PETRONAS logo with text PETRONAS logo with text

Global

Bekerjasama dengan Kami

Pusat Sehenti Rakan HSSE

Di PETRONAS, matlamat kami adalah untuk mencapai prestasi Kesihatan, Keselamatan, Kawalan dan Persekitaran (HSSE) yang lestari selain memastikan semua pekerja dapat pulang ke rumah dengan selamat setiap hari. Matlamat ini merupakan komitmen kepada kakitangan kami serta kepada semua rakan kongsi dan pembekal perkhidmatan merentas operasi kami di seluruh dunia.


Sehubungan dengan itu, kami telah mewujudkan Pusat Sehenti Rakan HSSE ini khusus untuk rakan kongsi kami. Melalui portal berpusat ini, rakan kongsi kami akan mempunyai akses kepada sumber penting HSSE, alat dan bahan bacaan, pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Siapakah yang boleh mengakses portal ini?

Portal ini boleh diakses oleh rakan kongsi dan pembekal perkhidmatan yang berdaftar dengan PETRONAS serta mempunyai ID PETRONAS.


Siapakah yang boleh saya hubungi untuk mendapatkan akses kepada portal ini? 

Untuk mengakses portal ini, anda perlu memperoleh ID PETRONAS. Jika anda merupakan ahli organisasi yang berdaftar dengan PETRONAS tetapi tidak mempunyai ID PETRONAS, sila hubungi pegawai HR dalam organisasi anda.

 

Jika anda sudah mempunyai ID PETRONAS tetapi masih tidak dapat mengakses, sila hubungi kami melalui e-mel di hssepartners@petronas.com untuk mendapatkan bantuan.


Anda boleh mengakses portal di https://hssepartners.petronas.com atau klik butang di bawah:

 

HSSE Portal button.png


Ketahui Lebih Lanjut Tentang PETRONAS

 

  • Berhubung Dengan Kami

    Daftar untuk mendapatkan kemas kini melalui e-mel dan menjadi yang pertama untuk mengetahui perkembangan terkini PETRONAS.

    Langgan Sekarang

  • Peluang Kerjaya

    Ayuh maju bersama-sama, dengan alatan dan rangka minda yang tepat. Apabila diperkasakan, segala-galanya boleh direalisasikan.

    Baca Lebih Lanjut

  • Pelesenan dan Perolehan di Malaysia

    Maklumat mengenai pelesenan dan pendaftaran untuk vendor yang berpangkalan di Malaysia.

    Baca Lebih Lanjut

Left footer graphic with PETRONAS Dots Right footer graphic with PETRONAS Dots