PETRONAS logo with text PETRONAS logo with text

Global

Inovasi

Memanfaatkan Penyelesaian Inovatif

PETRONAS memanfaatkan inovasi untuk mencipta dan meraih nilai dalam seluruh perniagaannya. Inovasi memperkukuh operasi teras, membuka peluang pertumbuhan baharu dan menyokong aspirasi Pelepasan Karbon Sifar Bersih (NZCE), sekali gus memberikan impak pada masa kini serta memperkukuh daya tahan organisasi untuk masa hadapan.

Pengenalan

Inovasi merupakan pemacu utama PETRONAS dalam memperkukuh prestasi semasa sambil membangunkan keupayaan yang diperlukan untuk masa hadapan.

Menerusi teknologi maju, cara kerja baharu dan kerjasama strategik, PETRONAS menterjemahkan idea kepada penyelesaian yang mempercepat transformasi, memperkukuh daya tahan dan menjana pertumbuhan yang mampan.

Seiring dengan landskap tenaga yang terus berubah, PETRONAS terus komited untuk berinovasi bagi mencipta nilai jangka panjang untuk perniagaan, pelanggan dan komuniti.

 

Mencipta dan Meraih Nilai Baharu

Inovasi PETRONAS merangkumi tiga bidang teras yang selaras dengan bidang perniagaannya::

Memperkukuh Prestasi Perniagaan Teras
Memperkukuh Prestasi Perniagaan Teras

Memperkukuh rantaian nilai bersepadu bagi minyak dan gas untuk memenuhi permintaan tenaga yang semakin meningkat sambil mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG).

Pertumbuhan Perniagaan Baharu
Pertumbuhan Perniagaan Baharu

Merebut peluang pertumbuhan baharu dalam sektor yang sedang pesat berkembang seperti Bahan Kimia Khusus (Specialty Chemicals), Rantaian Nilai Berasaskan Bio, Penangkapan dan Penyimpanan Karbon (CCS), Tenaga Boleh Diperbaharui, Hidrogen dan Mobiliti Hijau.

Merealisasikan Aspirasi Pelepasan Karbon Sifar Bersih.
Merealisasikan Aspirasi Pelepasan Karbon Sifar Bersih.

Memacu kecemerlangan operasi dan inovasi untuk mencapai aspirasi PETRONAS ke arah Pelepasan Karbon Sifar Bersih (NZCE) menjelang tahun 2050

PETRONAS memanfaatkan inovasi melalui spektrum penyelesaian yang luas, termasuk platform digital, automasi dan pembangunan penyelesaian dipacu kecerdasan buatan (AI) untuk meningkatkan produktiviti serta kecekapan untuk memberi penyelesaian bagi memperkukuh prestasi operasi; serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi untuk mengukuhkan perniagaan teras dan menghasilkan tawaran baharu..

Memacu Penyelesaian Inovasi Secara Kolaboratif

Inovasi di PETRONAS ialah tanggungjawab bersama. Setiap unit perniagaan berperanan memacu inovasi dalam bidang masing-masing. Usaha ini disokong oleh pasukan dan program inovasi, termasuk program penyelidikan dan pembangunan (R&D), inkubator dalaman dan pembangun usaha niaga (venture builders), dengan pemantauan di peringkat Kumpulan bagi memastikan hasil yang boleh diukur serta keselarasan dengan keutamaan perniagaan.

Bagi mempercepat inovasi dan menjana nilai, PETRONAS menggunakan pelbagai pendekatan, termasuk membangunkan penyelesaian secara dalaman, memperoleh teknologi yang telah terbukti keberkesanannya daripada penyedia luar, serta bekerjasama dengan syarikat perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE), syarikat pemula, pemain industri, institusi akademik dan rakan lain untuk membangunkan penyelesaian bersama.

Menerusi pendekatan ini, PETRONAS mampu menangani cabaran operasi, merealisasikan nilai dengan lebih pantas dan pada skala yang lebih besar, meningkatkan produktiviti dan kecekapan, mempercepat penyahkarbonan serta membuka peluang pertumbuhan baharu.

