula jadi, dan meminimumkan jejak karbon kami sambil mencipta nilai. |
Proses Penilaian Materialiti Kami
Proses |
2021 - Penilaian Materialiti Penuh |
2022 – Pengesahan Semula Penilaian Materialiti |
Pengenalpastian
|
Analisis komputer meja dalaman merangkumi pelbagai sumber dalaman dan luaran:
|
Alatan berasaskan data untuk merangkumi sumber-sumber baharu:
|
Penglibatan Pihak Berkepentingan
|
Proses Pengesahan melalui temu bual dan tinjauan dengan pihak berkepentingan:
|
Maklum balas mendalam daripada pihak berkepentingan luar, termasuk:
|
Pengutamaan
|
Kami memberikan keutamaan kepada topik-topik yang dikenal pasti berdasarkan dua bidang utama - kepentingannya kepada pihak berkepentingan dan kesan terhadap perniagaan kami. Kriteria pengutamaan termasuk:
|
Kriteria pengutamaan termasuk:
Alatan berasaskan data untuk menilai serta mengutamakan materialiti kewangan dan materialiti impak. |
|
Diluluskan oleh Jawatankuasa Kelestarian dan disahkan oleh Naib Presiden dan Ketua Pegawai Kelestarian |
Penilaian Materialiti
Komited kepada amalan yang mampan, kami mendukung penciptaan nilai yang bermakna dan berinformasi bagi menyesuaikan keperluan kepada pihak berkepentingan dan perubahan alam sekitar melebihi senarai semak rutin. Bagi tahun 2023, kami menjalankan latihan penyemakan semula bagi topik-topik matan kami. Kami menggunakan dua perspektif, menggabungkan penilaian dari dalam dan penilaian dari luar. Pendekatan ini penting untuk memberi maklumat kepada strategi holistik dan bersepadu untuk mengurus risiko dan peluang dengan berkesan yang terletak di sepanjang operasi kami.
Matrik Materialiti Kami
Untuk tahun 2023, latihan pengesahan semula berdasarkan 15 topik bahan pada tahun 2022 menghasilkan jumlah keseluruhan 16 topik bahan. Kesan kepada perniagaan kami dan kepentingan kepada pihak berkepentingan kami dipetakan mengikut keutamaan isu-isu tersebut.
Materialiti Berganda
Oleh kerana permintaan untuk pelaporan yang telus dan komprehensif terus meningkat, konsep materialiti berganda berperanan sebagai salah satu cara untuk berkomunikasi mengenai prestasi kelestarian kami dengan konsep yang lebih luas tentang keterhubungan antara hal ehwal kewangan dan kelestarian.
Maklumat lanjut boleh diperoleh dari Laporan PIR2023 kami di sini.
Topik Material |
Penerangan |
|
---|---|---|
Pelepasan Gas Rumah Hijau(GHG) |
Kami secara konsisten meningkatkan kaedah pengukuran dan kuantifikasi kami untuk menangani pelepasan gas rumah hijau dari operasi kami secara berkesan, dengan demikian mengurangkan impak terhadap alam sekitar. Kami juga meningkatkan kerjasama dengan pelaku dalam ekosistem untuk memahami dengan lebih mendalam penggunaan tenaga di dalam syarikat kami dan merentasi nilai rantaian kami. |
|
Risiko Perubahan Iklim |
Kami akui cabaran yang timbul disebabkan oleh perubahan iklim, baik dari segi impak fizikalnya mahupun peralihan kepada ekonomi berkarbon rendah. Kami sedang mengkaji langkah-langkah untuk menyesuaikan diri dan membina ketahanan, dan di samping itu melaksanakan sistem pengurusan yang selari dengan cadangan Jawatankuasa Tugas mengenai Penyata Kewangan Berkaitan Iklim untuk mengenal pasti dan mengurus risiko dan peluang berkaitan iklim secara berkesan. |
|
Pengurusan Alam Sekitar |
Pengurusan alam sekitar adalah penting dalam menangani impak kami terhadap alam sekitar fizikal. Kesan alam sekitar dari operasi kami, menekankan pengurusan sumber yang lestari, pengurangan pelepasan, amalan pembuangan sisa dan air yang bertanggungjawab, dan penamatan aset yang bertanggungjawab. |
|
Alam Semula Jadi dan Biodiversiti |
Atas sebab isu iklim dan alam semula jadi berkait rapat, adalah penting agar usaha pengurangan pelepasan gas rumah hijau (GHG) dan pertumbuhan penyelesaian tenaga bersih bersesuaian dengan pemuliharaan dan perlindungan alam semula jadi serta kepelbagaian biologi. Posisi PETRONAS mengenai Alam dan Biodiversiti memacu pelan kami dan pengoperasian Pusat Keunggulan Alam dan Biodiversiti yang baru ditubuhkan. Kami telah menubuhkan Pusat Keunggulan Alam dan Biodiversiti (CoE) serta merancang untuk menilai ketersediaan kami bagi selari dengan cadangan TNFD. |
