PETRONAS logo with text PETRONAS logo with text

Global

Kelestarian

Menuju Sifar Bersih

Hala Tuju Pelepasan Karbon Sifar Bersih PETRONAS - Perjalanan Kami

Menghadapi era peralihan tenaga yang pesat, PETRONAS mengumumkan Hala Tuju Pelepasan Bersih Sifar Karbon, yang direka khusus untuk mempercepat usahanya dan menetapkan butiran tentang bagaimana organisasi ini akan mengambil tindakan yang lebih berwibawa untuk memenuhi komitmennya dalam mencapai pelepasan bersih sifar karbon menjelang 2050. Hala tuju ini akan menangani pelepasan daripada operasi kami dan merangkumi matlamat pertumbuhan untuk penyelesaian tenaga yang lebih bersih. Pencapaian sasaran ini bergantung pada konteks perniagaan, dasar-dasar negara, rangka kerja antarabangsa, dan konsensus saintifik mengenai perubahan iklim yang menyokong Perjanjian Paris.

president-carbon-net

 

"Bagi PETRONAS, kami berhasrat untuk mengambil peluang dan menyediakan dunia dengan tenaga yang diperlukan hari ini dengan memberikan pertimbangan terhadap matlamat iklim Perjanjian Paris. Keutamaan PETRONAS adalah untuk bergerak seiring dengan kemajuan masyarakat yang memperoleh perkhidmatan kami."

YM Tan Sri Tengku Muhammad Taufik
Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, PETRONAS

Sasaran Kami

short-term-nzce

long-term-nzce

 

long-term-nzce

 

Mengurangkan Pelepasan Gas Rumah Hijau Operasi Kami

Pembakaran dan Pelepasan Rutin Sifar

Melaksanakan projek pemulihan gas pembakaran, peningkatan dalam kapasiti pemampat, penukaran pelepasan kepada pembakaran dan projek pemulihan pelepasan. Bagi mencapai matlamat ini, kami menyokong Inisiatif Pelepasan Rutin Sifar oleh Bank Dunia menjelang tahun 2030. PETRONAS berazam untuk mengelakkan pembakaran rutin dalam pembangunan medan minyak baharu dan menghentikan pembakaran rutin di tapak pengeluaran minyak sedia ada menjelang tahun 2030.

Elektrifikasi

Melabur dan membangunkan infrastruktur tenaga boleh baharu untuk memperkasakan operasi dan proses PETRONAS, yang merangkumi antara lain penggantian gas bahan api dengan elektrik yang bersesuaian.

Kecekapan Tenaga

Meneruskan kecemerlangan operasi sedia ada dengan teknologi dan inovasi, seperti pelaksanaan penyelesaian digital dan kemajuan peralatan proses, untuk meningkatkan inisiatif pengoptimuman proses seperti mengoptimumkan operasi turbin gas, pengaliran haba yang lebih cemerlang, kecekapan tungku, dan relau, dan lain-lain.

Penangkapan dan Penyimpanan Karbon (CCS)

Membangunkan penyelesaian penangkapan dan penyimpanan karbon dengan kerjasama penyedia teknologi, dengan memberikan tumpuan pada usaha menangkap karbon dioksida dan menyuntikkannya ke dalam formasi geologi lapisan bumi yang dalam untuk penyimpanan selamat dan kekal. Dengan teknologi dan inovasi yang digunakan, perkongsian bersama ini akan mendorong usaha PETRONAS menuju aspirasi Pelepasan Karbon Sifar Bersih menjelang 2050.

Hala Tuju PETRONAS untuk Pelepasan Karbon Sifar Bersih Menjelang 2050

Baca Selanjutnya untuk Maklumat Lebih Lanjut

PETRONAS

Hala Tuju PETRONAS untuk Pelepasan Karbon Sifar Bersih Menjelang 2050

PETRONAS

Hala Tuju PETRONAS untuk Pelepasan Karbon Sifar Bersih Menjelang 2050

Pendekatan terhadap Risiko dan Peluang Berkaitan Iklim

Sains iklim memainkan peranan yang penting dalam memacu peralihan kepada sumber tenaga boleh baharu dan teknologi rendah karbon. Dengan kesedaran terhadap keperluan untuk mengurangkan perubahan iklim yang kian meningkat, terdapat permintaan yang semakin meningkat untuk tenaga lebih bersih dan lestari. Perubahan ini mencipta risiko dan peluang untuk PETRONAS.

