PETRONAS logo with text PETRONAS logo with text

Global

Kelestarian

Tadbir Urus Bertanggungjawab

PETRONAS menetapkan matlamat untuk melindungi komitmen organisasi dengan mendukung mekanisme tadbir urus yang kukuh dan amalan perniagaan beretika.

Integriti Mengawal Operasi Kami

Panduan Tatalaku & Etika Perniagaan (CoBE) menegaskan komitmen kami untuk mendukung pembangunan lestari bagi memenuhi keperluan tenaga dunia yang semakin meningkat melalui usaha dalam ekonomi, alam sekitar, dan kebertanggungjawaban sosial, yang disokong oleh rangka kerja tadbir urus bertanggungjawab. CoBE mengawal bagaimana kami menjalankan perniagaan dan operasi kami. Memandangkan integriti adalah sangat penting, pekerja PETRONAS diharapkan untuk menjalankan tugas dengan ikhlas dan memastikan kesetiaan, kecekapan, dan integriti pada setiap waktu. Dasar kami menangani pelbagai risiko pematuhan dan etika yang berpotensi seperti pemberian maklumat, sogokan, rasuah, hadiah dan hiburan, serta pengubahan wang haram.

Tanggungjawab Nadi Operasi Kami

Di mana sahaja kami beroperasi, kami menguruskan pelepasan udara, air buangan, bahan buangan berbahaya, tanah dan air tanah dengan bertanggungjawab. Amalan Air PETRONAS dan Garis Panduan Pengurusan Sisa membantu kami menguruskan air dan sisa dengan lebih cekap. Usaha kami bermula seawal peringkat reka bentuk dan kejuruteraan permulaan, kami mengurangkan pembentukan sisa dengan mengamalkan amalan industri yang baik dalam mengurangkan dan mengitar semula sisa. Sementara dalam operasi harian kami, kami menjalankan penilaian risiko alam sekitar pada pelbagai peringkat sepanjang projek kami.

Sistem Pengurusan Risiko dan Rangka Kerja untuk Mendorong Tindakan Iklim

PETRONAS sedang memainkan peranan untuk landskap rendah karbon dan menyokong peralihan Malaysia kepada ekonomi rendah karbon dengan mengurangkan pelepasan, mengutamakan tenaga bersih, dan mendorong kecemerlangan operasi. Usaha dan inisiatif ini dipandu oleh sistem pengurusan risiko yang teliti dan rangka kerja yang ketat di seluruh operasi kami. Dengan rangka kerja seperti Rangka Kerja Perubahan Iklim PETRONAS dan Komitmen Karbon PETRONAS kini tersedia, kami terus memperjuangkan landskap rendah karbon dengan pelaburan dalam penyelesaian tenaga bersih seperti PFLNG SATU dan PFLNG DUA, meneroka alternatif tenaga boleh baharu dengan bahagian anak syarikat tenaga solar kami, Amplus Energy Solution, dan mempertimbangkan penentuan harga karbon dalam proses membuat keputusan.

Keselamatan Peribadi ialah Keutamaan Utama

Apabila menyebut aspek keselamatan, kami percaya setiap orang bertanggungjawab. Itulah sebabnya kami memberikan tumpuan pada usaha memastikan integriti teknikal dan kebolehpercayaan fasiliti serta operasi kami dalam usaha perniagaan kami. Pada masa yang sama kami melaksanakan mekanisme pentadbiran yang kukuh, kami juga memanfaatkan kepimpinan HSE yang kukuh oleh pengurusan atasan kami untuk menanam kesedaran disiplin dan rangka HSE yang lebih tinggi dalam organisasi. Untuk menggalakkan dan mempermantap budaya keselamatan diutamakan dalam kalangan rakan sekerja dalam industri kami, kami terlibat rapat dengan pihak berkepentingan seperti kerajaan, kontraktor dan komuniti tuan rumah.

Bersiap siaga terhadap Potensi Impak dan Risiko Kesihatan Manusia

Kesihatan dan kesejahteraan masyarakat sekitar menjadi titik tumpuan dalam cara kami beroperasi. Dalam memainkan peranan kami untuk menjalankan operasi dengan selamat dan bertanggungjawab, kami melaksanakan Penilaian Risiko Kesihatan Manusia (Human Health Risk Assessment, HHRA) di kawasan operasi kami, baik di Malaysia mahupun di seluruh dunia. HHRA kami memberikan anggaran tentang risiko kesihatan alam sekitar kepada masyarakat yang lebih meluas, yang timbul daripada pelepasan dan pembuangan daripada operasi kami. Kami melakukannya secara berterusan dan berkala supaya kami dapat giat mengenal pasti potensi risiko dan mengambil tindakan untuk menghapuskan atau mengurangkan kesan yang buruk. Komitmen sukarela kami terhadap HHRA menunjukkan amalan terbaik kami untuk mendukung hak asasi manusia.

Menghormati Hak Asasi Manusia

Kami prihatin untuk menyantuni komuniti di sekitar kami dan mereka yang bekerjasama dengan kami secara adil dan beretika. Komitmen Hak Asasi Manusia PETRONAS adalah tentang bagaimana kami melaksanakan penghormatan yang teguh dan langkah- langkah yang holistik untuk hak asasi manusia yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa dalam operasi dan interaksi kami dengan semua pihak berkepentingan. Selaras dengan Prinsip Panduan PBB tentang Perniagaan dan Hak Asasi Manusia (UNGPs), kami memberikan tumpuan pada empat bidang, iaitu Pekerja dan Keadaan Bekerja, Keselamatan Bertanggungjawab, Rantaian Bekalan, dan Kesejahteraan Komuniti. Kami melaksanakan usaha wajar, memacu proses pengurusan aduan untuk mengurus risiko hak asasi manusia dan mencipta impak sosial yang positif bagi masyarakat sekitar di kawasan operasi kami.


Ketahui Lebih Lanjut Tentang PETRONAS

 

  • Pelesenan dan Perolehan di Malaysia

    Maklumat mengenai pelesenan dan pendaftaran untuk vendor yang berpangkalan di Malaysia.

    Baca Lebih Lanjut

  • Peluang Kerjaya

    Ayuh maju bersama-sama, dengan alatan dan rangka minda yang tepat. Apabila diperkasakan, segala-galanya boleh direalisasikan.

    Baca Lebih Lanjut

  • Berhubung Dengan Kami

    Daftar untuk mendapatkan kemas kini melalui e-mel dan menjadi yang pertama untuk mengetahui perkembangan terkini PETRONAS.

    Langgan Sekarang

Left footer graphic with PETRONAS Dots Right footer graphic with PETRONAS Dots