Menghasilkan Impak melalui Inovasi

Kerjasama dengan rakan industri merupakan elemen penting dalam ekosistem inovasi PETRONAS. Pelbagai platform menyokong kerjasama ini, termasuk FutureTech, program pemecut syarikat pemula yang memfokuskan teknologi disruptif; PETRONAS Innovation Garage (PING), program inovasi yang membangunkan bakat keusahawanan serta menyokong pengesahan dan pembangunan peluang perniagaan baharu melalui proses inkubasi; program R&D dalaman serta kerjasama R&D untuk membangunkan teknologi dan penyelesaian baharu secara bersama; Innovation Gateway @ PETRONAS (iG@P), pasaran teknologi yang menghubungkan penyedia OGSE dengan keperluan PETRONAS; SEEd.Lab, inkubator perusahaan sosial yang membangunkan usaha niaga bagi menangani cabaran sosial dan kelestarian; serta Standardised Work and Equipment Categories (SWEC), sistem pendaftaran vendor yang memastikan kualiti dan pematuhan.

Komitmen PETRONAS terhadap inovasi terserlah melalui pelbagai inisiatif yang memberikan impak nyata.

Pada masa hadapan, inovasi akan terus membentuk keutamaan PETRONAS. Dengan memupuk budaya kreativiti, memanfaatkan teknologi baharu dan memperkukuh kerjasama strategik, PETRONAS berada pada kedudukan yang kukuh untuk mengharungi cabaran peralihan tenaga, memacu pertumbuhan mampan serta mencipta nilai jangka panjang untuk semua pihak berkepentingan.
 

Anugerah dan Pengiktirafan

Anugerah Global Innovation Management Institute (GIMI)

Global Innovation Management Institute (GIMI) ialah organisasi yang diiktiraf di peringkat global dan menggalakkan kecemerlangan inovasi menerusi pensijilan, pembangunan keupayaan dan amalan terbaik industri. Anugerah Inovasi GIMI yang diadakan setiap tahun mengiktiraf organisasi dan inisiatif yang menunjukkan kecemerlangan dalam inovasi, menghasilkan impak yang bermakna serta mencipta nilai dalam sektor awam, swasta dan sosial.

Rangka Kerja Ekosistem Inovasi PETRONAS

PETRONAS menerima Anugerah Rangka Kerja Inovasi Terbaik (Anugerah Perak) daripada Global Innovation Management Institute (GIMI) bagi Rangka Kerja Ekosistem Inovasi PETRONAS, yang menyelaraskan inisiatif inovasi dengan keutamaan perniagaan melalui pengurusan portfolio berstruktur serta pelaksanaan berdisiplin.

Rangka kerja ini turut membangunkan keupayaan organisasi yang diperlukan untuk menerapkan inovasi dalam amalan kerja, sekali gus menyokong transformasi jangka panjang dan aspirasi strategik PETRONAS.

Tonton Video Pembentangan

 

Social Enterprise Education Lab (SEEd.Lab)

SEEd.Lab menerima Anugerah Perak bagi Projek Paling Inovatif – Sektor Sosial (Most Innovative Project – Social Sector, Silver Award) daripada Global Innovation Management Institute (GIMI), sebagai pengiktirafan terhadap peranannya sebagai program inkubator perusahaan sosial menyeluruh yang pertama di Malaysia.

Inisiatif ini mengaplikasikan pendekatan inovasi korporat berstruktur yang disesuaikan untuk sektor sosial bagi menyokong bakal penggerak perubahan dalam menangani cabaran sosial yang mendesak.

Dilaksanakan melalui kerjasama strategik antara PETRONAS dan Tata Consultancy Services (TCS), SEEd.Lab telah membantu penubuhan 14 perusahaan sosial yang mampan serta memberikan impak positif kepada lebih 28,000 individu dalam pelbagai komuniti.
 

Tonton Video Pembentangan

Lihat Sorotan Pemenang GIMI:
Pemenang 2025 – Global Innovation Management Institute (GIMI)

 

Anugerah ATD Excellence in Practice 2025 bagi Innovation Engine

PETRONAS turut menerima Anugerah ATD Excellence in Practice 2025 daripada Association for Talent Development (ATD) dalam kategori Integrated Talent Management bagi projek Innovation Engine. Pencapaian ini mencerminkan komitmen PETRONAS untuk memupuk budaya inovasi, mengutamakan pelanggan, menggalakkan eksperimen dan kerjasama, serta memberi penekanan kepada pembangunan insan seiring dengan pencapaian hasil.

Untuk maklumat lanjut tentang anugerah dan pengiktirafan inovasi PETRONAS, sila layari Anugerah | PETRONAS Global.

Left footer graphic with PETRONAS Dots Right footer graphic with PETRONAS Dots