PETRONAS logo with text PETRONAS logo with text

Global

Kenyataan Privasi

Hubungan Pihak Berkepentingan

PENGUMPULAN DAN PENGGUNAAN MAKLUMAT UNTUK TUJUAN HUBUNGAN PIHAK BERKEPENTINGAN

Kami mungkin mengumpul data peribadi yang anda berikan secara sukarela kepada kami seperti nama anda, gelaran, tarikh lahir, jantina, maklumat hubungan perniagaan seperti jawatan anda, organisasi, alamat, emel, nombor telefon, dan maklumat lain bergantung kepada hubungan perniagaan anda dengan PETRONAS.

Kami juga mungkin mengumpul data peribadi anda daripada sumber pihak ketiga di mana data peribadi anda mungkin diperolehi dari sumber awam (cth., maklumat diterbitkan melalui laman web, kad perniagaan, penerbitan atas talian, seperti pelaporan berita, profil korporat, autobiografi, laporan tahunan, “post” sosial media) dan daripada sumber lain di mana anda telah memberikan persetujuan untuk mendedahkan data peribadi anda (cth., urusan formal dan tidak formal seperti mesyuarat, persidangan, acara yang dirancang oleh PETRONAS atau pihak ketiga), atau apabila dibenarkan secara sah. Berdasarkan sumber yang baru dinyatakan, kami mungkin memperolehi maklumat lanjut seperti profil peribadi dan profesional, kegemaran, pilihan, orang berkenaan dengan anda (cth., ahli keluarga, saudara-mara, orang yang berkaitan), hubungan politik yang diketahui secara awam, pandangan, pendapat dsb., kesemuanya akan diproses oleh kami degan ketat untuk kegunaan dalaman PETRONAS dan hanya untuk tujuan menguruskan hubungan dengan anda.

Kami mungkin menggunakan data peribadi anda untuk tujuan berikut:

  • Menguruskan hubungan dan urusan dengan anda sebagai pihak berkepentingan kami dengan menyimpan data asas pihak berkepentingan, mengenalpasti, menilai dan memantau jangkaan pihak berkepentingan dan isu-isu berbangkit kepada kami melalui sistem pengurusan pihak berkepentingan berpusat yang bertujuan merakam dan memantau pihak berkepentingan dan profil organisasi, urusan, isu, ketidakpuasan hati dan aktiviti pelaburan sosial;
  • Menilai urusan kami dengan anda supaya dapat kami menambahbaik interaksi kami dengan anda;
  • Memperibadikan komunikasi yang relevan dengan anda berkenaan butiran perbadi dan maklumat hubungan yang anda berikan kepada kami, seperti menghantar ucapan dan surat jemputan bagi acara, memastikan persediaan protokol yang sesuai, mengedarkan laporan tahunan, mengemas kini perniagaan (cth., kemas kini aktiviti tanggungjawab sosial korporat);
  • Memberikan hospitaliti korporat untuk mempertingkatkan pengalaman pihak berkepentingan;
  • Melaksanakan hasil kajian, penyelidikan dan maklum balas untuk membantu kami memahami keperluan, kegemaran dan kekhuatiran anda dengan lebih baik untuk membantu mempertingkatkan penyampaian perniagaan kepada anda dan menilai jenama/tanggapan reputasi dan sentimen;
  • Dalam situasi lain, tujuan-tujuan yang perlu atau berkenaan hubungan kami dengan anda atau di mana ia dibenarkan di bawah undang-undang yang terpakai.

Di mana kami mengumpul data peribadi daripada anda untuk tujuan hubungan pihak berkepentingan, kami hanya akan berbuat demikian untuk memenuhi tujuan yang dinyatakan di atas. Sekiranya kami tidak menerima data peribadi anda, kami mungkin tidak dapat memproses keperluan, kegemaran dan kekhuatiran anda dengan cekap atau melaksanakan sebarang tujuan yang dinyatakan di atas.

Sebarang pertanyaan dan permintaan berkenaan dengan Pernyataan Privasi ini atau data peribadi anda patut dialamatkan kepada:

Ketua, Strategi & Prestasi Bagi Pihak Berkepentingan,
Perhubungan Awam dan Korporat,
Komunikasi Strategik Kumpulan

Alamat: Aras 72, Menara 1, Menara Berkembar PETRONAS,
Kuala Lumpur City Centre, 
50088 Kuala Lumpur, 
Malaysia 
Alamat emel: stakeholder.governance@petronas.com

 

0Kembali ke Kenyataan Privasi PETRONAS

 

 


Know more about PETRONAS

 

  • Pelesenan dan Perolehan di Malaysia

    Maklumat mengenai pelesenan dan pendaftaran untuk vendor yang berpangkalan di Malaysia.

    Baca Lebih Lanjut

  • Peluang Kerjaya

    Ayuh maju bersama-sama, dengan alatan dan rangka minda yang tepat. Apabila diperkasakan, segala-galanya boleh direalisasikan.

    Baca Lebih Lanjut

  • Berhubung Dengan Kami

    Daftar untuk mendapatkan kemas kini melalui e-mel dan menjadi yang pertama untuk mengetahui perkembangan terkini PETRONAS.

    Langgan Sekarang

Left footer graphic with PETRONAS Dots Right footer graphic with PETRONAS Dots