|
Pengurusan Keselamatan |
Mengutamakan operasi yang selamat bermakna menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan produktif bagi pekerja dan kontraktor kami, bebas daripada sebarang insiden dan kemalangan. |
|
Hak Asasi Manusia |
Kami komited untuk menghormati hak asasi manusia dalam semua aktiviti perniagaan dan hubungan kami. Isu seperti buruh paksa, perdagangan manusia, perhambaan moden, syarat-syarat kerja yang adil, dan tiada diskriminasi dipantau untuk memastikan bahawa kami beroperasi secara bertanggungjawab di mana sahaja kami berada. Pada April 2024, kami melancarkan Dasar Hak Asasi Manusia kami yang memformalkan dan dengan itu, memperkuatkan komitmen kami terhadap hak asasi manusia. |
|
Tarikan, Pengekalan dan Pembangunan Pekerja |
Melabur dalam bakat mahir adalah penting bagi ketahanan perniagaan jangka panjang di dalam landskap tenaga yang berubah dengan cepat dan memastikan peralihan yang adil. Kami bertujuan untuk menarik dan mengekalkan bakat terunggul melalui pengaturan kerja fleksibel, peluang untuk pertumbuhan, dan pampasan berdasarkan pasaran berdasarkan keupayaan, pengalaman, dan prestasi. Kami komited untuk membina persekitaran kerja yang inklusif di mana setiap orang diberi layanan dengan saksama. |
|
Kesihatan dan Kesejahteraan |
Memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua pekerja dan kontraktor adalah keutamaan bagi kami, yang meluaskan komitmen kami untuk membina budaya kesihatan dan keselamatan dalam kalangan tenaga kerja kami dan masyarakat secara menyeluruh. Melalui penilaian risiko menyeluruh, kawalan yang kukuh, dan pelbagai program kesihatan dan kecergasan, kami secara proaktif menguruskan kesejahteraan keseluruhan pekerja kami. |
|
Tadbir Urus Korporat |
Kami mengekalkan komitmen kami untuk mematuhi standard tertinggi pengurusan korporat, mengiktiraf peranannya yang penting dalam meningkatkan ketahanan perniagaan dan memupuk pertumbuhan jangka panjang. Memastikan tahap pengurusan tertinggi meliputi struktur, dasar, dan strategi berkaitan rapat dengan kelestarian tetap menjadi salah satu keutamaan teratas kami. |
|
Etika dan Integriti |
Kami berdiri teguh menentang sebarang bentuk rasuah atau tingkah laku tidak beretika. Komitmen ini meluas ke seluruh nilai rantaian, merangkumi pekerja, rakan kongsi, pembekal, kontraktor, dan semua perantara. Kami secara aktif mempromosikan amalan perniagaan yang bertanggungjawab dan pematuhan yang ketat terhadap standard dan garis panduan yang ditetapkan. Dasar Anti-Rasuah dan Korupsi PETRONAS serta Kod Tingkah Laku dan Etika Perniagaan (CoBE) PETRONAS berperanan sebagai prinsip panduan kami dan menetapkan standard bagi tingkah laku perniagaan yang beretika. |
|
Perniagaan Rendah Karbon & Peralihan Tenaga |
Hala tuju NZCE 2050 kami membimbing aktiviti dan usaha pengurangan karbon dan peralihan tenaga kami. Ini termasuk memberi keutamaan kepada gas asli dan meneroka peluang dalam tenaga boleh diperbaharui, hidrogen, mobiliti hijau, bahan kimia khas, dan bahan api bio. Matlamat kami adalah untuk mencapai keseimbangan antara keselamatan tenaga, kemampuan membayar dan kelestarian, dengan menyelaraskan polisi baharu, matlamat, alat ukur, dan teknologi terkini untuk memudahkan peralihan ini. |
|
Sumbangan Ekonomi |
Komitmen kami juga merangkumi dalam memupuk pertumbuhan perniagaan dan kemakmuran masyarakat. Kami mencapainya dengan mencipta nilai ekonomi melalui penawaran kami, pembayaran cukai dan upah serta menyediakan peluang untuk masyarakat. Semasa krisis, kami memberikan bantuan melalui bantuan kewangan, kerja sukarela dan usaha. Amalan cukai kami mematuhi sepenuhnya peraturan tempatan, memastikan ketelusan dan tanggungjawab. |
|
Rantaian Penawaran Lestari |
