PETRONAS logo with text PETRONAS logo with text

Global

Cerita Jenama Kami

Terokai cerita jenama PETRONAS daripada permulaan yang sederhana hingga kami berdiri sekarang berikutan PETRONAS bersemangat dalam membina masa depan yang mampan, menghasilkan kemajuan kepada negara, komuniti, dan organisasi kami.


Logo Kami

Logo PETRONAS adalah dinamik dan menunjukkan keupayaan serta kepakaran organisasi.

Lingkaran padat menggambarkan potensi terpendam dalam setiap individu, komuniti, dan persekitaran. Segi tiga menunjukkan hala tuju yang teguh, serta mewakili hubungan antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan PETRONAS.

Dicipta dengan satu garisan yang berterusan, logo ini mencerminkan semangat kami yang tidak pernah luntur dalam mencari penyelesaian yang inovatif dan menghasilkan kemajuan. Keanggunan logo kami memberikan kesan yang mudah didekati, mencerminkan organisasi berpusatkan manusia yang memberikan inspirasi dan memupuk bakat serta menyumbang kepada masyarakat melalui tindakan dan penjagaan yang bertanggungjawab.


PETRONAS Dots

Grafik lingkaran kami, juga dikenali sebagai "PETRONAS Dots", dicipta dengan pendekatan digital pertama. PETRONAS Dots sentiasa berkembang seiring dengan cara tenaga mengalir. Mereka mengambil bentuk yang tidak terhingga dari asas yang mudah dan tepat.

PETRONAS mengiktiraf bahawa tenaga wujud dalam pelbagai bentuk, daripada molekul karbon bumi, elektron matahari, hinggalah potensi terpendam yang terdapat dalam setiap individu. Hal itulah yang diwakili oleh setiap lingkaran. Ia memberikan penghormatan kepada identiti teras kami, sementara struktur yang tepat menunjukkan kepakaran dan keupayaan teknologi kami.

Lingkaran ibarat gelombang berpusat dalam setiap tindakan yang kami lakukan, dan PETRONAS mengaktifkan potensi setiap lingkaran dan menetapkannya pada arah yang betul.

Setiap kali ini berlaku, kita mencipta kemajuan bersama-sama.


Ketahui Lebih Lanjut Tentang PETRONAS

 

  • Berhubung Dengan Kami

    Daftar untuk mendapatkan kemas kini melalui e-mel dan menjadi yang pertama untuk mengetahui perkembangan terkini PETRONAS.

    Langgan Sekarang

  • Peluang Kerjaya

    Ayuh maju bersama-sama, dengan alatan dan rangka minda yang tepat. Apabila diperkasakan, segala-galanya boleh direalisasikan.

    Baca Lebih Lanjut

  • Pelesenan dan Perolehan di Malaysia

    Maklumat mengenai pelesenan dan pendaftaran untuk vendor yang berpangkalan di Malaysia.

    Baca Lebih Lanjut

Left footer graphic with PETRONAS Dots Right footer graphic with PETRONAS Dots