PETRONAS logo with text PETRONAS logo with text

Global

Empowering
Entrepreneurs From Within

  • Halaman Utama
  • PING Program
  • Tentang PING
  • Syarikat Pemula

Dari Pekerja Korporat ke Pengasas

PETRONAS Innovation Garage (PING) adalah sebuah inkubator korporat di PETRONAS yang menyokong usaha keusahawan oleh kakitangan PETRONAS. PING menyediakan ruang yang selamat untuk usahawan PETRONAS yang bercita- cita tinggi untuk menginkubasi, dan melancarkan idea mereka menjadi perniagaan pemula yang boleh berkembang dan berdaya maju, seterusnya mampu mencipta nilai untuk organisasi PETRONAS dan selebihnya.

PING menawarkan laluan keusahawanan dalam lingkup pekerjaan konvensional, dengan memanfaatkan hubungan unik kami dengan syarikat induk (PETRONAS), dengan menyediakan sokongan ekosistem, bantuan pakar di dalam bidang khusus, pembiayaan, peningkatan kemahiran, bimbingan, dan akses kepada kemudahan penyelidikan dan pembangunan   kepada usahawan kami, disertai dengan dasar mesra usahawan yang membolehkan mereka menumpukan sepenuh perhatian kepada perusahaan mereka.

Keunikan PING/ Apa yang unik tentang PING?

Mentor dan Bimbingan

Pembiayaan dan Pelaburan

Sokongan Ekosistem

Advisory

Testing & Prototyping

Networking Opportunities

Kenapa PING?

Polisi
Mesra Usahawan

 

Mencipta peluang kepada pengasas untuk mempunyai hak ekuiti dalam Perusahaan sendiri melalui polisi mesra usahawan yang menyokong pertumbuhan Syarikat pemula.

Sokongan kepada
perkembangan Syarikat Pemula

 

Memudahkan Syarikat pemula untuk berkembang dengan pantas dan bebas dari birokrasi.

Memanfaatkan hubungan dengan Syarikat Induk

 

Menyediakan Latihan dan bimbingan kepada pengasas dan usahawan dan peluang Kerjasama dengan jaringan ekosistem.

YM Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
Pengarah Eksekutif
PETRONAS

PETRONAS Innovation Garage, or PING adalah komitmen PETRONAS untuk menyokong usaha keusahawanan pekerja kami.

Dengan wujudnya PING, kami berharap inisiatif ini dapat membuka jalan baru ke arah inovasi dengan menggunakan kekuatan dan semangat keusahawanan pekerja kami.

Apa Kata Peserta Program Kami?

Kami menginkubasi Syarikat Pemula

PING memberikan sokongan kepada kakitangan berjiwa keusahawanan yang ingin membawa perubahan untuk mencapai tahap yang lebih dinamik. Ini merupakan tempat dimana anda boleh membina usaha niaga sendiri dari dalam.

Ekspidisi PING

PING memberikan sokongan kepada kakitangan berjiwa keusahawanan yang ingin membawa perubahan untuk mencapai tahap yang lebih dinamik. Ini merupakan tempat dimana anda boleh membina usaha niaga sendiri dari dalam.

the ping journey

Di PING, kami percaya dalam merealisasikan semangat keusahawanan dalam kalangan kakitangan kami. Kami menyediakan laluan yang unik dan persekitaran yang jelas bagi menyokong pekerja-pekerja untuk menukar idea inovatif mereka menjadi perniagaan yang berjaya. Proses kami mempunyai tiga fasa, PEMBENTANGAN, ACCELERATE, dan LAUNCH, direka secara khusus untuk menyokong mereka di setiap peringkat.

1

PEMBENTANGAN

Pekerja-pekerja mengemukakan dan membentangkan idea mereka kepada panel professional. Sekiranya pembentangan mereka berjaya, mereka akan dijemput untuk menyertai fasa ACCELERATE sebagai Syarikat Pemula.