Kami memberi perhatian yang teliti kepada pengurusan rantaian bekalan keseluruhan kami, tanggungjawab produk, dan perolehan kerana ini mengurangkan risiko yang memberi kesan kepada alam sekitar, masyarakat, dan ekonomi. Ini memastikan kelestarian dan keselamatan produk kami sepanjang kitaran hidup keseluruhan. Untuk meningkatkan ketahanan rantaian bekalan, kami secara berterusan memperkuatkan usaha kami untuk membina dan menyokong pembekal tempatan di mana yang mungkin dan sepatutnya. Kami juga berkongsi amalan kerja global bersama entiti serantau dan tempatan untuk memperkayakan ekonomi tempatan. |
|
Inovasi dan Teknologi |
Kami akui kepentingan inovasi dan teknologi dalam merealisasikan komitmen kami. Kami menggalakkan budaya inovatif yang mendorong pemikiran kreatif dalam reka bentuk produk dan operasi. Ini meningkatkan keunggulan kompetitif kami dan meningkatkan reputasi jenama kami. Melalui teknologi yang canggih dan inovasi digital, kami membangunkan proses perniagaan baru yang meningkatkan pengalaman pelanggan dan pihak berkepentingan. Pendekatan kami mengintegrasikan inovasi dan teknologi dalam semua operasi dan perkhidmatan kami untuk memberi dorongan kepada pertumbuhan perniagaan kami dan memperluaskan tawaran kami. |
|
Keselamatan Siber dan Perlindungan Data |
Keselamatan Siber dan perlindungan data memainkan peranan penting dalam melindungi organisasi daripada pelbagai ancaman siber dan memastikan integriti serta kerahsiaan maklumat yang sensitif. |
|
Ekonomi Pusingan |
Matlamat kami adalah untuk meminimumkan jejak alam sekitar produk kami dengan mengurangkan pembaziran dan penggunaan bahan mentah. Kami komited untuk memerangi pencemaran plastik melalui kitar semula dan penggunaan semula, memupuk inovasi dan mengurangkan pembaziran. Dengan menerima model ekonomi pusingan, kami berhasrat untuk menubuhkan sistem litar tertutup di mana sisa menjadi input untuk proses baru. Fokus kami adalah untuk membina masa depan yang lestari, memelihara sumber semula jadi, dan mengurangkan jejak karbon kami sambil memberi nilai. |
Proses |
2022 – Penilaian Materialiti Penuh |
2023 – Pengesahan Semula Penilaian Materialiti |
Pengenalpastian |
Alatan berasaskan data untuk merangkumi sumber-sumber baharu:
|
Kami mengkaji perubahan peraturan, laporan media, dan Lembaga Piawaian Perakaunan Kelestarian (SASB) untuk membantu mengenal pasti topik kelestarian material. SASB sangat bernilai kerana ia sejajar dengan piawaian Lembaga Piawaian Kelestarian Antarabangsa (ISSB) yang akan datang. |
Penglibatan Pihak Berkepentingan |
Maklum balas mendalam daripada pihak berkepentingan luar, termasuk:
|
Kami memperoleh maklum balas terperinci daripada pelbagai pihak berkepentingan luaran, termasuk pelabur, institusi kewangan, dan agensi penarafan untuk menilai kesan topik material terhadap perniagaan kami yang dijalankan sepanjang tahun. Ini memberikan pandangan berharga yang membimbing penilaian materialiti kami. Kebimbangan, pertanyaan, dan maklum balas daripada pihak berkepentingan didokumentasikan sebagai input untuk penilaian. |
Pengutamaan |
Kriteria pengutamaan termasuk:
Alatan berasaskan data untuk menilai serta mengutamakan materialiti kewangan dan materialiti impak. |
Kami mengutamakan strategi dan bidang fokus melalui inisiatif, komitmen, dan perbincangan di peringkat Pasukan Kepimpinan Eksekutif dan Lembaga Pengarah. Topik material dinilai berdasarkan keselarasan dengan elemen risiko di dalam Profil Risiko Korporat PETRONAS. |
|
Diluluskan oleh Jawatankuasa Kelestarian dan disahkan oleh Naib Presiden dan Ketua Pegawai Kelestarian |
Kami menyerahkan hasil penilaian semula kepada Jawatankuasa Kemampanan, yang sebelum ini dikenali sebagai Majlis Kemampanan, untuk kelulusan oleh Naib Presiden dan Ketua Pegawai Kemampanan. |
Keahlian & Persatuan
Kami secara aktif menyertai pertubuhan-pertubuhan profesional, acara, dan keahlian dengan tujuan untuk memperkukuhkan usaha kemampanan kami. Melalui platform-platform ini, kami dapat bertukar-tukar pengetahuan tentang amalan terbaik untuk menggerakkan agenda kemampanan dalam dan luar operasi kami. Ini adalah sebahagian daripada komitmen kami kepada usaha pembangunan negara Malaysia dan mewujudkan impak positif dalam pelbagai industri dan masyarakat.