PETRONAS komited terhadap peranannya sebagai penjaga sumber hidrokarbon Malaysia dan memenuhi permintaan tenaga pelanggan, sambil menyumbang kepada hasrat iklim Perjanjian Paris. Hala Tuju PETRONAS untuk Pelepasan Karbon Sifar Bersih Menjelang 2050 yang dilancarkan pada November 2022, menggariskan tindakan yang diperlukan untuk mencapai cita-cita pelepasan sifar bersih kami. Pembangunan hala tuju ini dibuat berdasarkan konteks perniagaan kami, dasar-dasar negara, rangka kerja antarabangsa, dan konsensus saintifik mengenai perubahan iklim.

Melaksanakan TCFD

Kami berhasrat untuk memperkukuh ketelusan dalam pelaporan sambil membentuk amalan penzahiran risiko berkaitan iklim negara secara proaktif di Malaysia. Kami mengaplikasikan cadangan rangka kerja yang dikemukakan oleh Pasukan Petugas Pendedahan Kewangan Berkaitan Iklim (TCFD) dalam penilaian risiko iklim. Dengan menyelaraskan penilaian strategik risiko kami dengan TCFD, kami berusaha untuk menguruskan dan memanfaatkan risiko serta peluang berkaitan iklim dengan berkesan selain mempercepat kemajuan menuju hala tuju sifar bersih kami.

Pentadbiran

Kami mengakui bahawa perubahan iklim merupakan isu perniagaan yang kritikal, menyumbang kepada pelbagai risiko dan peluang. Kami mengambil tindakan yang lebih tegas untuk meningkatkan kelestarian, terutamanya perbincangan berkaitan iklim pada peringkat Lembaga Pengarah, untuk membentuk hala tuju strategik jangka panjang syarikat. Peranan Lembaga Pengarah dalam perkara berkaitan iklim boleh dirujuk dalam bahagian Kenyataan Kelestarian.

Strategi

Kami telah menetapkan hala tuju untuk mempercepat dan memajukan tindakan serta komitmen keseluruhan kumpulan. Hala tuju - dengan matlamat jangka pendek, sederhana, dan panjang - akan memimpin kumpulan ke arah merealisasikan Hala Tuju Pelepasan Karbon Sifar Bersih Menjelang 2050 (NZCE 2050). Hala tuju ini bersifat serampang dua mata, mengurangkan operasi gas rumah hijau (GHG) dan meningkatkan peluang pelaburan dan pertumbuhan perniagaan dalam ekonomi karbon rendah.

Risiko & Peluang

Kami mengaplikasikan pendekatan keseluruhan kumpulan untuk pengurusan risiko melalui penubuhan Dasar Risiko PETRONAS dan disokong oleh Model Daya Tahan PETRONAS, yang mencakupi Rangka Kerja Pengurusan Risiko Perusahaan (ERM) sebagai sebahagian daripadanya. Dasar dan rangka kerja ini memberikan pandangan yang bersepadu dan holistik terhadap strategi keseluruhan ke arah pengurusan risiko yang berkesan. Kami telah menerapkan kategori risiko berkaitan iklim TCFD menjadi dua kategori utama, iaitu risiko peralihan dan risiko fizikal.

Metrik dan Sasaran

PETRONAS telah mengambil pendekatan pegangan ekuiti untuk mengira inventori dan prestasi pelepasan. Kami telah menyemak semula kaedah penyelarasan pelepasan karbon untuk mematuhi rangka kerja antarabangsa dan panduan khusus sektor untuk memberikan asas yang kukuh bagi Skop 1 dan Skop 2, serta pemahaman yang lebih baik mengenai pelepasan gas rumah hijau Skop 3.

Baca lebih lanjut untuk keterangan terperinci mengenai penerapan TCFD kami di www.petronas.com/integrated-report-2022/

 

 


Ketahui Lebih Lanjut Tentang PETRONAS

 

  • Berhubung Dengan Kami

    Daftar untuk mendapatkan kemas kini melalui e-mel dan menjadi yang pertama untuk mengetahui perkembangan terkini PETRONAS.

    Langgan Sekarang

  • Peluang Kerjaya

    Ayuh maju bersama-sama, dengan alatan dan rangka minda yang tepat. Apabila diperkasakan, segala-galanya boleh direalisasikan.

    Baca Lebih Lanjut

  • Pelesenan dan Perolehan di Malaysia

    Maklumat mengenai pelesenan dan pendaftaran untuk vendor yang berpangkalan di Malaysia.

    Baca Lebih Lanjut

Left footer graphic with PETRONAS Dots Right footer graphic with PETRONAS Dots