PETRONAS logo with text PETRONAS logo with text

Global

PETRONAS Catat Keuntungan Lebih Rendah Berikutan Cabaran Pasaran, Memperkukuh Daya Tahan bagi Menjana Nilai Jangka Panjang

2026 Media Release - 27 Feb

Sorotan Utama Prestasi Kewangan (RM Bil)

Berbanding 31 Disember 2024

KUALA LUMPUR, 27 Februari 2026 – Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025, PETRONAS merekodkan penyusutan hasil kepada RM266.1 bilion, terutamanya disebabkan oleh purata harga direalisasikan yang lebih rendah, jumlah jualan yang menurun, kesan pertukaran asing, serta pelupusan Engen Group.

Dalam mendepani persekitaran makroekonomi yang semakin mencabar, PETRONAS kekal komited untuk memperkukuh daya tahan organisasi serta memacu penciptaan nilai melalui pertumbuhan yang berdisiplin dan mampan.

FY2025 (Analisis berbanding FY2024)

  • Hasil berjumlah sebanyak RM266.1 bilion, penurunan 17 peratus berbanding tahun sebelumnya.
  • Keuntungan Selepas Cukai (PAT) menurun 18 peratus menjadi kepada RM45.4 bilion selaras dengan penurunan hasil, sebahagiannya diimbangi oleh perbelanjaan cukai yang lebih rendah.
  • Kumpulan mencatatkan Pendapatan Sebelum Faedah, Cukai, Susut Nilai dan Pelunasan (EBITDA) yang lebih rendah sebanyak RM103.0 bilion, 10 peratus lebih rendah daripada tahun sebelumnya, sejajar dengan penyusutan keuntungan.
  • Aliran Tunai daripada Aktiviti Operasi (CFFO) dicatatkan berjumlah RM85.2 bilion, selaras dengan EBITDA yang lebih rendah.
  • Pelaburan Modal (CAPEX) berjumlah RM41.6 bilion, terutamanya bagi aktiviti pembangunan dan pengeluaran Huluan. Peruntukan modal mengutamakan projek bernilai tinggi dan strategik, dengan fokus kepada pengewangan awal serta pengoptimuman portfolio secara berterusan.
  • Jumlah aset diperkukuh kepada RM775.0 bilion.
  • Ekuiti pemegang saham menyusut kepada RM448.3 bilion, terutamanya disebabkan oleh dividen yang diumumkan kepada pemegang saham dan kesan pertukaran asing, sebahagiannya diimbangi oleh keuntungan sepanjang tempoh tersebut.

Separuh Tahun Kedua FY2025 (Analisis berbanding Separuh Tahun Kedua FY2024)

  • Hasil merosot kepada RM133.6 bilion, sejajar dengan purata harga direalisasikan yang lebih rendah terutamanya daripada gas asli cecair (LNG), minyak mentah dan kondensat, serta produk petroleum, selain dipengaruhi oleh kesan pertukaran asing.
  • PAT declined by 15 per cent to RM19.2 billion, in line with lower revenue and net impairment losses on assets.
  • PAT menurun sebanyak 15 peratus kepada RM19.2 bilion, selaras dengan penurunan hasil dan kerugian bersih susut nilai aset.
  • EBITDA menurun sebanyak 3 peratus kepada RM48.6 bilion, sejajar dengan penurunan keuntungan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik berkata:

“Prestasi berdaya tahan PETRONAS bagi tahun 2025 dicapai dalam suasana ketidaktentuan yang berpanjangan di tengah-tengah persekitaran operasi yang kekal mencabar. Prestasi kewangan ini mencerminkan komitmen Kumpulan terhadap pengurusan kewangan yang berhemat serta pelaksanaan pertumbuhan yang berdisiplin.

Mendepani tahun dengan ketidaktentuan pasaran dan peningkatan kos, PETRONAS menumpukan usaha untuk memperkukuh ketahanan portfolio melalui kerjasama strategik, pengoptimuman kualiti portfolio serta inisiatif lain yang menjana nilai tambah. Segala usaha ini dilaksanakan bagi memastikan institusi ini kekal berada pada kedudukan strategik untuk terus menjana nilai kepada para pemegang saham dan pihak berkepentingan dalam jangka panjang.

Melangkah ke hadapan, cabaran geopolitik dalam industri dijangka berterusan. Bagi menghadapi perkembangan ini, PETRONAS akan mempergiatkan langkah-langkah untuk memperkukuh portfolio dan kedudukan kewangan, sekali gus membuka laluan untuk terus membekalkan tenaga dan penyelesaian secara selamat, dipercayai dan bertanggungjawab kepada pelanggan kami.”

Tinjauan

Peningkatan ketidaktentuan pasaran, ketegangan geopolitik yang berterusan, dan landskap kawal selia yang berkembang membentuk persekitaran operasi pada 2025, memberikan tekanan ke atas harga Brent kepada paras di bawah USD70/bbl, manakala cabaran rantaian bekalan terus memberi kesan kepada margin keuntungan. Dalam konteks ini, PETRONAS memanfaatkan kekuatan rantaian nilai bersepadunya untuk menjana dan mengekalkan nilai melalui peruntukan modal yang berdisiplin, kecemerlangan operasi dan komersial, pengoptimuman kos secara berstruktur, serta peningkatan mutu portfolio secara aktif.

PETRONAS terus mempercepat transformasi strategiknya dengan memacu hidrokarbon yang berdaya saing dengan kos dan pelepasan yang lebih rendah, sambil memperkukuh model perniagaan dan kerjasama yang pelbagai. Langkah ini termasuklah memulakan usaha sama pertamanya dengan ENI di bawah model perniagaan satelit, membuka nilai dan menyokong pertumbuhan jangka panjang.

Kumpulan juga terus mempelbagaikan portfolio LNG dengan memperoleh bekalan LNG jangka panjang tambahan dan berjaya menghantar kargo LNG dari fasiliti LNG Canada yang baharu memulakan operasi, mengukuhkan kedudukannya sebagai rakan LNG global yang boleh dipercayai dan diyakini. Melangkah ke tahun 2026, PETRONAS kekal fokus kepada pengembangan pelaburan tenaga yang menjana nilai dan penyelesaian rendah karbon untuk memacu agenda peralihan tenaga. Kumpulan komited untuk memenuhi keperluan tenaga pelanggannya, sambil kekal berpegang teguh kepada aspirasi pelepasan karbon sifar bersih.

Kemajuan menerusi inisiatif penangkapan dan penyimpanan karbon, bersama pertumbuhan dalam kimia khusus, penapisan bio, dan penyelesaian tenaga lebih bersih, menyokong kekuatan kewangan jangka panjang serta penciptaan nilai mampan.

Left footer graphic with PETRONAS Dots Right footer graphic with PETRONAS Dots