Melalui jaringan organisasi antarabangsa dan tempatan serta rakan industri, kami mampu meninggkatkan dan menjanakan pengetahuan, amalan-amalan terbaik, dan sokongan inisiatif penyahkarbonan yang seiring dalam mewujudkan nilai untuk syarikat dan pemegang kepentingan.
PETRONAS ialah ahli dalam:
PETRONAS menyokong matlamat organisasi-organisasi berikut dengan hasrat untuk memperkukuhkan keseluruhan kemampanan tadbir urus kami, meningkatkan kesedaran, menyediakan program pendidikan, dan menentukan kedudukan kami dalam pelbagai aspek berkaitan iklim dan kelestarian selaras sepenuhnya dengan Hala Tuju Pelepasan Karbon Sifar Bersih menjelang 2050:
PETRONAS terus memimpin dan tampil dalam mendokong nilai-nilai berkaitan kemampanan kami dengan mewujudkan platform untuk meningkatkan kemahiran kepimpinan di seluruh organisasi dan rakan kongsi kami daripada perspektif alam sekitar dan modal insan:
CAN ialah rangkaian rakan kepada rakan (P2P) yang terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan ahli Lembaga Pengarah yang memberikan tumpuan pada sokongan kelestarian, pembangunan kapasiti, tindakan, dan prestasi. CAN merangkumi 62 perniagaan terkemuka yang mewakili lebih 20 sektor perniagaan di Malaysia.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik memegang jawatan pengerusi CAN pada tempoh 2021-2022.
Pada tahun 2022, di bawah kepimpinan PETRONAS sebagai pengerusi dan kolaborasi bersama Climate Governance Malaysia (CGM), CAN telah mengadakan siri meja bulat untuk menentukan cadangan dasar yang bertujuan meningkatkan usaha kelestarian dan aspirasi iklim negara.
Ketahui Lebih Lanjut di sini.
World Business Council for Sustainable Development (WBCSD) merupakan sebuah komuniti yang diketuai oleh CEO yang terdiri daripada lebih 200 perniagaan terkemuka di seluruh dunia yang berusaha untuk mempercepat transformasi yang diperlukan bagi masa depan sifar bersih, positif terhadap alam sekitar, dan lebih adil.
PETRONAS menyertai WBCSD pada tahun 2020 untuk mempengaruhi strategi dan penempatan kelestarian serta memperluas jangkauan global.
PETRONAS juga merupakan ahli Business Council for Sustainable Development (BCSD) Malaysia.
PETRONAS diwakili dalam WBCSD melalui Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan kami, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik sebagai ahli majlis, dan melibatkan ahli- ahli lain daripada Barisan Kepimpinan Eksekutif kami melalui penyertaan langsung dalam rangkaian CFO WBCSD dan The Business Commission to Tackle Inequality, selain penyertaan peringkat kerja dalam pelbagai aktiviti program WBCSD.
Ketahui Lebih Lanjut di sini.
ABAC (APEC Business Advisory Council) merupakan bahagian sektor swasta dalam Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang terdiri daripada pegawai- pegawai peringkat tinggi dari 21 negara anggota, yang berdedikasi untuk menasihati pemimpin dan pegawai APEC lain mengenai isu-isu yang berkaitan dengan kepentingan perniagaan.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik ialah ahli ABAC yang memainkan peranan dalam membentangkan cadangan kepada Pemimpin APEC dalam dialog tahunan dan menasihati pegawai APEC tentang keutamaan dan kebimbangan sektor perniagaan.
