Global

Perihal Kami

Kumpulan Tenaga
Global Dinamik

Kami merupakan kumpulan tenaga global dinamik dengan kehadiran di lebih 100 negara. Kami menghasilkan dan menyediakan tenaga serta penyelesaian yang memperkasakan kemajuan masyarakat dengan cara yang bertanggungjawab dan lestari.

Perihal PETRONAS


Kami meneroka potensi tenaga di seluruh dunia, dengan mengoptimumkan nilai melalui model perniagaan yang bersepadu. Portfolio kami merangkumi sumber konvensional dan boleh baharu yang lebih bersih serta pelbagai produk canggih dan penyelesaian adaptif.

Kelestarian merupakan tunjang kepada usaha kami, dengan memanfaatkan kuasa daripada tenaga untuk mempertingkatkan dan memakmurkan kehidupan. Warga kerja merupakan kekuatan dan rakan kongsi pertumbuhan kami, mendorong kesungguhan terhadap inovasi untuk memajukan masa depan kelestarian tenaga.
 

  • Untuk maklumat lanjut tentang kami, sila layari atau muat turun:

    Laporan Bersepadu

    Ketahui Lagi

  • Untuk maklumat lanjut tentang kami, sila layari atau muat turun:

    Kumpulan Syarikat

    Ketahui Lagi

    Pernyataan Kami

    Kenyataan ini mentakrifkan PETRONAS sebagai sebuah organisasi, membimbing aktiviti korporat dan dasar syarikat, menetapkan haluan kami pada masa depan.

     

    Pernyataan Tujuan

    Rakan kongsi tenaga dan penyelesaian progresif yang mempertingkatkan kehidupan demi masa depan yang mampan.

     

    Nilai Bersama

    Nilai-nilai kami diterapkan dalam budaya kami sebagai tulang belakang setiap amalan perniagaan kami, sekali gus mencerminkan tugas dan tanggungjawab kami dalam menjunjung komitmen kami ke arah memberikan sumbangan kepada kesejahteraan masyarakat dan negara walau di mana sahaja kami beroperasi.

    Kesetiaan

    Setia kepada syarikat

    Integriti

    Jujur dan tulus

    Profesionalisme

    Berusaha ke arah kecemerlangan

    Keeratan

    Bersatu, saling mempercayai dan menghormati antara satu sama lain.


    Ketahui Lebih Lanjut Tentang PETRONAS

     

    • Pelesenan dan Perolehan di Malaysia

      Maklumat mengenai pelesenan dan pendaftaran untuk vendor yang berpangkalan di Malaysia.

      Baca Lebih Lanjut

    • Peluang Kerjaya

      Ayuh maju bersama-sama, dengan alatan dan rangka minda yang tepat. Apabila diperkasakan, segala-galanya boleh direalisasikan.

      Baca Lebih Lanjut

    • Berhubung Dengan Kami

      Daftar untuk mendapatkan kemas kini melalui e-mel dan menjadi yang pertama untuk mengetahui perkembangan terkini PETRONAS.

      Langgan Sekarang