2

ACCELERATE

Semasa fasa ACCELERATE, para usahawan akan ditugaskan sepenuhnya di PING selama tempoh 4 bulan untuk mereka memberi tumpuan kepada perkembangan dan validasi usaha niaga mereka. PING menyokong dengan menyediakan pemantapan kemahiran, bimbingan, pembiayaan, rangkaian pihak berkepengtingan, dan sumber untuk membantu mereka membina dan mengembangkan usaha niaga mereka. Pada akhir fasa ACCELERATE, para usahawan akan membuat pembentangan pada ‘Demo Day’ bagi mendapatkan peluang untuk maju ke fasa LAUNCH.

3

LAUNCH

Para usahawan yang berjaya akan ditawarkan untuk melancarkan Syarikat pemula (spin-off) mereka atau Solusi mereka akan dibina dengan lebih lanjut di dalam Syarikat. Jika mereka melancarkan Syarikat pemula mereka, mereka perlu melepaskan jawatan di PETRONAS, dan mereka akan ditawarkan untuk bekerja di PING23 Sdn. Bhd. selama setahun untuk memberi komitmen kepada membangunkan usaha niaga mereka sebagai pengasas. PING akan terus memberi sokongan asas seperti bimbingan dan latihan, kemudahan dan ujian prototaip, sokongan undang-undang untuk perlindungan IP dan penubuhan syarikat, keperluan pengambilan pekerja untuk pengembangan pasukan, pengenalan bersama pelabur dan banyak lagi.

Komitmen kami untuk pekerja yang ingin menjadi usahawan juga melangkau program ini. Kami telah mengimplementasikan polisi HR yang mesra usahawan agar dapat memperkasakan usahawan dan Usaha Niaga mereka untuk fokus terhadap solusi dan menerima hasil bagi usaha mereka.

Sokongan Yang Ditawarkan PING

Bimbingan dan Latihan

Kami membantu para usahawan kami dalam menghadapi cabaran membina perniagaan dan mempercepatkan pemahaman perniagaan mereka melalui bimbingan ‘Entrepreneur-in-Residence’ (EiR), jurulatih, pakar domain, dan mentor kami yang mempunyai pengalaman yang lama dalam bidang keusahawanan dan bidang yang berkaitan.

Pembiayaan dan Pelaburan

Kami menawarkan pembiayaan dan sokongan kepada  para usahawan kami dalam mendapatkan pembiayaan dan pelaburan daripada luar.

Penilaian dan Prototaip

Kami memudahkan perkembangan solusi para usahawan kami dengan menyediakan akses kepada kemudahan penilaian dan prototaip dari dalam dan luar PETRONAS.

Sokongan Ekosistem

Kami menghubungkan Syarikat Pemula usahawan kami dengan sumber dan rangkaian yang bernilai melalui ekosistem perniagaan kami yang luas, menawarkan sokongan menyeluruh dengan menggunakan bantuan pakar-pakar dari dalam dan luar organisasi.

Khidmat Nasihat

Kami memanfaatkan pakar subjek dalaman kami untuk memberikan nasihat dalam hal pengurusan sumber manusia, undang-undang, perolehan, kewangan, pemasaran, penjenamaan dan tadbir urus.

Peluang Rangkaian

Kami menyokong Syarikat Pemula usahawan kami untuk membina hubungan yang berharga dan bertukar pandangan dengan pemimpin perniagaan, pengasas Syarikat Pemula lain, pakar industri perniagaan dan pelanggan yang berpotensi melalui acara-acara rangkaian dan sesi-sesi pengenalan untuk peluang pelaksanaan dan perniagaan.

Ruslan Islahudin

Timbalan Presiden Kanan & Kumpulan Pengurusan Sumber Manusia

PING merupakan sebuah inisiatif untuk memupuk budaya inovasi, kreativiti, dan keusahawanan di dalam PETRONAS.