Sebagai pengerusi bersama Kumpulan Kerja Kelestarian, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS mencadangkan usul mengenai pengukuhan daya tahan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam ekonomi rendah karbon, yang antara lain, dimasukkan dalam Laporan Tahunan 2022 daripada APEC Business Advisory Council (ABAC) kepada Pemimpin Ekonomi APEC.
Ketahui Lebih Lanjut di sini.
International Emissions Trading Association (IETA) ialah sebuah pertubuhan perniagaan global bukan berasaskan keuntungan yang memainkan peranan menyokong yang penting dalam mewujudkan sistem perdagangan berasaskan pasaran yang berkesan bagi pelepasan dan pengurangan gas rumah hijau (GHG) untuk menggalakkan penyelesaian berdasarkan pasaran bagi perubahan iklim.
PETRONAS menjadi ahli IETA pada bulan Jun 2022. Melalui penyertaan kami dalam kumpulan kerja, pasukan petugas, dan inisiatif IETA, PETRONAS memperkukuh kapasiti dalaman kami dan membina keupayaan dalam pasaran karbon dan instrumen penentuan harga karbon.
Ketahui Lebih Lanjut di sini.
Methane Guiding Principles (MGP) telah dibangunkan secara kolaboratif oleh gabungan industri, institusi antarabangsa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan akademik. MGP merupakan perkongsian sukarela antarabangsa yang melibatkan pelbagai pihak berkepentingan antara industri dengan pertubuhan bukan industri, dengan tumpuan pada tindakan sepanjang rantaian nilai gas asli, daripada pengeluaran sehingga kepada pengguna akhir.
Pada tahun 2020, PETRONAS menjadi anggota penandatangan Prinsip Panduan Metana (Methane Guiding Principles, MGP). Pada tahun 2022, PETRONAS secara terbuka melaporkan kemajuan kami selaras dengan lima (5) prinsip MGP mengenai pendekatan kami dalam pengurusan metana yang berkesan.
Ketahui Lebih Lanjut di sini.
Inisiatif ini mewajibkan kerajaan dan syarikat-syarikat minyak untuk menghentikan pembakaran rutin gas secara sepenuhnya menjelang tahun 2030, dengan tujuan untuk menyokong kerjasama antara semua pihak berkepentingan yang relevan supaya penyelesaian bagi pembakaran gas dapat ditemukan melalui pengawalan yang sesuai, penggunaan teknologi, dan pengaturan kewangan.
PETRONAS telah menyokong ikrar global untuk menghentikan pembakaran rutin gas menjelang tahun 2030, pada bulan November 2021, dengan matlamat untuk mengelakkan pembakaran rutin gas dalam pembangunan medan minyak baharu; dan untuk medan yang sedia ada, mencari penyelesaian yang berdaya maju dari segi ekonomi untuk menghapuskan tradisi pembakaran gas ini sesegera mungkin menjelang tahun 2030. PETRONAS menyumbang data pembakaran dan pelepasan gas untuk penyusunan laporan tahunan pembakaran gas global oleh Bank Dunia.
Ketahui Lebih Lanjut di sini.
Oil & Gas Methane Partnership (OGMP2.0) yang dimiliki oleh Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP) merupakan inisiatif yang khusus untuk industri ini dan rangka kerja yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa untuk pengurusan pelepasan metana yang berkesan. OGMP2.0 menyediakan mekanisme bagi syarikat-syarikat untuk mengatasi dan melaporkan pelepasan metana secara sistematik.
PETRONAS menjadi anggota penandatangan OGMP2.0 pada bulan November 2022. Usaha dilaksanakan untuk meningkatkan pendekatan PETRONAS secara sistematik selaras dengan rangka kerja mengenai pengukuran, kuantifikasi, pelaporan pelepasan metana, dan pelaksanaan pemacu dekarbonisasi kami, terutamanya dalam menghentikan pembakaran rutin dan pelepasan gas, serta peningkatan kecekapan tenaga.
Ketahui Lebih Lanjut di sini.
Task Force on Climate-related Financial Disclosures (TCFD) menetapkan cadangan untuk penzahiran berkaitan iklim dan menyediakan rangka kerja untuk penzahiran mengenai risiko dan peluang jangka panjang yang berkaitan dengan perubahan iklim.
PETRONAS telah menyatakan sokongan umum bagi cadangan Task Force on Climate-related Financial Disclosures (TCFD) untuk memastikan lebih banyak ketelusan mengenai bagaimana kami mengendalikan risiko perubahan iklim. Kami akan memasukkan rangka kerja TCFD dalam penzahiran kami mulai tahun 2023 dan seterusnya.
