Kami merupakan antara pengeluar bahan kimia bersepadu yang terbesar di Asia Tenggara, dengan kapasiti pengeluaran melebihi 12.8 juta tan setahun dari 11 tapak pengeluaran di seluruh dunia.
PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG)
Melalui anak syarikat bahan kimia kami, PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG), kami mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 12.8 juta tan setahun, menjadikan kami antara pengeluar bahan kimia bersepadu yang terbesar di Asia Tenggara.
Kami menghasilkan dan menjual pelbagai jenis bahan kimia termasuk olefin, polimer, baja, metanol, bahan kimia khas dan produk derivatif yang disesuaikan untuk pelanggan industri dalam pelbagai sektor seperti penjagaan diri, tekstil, automotif, pembinaan, pembungkusan dan farmaseutikal.
Sebagai anggota pengasas Malaysia Plastic Pact, PCG menerajui peralihan kepada Ekonomi Plastik Baharu (NPE) dalam sokongan kepada Pelan Hala Tuju Malaysia Menuju Penggunaan Plastik Sekali Guna Sifar (Malaysia's Roadmap Towards Zero Single-Use Plastics).
Kami telah menjalankan ujian proses untuk menukar sisa plastik menjadi nafta bulat di tapak penapisan di Melaka. Kami juga sedang menjalankan kajian kebolehlaksanaan (feasibility study) untuk menukar polietilena tereftalat tamat tempoh menjadi PET gred makanan kitar semula (recycled food-grade PET).
Kami juga telah membangunkan modul pendidikan untuk sekolah-sekolah Malaysia bagi meningkatkan kesedaran tentang pengeluaran dan penggunaan plastik yang lestari. Malah kami terus mendorong pelaksanaan program CSR tahunan kami "Be Green" berkaitan dengan pemuliharaan alam sekitar dan pengurusan sisa yang betul.
Usaha kelestarian kami secara keseluruhan meraih pengiktirafan Indeks Kelestarian Dow Jones (Dow Jones Sustainability World Indices (DJSI)) pada tahun 2021. Kami berada dalam kategori 10% teratas daripada 2,500 syarikat global terbesar, sekali gus menempatkan PCG sebagai antara 10 syarikat bahan kimia terbaik untuk Indeks Dunia dan 3 terbaik untuk Pasaran Sedang Pesat Membangun. Kami juga mengekalkan penilaian 4 bintang dalam indeks FTSE4Good Bursa Malaysia untuk penzahiran Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) kami.
Ketahui Lebih Lanjut Tentang PETRONAS
Berhubung Dengan Kami
Daftar untuk mendapatkan kemas kini melalui e-mel dan menjadi yang pertama untuk mengetahui perkembangan terkini PETRONAS.