Dengan menggalakkan pekerja-pekerja berfikiran di luar kotak, berani mengambil risiko, dan mengejar cita-cita keusahawanan mereka, PING memberikan dorongan perubahan budaya kearah inovasi dan keusahawanan, yang boleh memberi impak positif yang meluas di seluruh organisasi, industri dan selanjutnya.

Apa Kata Peserta Program Kami?

 

SEEd.Lab

As part of PETRONAS’ sustainability agenda to create positive social impact to local communities, the Social Enterprise Education Laboratory (SEEd.Lab) initiative was born.

SEEd.Lab, powered by PETRONAS and Tata Consultancy Services (TCS),  is a social enterprise innovation hub dedicated to nurturing sustainable social enterprises by empowering and guiding aspiring entrepreneurs through end-to-end journey of startup. Over a 12 month period, SEEd.lab brings its participants through ideation, incubation and commercialization. This journey has nurtured the growth of 21 impactful social ventures, each providing unique solutions addressing distinct social challenges.

Among these ventures are Teman, a compassionate elderly care companion service; Sejolly, a collaborative digital platform aiding therapists and parents of children with autism through home reinforcement video modules; and SAPOT, a peer-support system offering mental health services to young adults. Additionally, there’s ENOKU, dedicated to exploring employment opportunities for People With Disabilities (PWD), and Niagable, empowering street vendors with crucial financial literacy.​

These ventures have already touched the lives of over 39,000 individuals, driving profound positive social impact. ​

0Visit SEEd.Lab

Perkenalkan Syarikat Pemula Kami

Pasukan Syarikat Pemula kami yang berdedikasi telah mengubah idea inovatif mereka menjadi penyelesaian yang nyata dan boleh dilaksanakan, menunjukkan semangat keusahawanan dan kepakaran teknikal mereka. Usaha niaga mereka kini bersedia untuk berkembang lebih jauh dan memberikan impak yang besar.

Tigasfera

Penyelesaian pengurusan sisa kepada tenaga yang terdesentralisasi dan pengurangan karbon untuk menukar bahan kepada produk sampingan berharga dan kredit karbon.

Temui Tigasfera

Rosary Labs

Formerly V-Cred

Eksplorasi ilmu dan solusi AI untuk meningkatkan kebolehan penilaian dalam bidang undang-undang dan kejuruteraan.

Temui Rosary Labs

JAZRO

Pendidikan robotik dan roboterapi untuk kanak-kanak bagi mengembangkan kemahiran pengkodan, robotik, dan sosial.

Temui JAZRO

FarmDirect

Sebuah hab pertanian sehenti yang menawarkan penyelesaian pertanian yang disesuaikan untuk meningkatkan produktiviti bagi petani dan pemilik tanah.

Temui FarmDirect

AIngineer

Seperti pembantu maya untuk jurutera, yang mengintegrasikan AI generatif.

Temui AIngineer

Scout360

SCOUT360 ialah platform ESG yang direka untuk membantu perniagaan mengumpul, mengesah, dan melaporkan data ESG dengan penuh keyakinan agar mereka sentiasa bersedia untuk pengauditan.

Meet AIngineer

Neurons

Neurons merupakan platform bagi membina penyelesaian neurodiversiti di tempat kerja sekitar Asia Tenggara. Mereka melengkapi para pemimpin dengan alat pemprofilan dan kerangka komunikasi yang mampu mempertingkatkan prestasi, pengekalan pekerja, serta keterangkuman.

Meet AIngineer

Lesto

Lesto membantu organisasi menilai semula kelestarian secara praktikal. Matlamatnya adalah untuk mengurangkan sisa buangan, menyingkap nilai tersembunyi, serta membantu syarikat membina sistem kitaran yang lebih bijak demi masa depan.

Meet AIngineer

Brightr

Brightr membantu pasukan tenaga dan pengilangan menukar data visual menjadi lebih pintar dan automatik. Sebaliknya, ia meningkatkan operasi, keselamatan, dan memastikan aset berfungsi.

Meet AIngineer

Left footer graphic with PETRONAS Dots Right footer graphic with PETRONAS Dots