Ketahui Lebih Lanjut di sini.
Sebuah platform utama yang diketuai oleh CEO untuk memacu pencegahan rasuah secara global, berasaskan kerjasama antara sektor awam dengan swasta, kepimpinan yang bertanggungjawab, dan kemajuan teknologi.
PETRONAS menyertai PACI sebagai anggota penandatangan pada bulan Julai 2021, bersama-sama dengan 90 anggota penandatangan lain daripada pelbagai sektor di seluruh dunia. Dengan berbuat demikian, kami mempermantap toleransi sifar kami terhadap rasuah dalam semua bentuknya dan turut menyertai inisiatif tindakan bersama untuk meningkatkan kepercayaan orang awam terhadap perniagaan, mewujudkan pasaran yang adil, dan menjamin keadilan dalam persaingan melalui usaha membanteras rasuah.
Ketahui Lebih Lanjut di sini.
Satu agensi antarabangsa global utama yang diketuai oleh kerajaan yang menyokong negara-negara dalam peralihan tenaga selain menyediakan data dan analisis mengenai teknologi, inovasi, dasar, kewangan, dan pelaburan.
PETRONAS menyertai Alliance for Industry Decarbonisation pada bulan November 2022 dengan tujuan untuk menggalakkan tindakan bagi dekarbonisasi dalam rantaian nilai industri dan meningkatkan pemahaman mengenai penyelesaian berasaskan tenaga boleh baharu serta penggunaannya oleh industri.
Ketahui Lebih Lanjut di sini.
Siri meja bulat serantau untuk meningkatkan perbincangan, membentuk amalan, dasar, dan peraturan mengenai pelepasan metana di ASEAN dengan tujuan untuk melibatkan pelbagai pihak berkepentingan melalui dialog bagi meningkatkan prestasi yang kukuh dan pengurusan pelepasan metana yang berkesan.
Pada tahun 2021, PETRONAS telah mengadakan sesi meja bulat pertama dalam kerjasama dengan PTT Public Company Limited (PTT) dari Thailand dan PERTAMINA dari Indonesia, diikuti dengan penganjuran kedua pada tahun 2022. Sejak itu, aktiviti ini telah diperluas untuk melibatkan lebih banyak pihak berkepentingan, dan sesi meja bulat ketiga telah diadakan di Thailand pada bulan Disember 2022, dengan kerjasama United States Agency for International Development (USAID) Smart Power Program (SPP), ASEAN Centre for Energy (ACE), dan Asia Natural Gas & Energy Association.
Ketahui Lebih Lanjut di sini.
Presidensi COP28 dan Kerajaan Arab Saudi hari ini melancarkan Piagam Dekarbonisasi Minyak dan Gas (OGDC), iaitu sebuah Piagam industri global khusus untuk mempercepat tindakan iklim dan mencapai impak berskala besar di seluruh sektor minyak dan gas.
Ketahui Lebih Lanjut di sini.
Pendekatan Kami dalam Pelaporan Kemampanan
Kami melihat Environmental, Social, Governance (ESG) sebagai aspek penting dalam memberikan nilai jangka panjang kepada pemegang kepentingan. Berpandu kepada garis panduan, rangka kerja, dan piawaian nasional dan antarabangsa berikut untuk memastikan bahawa laporan kami tepat, boleh dipercayai, dan menyeluruh:
PETRONAS akan terus meningkatkan integriti data melalui latihan jaminan dan pengesahan untuk membina kepercayaan dalam kalangan pemegang kepentingan, sama ada dalaman atau luaran. Klik di sini untuk melihat kenyataan pengesahan gas rumah hijau (GHG) kami.
Bagi memastikan kami terus komited untuk mengekalkan standard kami dalam pengurusan pelepasan gas rumah hijau (GHG), kami terus memperkukuhkan amalan pelaporan kami selaras dengan prinsip, rangka kerja, dan standard yang diiktiraf secara antarabangsa, termasuk cadangan Pasukan Petugas Penyataan Kewangan Libat Iklim(TCFD). Sejak tahun 2022, kami juga melaporkan melalui platform pendedahan CDP.
Laporan bersepadu kami dipandu oleh Kerangka Kerja Majlis Antarabangsa untuk Pelaporan Bersepadu (IIRC) sejak tahun 2020. IR bertujuan untuk menyediakan pandangan secara holistik tentang strategi, tadbir urus, prestasi, dan prospek sebuah organisasi dengan menghubungkanmaklumat kewangan dan bukan kewangan secara ringkas dan konsisten. Setakat Ogos 2022, Yayasan IFRS memegang tanggungjawab terhadap Kerangka Kerja Pelaporan Bersepadu. Untuk maklumat lanjut tentang kerangka ini, sila layari di sini.
Pelaporan Kemampanan kami disediakan dengan mematuhi pernyataan IPIECA sejak tahun 2020. Garis Panduan Pelaporan Kemampanan untuk industri minyak dan gas memberikan hala tuju tentang kandungan laporan industri yang tipikal dengan merangkumi 21 isu kemampanan dan 43 kategori penunjuk. Isu dan penunjuk ini dipilih berdasarkan konsensus industri, bersama-sama dengan pandangan dan cadangan yang signifikan daripada panel pihak berkepentingan bebas yang memiliki kepakaran dalam sektor dan pelaporan kemampanan. Untuk maklumat lanjut, sila layari di sini.
Piawaian GRI mewakili amalan global terbaik untuk melaporkan secara awam tentang pelbagai impak ekonomi, alam sekitar, dan sosial. Pelaporan kemampanan berdasarkan piawaian ini menyediakan maklumat tentang sumbangan positif atau negatif organisasi terhadap pembangunan mampan. Untuk maklumat lanjut, sila layari di sini.
Kami mengamalkan Matriks Kapitalisme Pemegang Saham dalam pelaporan serta usaha kami untuk mendokong gabungan rangka kerja dan prinsip alam sekitar, sosial, dan tadbir urus (ESG) sedia ada, serta menyokong kemajuan penyelesaian yang diterima secara global untuk matriks ESG yang umum. Untuk maklumat lanjut, sila layari di sini.
Badan Kestabilan Kewangan (FSB) telah mewujudkan TCFD untuk mengembangkan cadangan mengenai jenis maklumat yang harus dilaporkan oleh syarikat untuk menyokong pelabur, pemberi pinjaman, dan penilai insurans dalam menilai dan menentukan harga risiko tertentu berkaitan dengan perubahan iklim. Cadangan ini distrukturkan berdasarkan empat bidang berdasarkan tema yang mewakili elemen teras sebagaimana organisasi beroperasi: tadbir urus, strategi, pengurusan risiko, dan metrik serta sasaran. Di PETRONAS, kami sedang menuju ke arah penerimaan penuh TCFD menjelang tahun kewangan 2024. Untuk maklumat lanjut mengenai TCFD, sila layari di sini.
Melaksanakan TCFD
Kami berhasrat untuk memperkukuh ketelusan dalam pelaporan sambil membentuk amalan penzahiran risiko berkaitan iklim negara secara proaktif di Malaysia. Kami mengaplikasikan cadangan rangka kerja yang dikemukakan oleh Pasukan Petugas Pendedahan Kewangan Berkaitan Iklim (TCFD) dalam penilaian risiko iklim. Dengan menyelaraskan penilaian strategik risiko kami dengan TCFD, kami berusaha untuk menguruskan dan memanfaatkan risiko serta peluang berkaitan iklim dengan berkesan selain mempercepat kemajuan menuju hala tuju sifar bersih kami.
Ketahui lebih lanjut sini.
Pentadbiran |
Kami mengakui bahawa perubahan iklim merupakan isu perniagaan yang kritikal, menyumbang kepada pelbagai risiko dan peluang. Kami mengambil tindakan yang lebih tegas untuk meningkatkan kelestarian, terutamanya perbincangan berkaitan iklim pada peringkat Lembaga Pengarah, untuk membentuk hala tuju strategik jangka panjang syarikat. Peranan Lembaga Pengarah dalam perkara berkaitan iklim boleh dirujuk dalam bahagian Kenyataan Kelestarian. |
|
Strategi |
Kami telah menetapkan hala tuju untuk mempercepat dan memajukan tindakan serta komitmen keseluruhan kumpulan. Hala tuju - dengan matlamat jangka pendek, sederhana, dan panjang - akan memimpin kumpulan ke arah merealisasikan Hala Tuju Pelepasan Karbon Sifar Bersih Menjelang 2050 (NZCE 2050). Hala tuju ini bersifat serampang dua mata, mengurangkan operasi gas rumah hijau (GHG) dan meningkatkan peluang pelaburan dan pertumbuhan perniagaan dalam ekonomi karbon rendah. |
|
Risiko & Peluang |
Kami mengaplikasikan pendekatan keseluruhan kumpulan untuk pengurusan risiko melalui penubuhan Dasar Risiko PETRONAS dan disokong oleh Model Daya Tahan PETRONAS, yang mencakupi Rangka Kerja Pengurusan Risiko Perusahaan (ERM) sebagai sebahagian daripadanya. Dasar dan rangka kerja ini memberikan pandangan yang bersepadu dan holistik terhadap strategi keseluruhan ke arah pengurusan risiko yang berkesan. Kami telah menerapkan kategori risiko berkaitan iklim TCFD menjadi dua kategori utama, iaitu risiko peralihan dan risiko fizikal. |
|
Metrik dan Sasaran |
PETRONAS telah mengambil pendekatan pegangan ekuiti untuk mengira inventori dan prestasi pelepasan. Kami telah menyemak semula kaedah penyelarasan pelepasan karbon untuk mematuhi rangka kerja antarabangsa dan panduan khusus sektor untuk memberikan asas yang kukuh bagi Skop 1 dan Skop 2, serta pemahaman yang lebih baik mengenai pelepasan gas rumah hijau Skop 3. Baca lebih lanjut untuk keterangan terperinci mengenai penerapan TCFD kami di www.petronas.com/integrated-report-2022/ |
Projek Pendedahan Karbon (CDP)
Pada tahun 2022, kami telah mengambil bahagian dalam bancian CDP dengan menjawab versi minimum bancian tersebut. Jawapan itu tidak diberi nilai kerana ia bukanlah soal selidik yang lengkap. Pada Julai 2023, kami mengemukakan jawapan kepada versi penuh soal selidik Perubahan Iklim. Penarafan bagi hal ini akan diterbitkan di laman web CDP pada Januari 2024.
Baca selanjutnya sumbangan kami di bawah.
Prinsip Panduan Metana (MGP)
Untuk meningkatkan daya tahan kami dalam peralihan tenaga, kami bekerjasama rapat dengan rakan kongsi, pembekal, dan kontraktor kami di sepanjang bekalan rantaian. Sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk mengurangkan pelepasan metana, kami telah menyertai ahli-ahli industri dan bukan industri lain di bawah inisiatif Prinsip Panduan Metana (MGP) sebagai ahli penandatangan. Prinsip Panduan Metana (MGP) telah dibangunkan secara kolaboratif oleh gabungan industri, institusi antarabangsa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan akademia. Usaha ini merupakan perkongsian sukarela yang melibatkan pelbagai pihak berkepentingan antarabangsa antara organisasi industri dan bukan industri dengan tumpuan pada tindakan sepanjang rantaian nilai gas asli, daripada pengeluaran hingga pengguna akhir.
Sumbangan:
Pada tahun 2020, PETRONAS menjadi ahli penandatangan Prinsip Panduan Metana (MGP). Pada tahun 2022, PETRONAS melaporkan kemajuan kami selaras dengan lima (5) prinsip MGP mengenai pendekatan kami dalam pengurusan metana yang berkesan secara terbuka.
Perkongsian Metana Minyak & Gas 2.0 (OGMP 2.0)
Perkongsian Metana Minyak & Gas (OGMP2.0) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP) merupakan inisiatif khusus industri, rangka kerja yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa untuk pengurusan pelepasan metana yang berkesan. OGMP2.0 menyediakan mekanisme untuk syarikat mengatasi dan melaporkan pelepasan metana secara sistematik.
Sumbangan:
PETRONAS menjadi ahli penandatangan OGMP2.0 pada November 2022. Pelbagai usaha telah diambil untuk meningkatkan secara sistematik pendekatan PETRONAS selaras dengan rangka kerja pengukuran, kuantifikasi, pelaporan pelepasan metana, dan pelaksanaan mekanisme dekarbonisasi kami terutamanya suaran dan pelohongan rutin sifar, serta kecekapan tenaga.
Daftar untuk mendapatkan kemas kini melalui e-mel dan menjadi yang pertama untuk mengetahui perkembangan terkini PETRONAS.
Langgan Sekarang
Maklumat mengenai pelesenan dan pendaftaran untuk vendor yang berpangkalan di Malaysia.
Baca Lebih Lanjut
Ayuh maju bersama-sama, dengan alatan dan rangka minda yang tepat. Apabila diperkasakan, segala-galanya boleh direalisasikan.
Baca Lebih Lanjut