Global

Memajukan Tenaga

Pemasaran & Perdagangan

Pemasaran & Perdagangan PETRONAS

PETRONAS menyediakan penyelesaian berkualiti tinggi kepada pelanggan di Malaysia dan di seluruh dunia melalui bahagian pemasaran dan perdagangan.

Produk kami merangkumi bahan api automotif, marin, dan penerbangan, minyak pelincir, gas memasak, pemanasan, dan kuasa elektrik.

Berpandukan Agenda Kelestarian PETRONAS dan aspirasi untuk mencapai Pelepasan Karbon Sifar Bersih menjelang 2050, kami juga telah memulakan penawaran penyelesaian tenaga yang lebih bersih, termasuk bahan api penerbangan lestari (SAF), bunkering LNG, serta infrastruktur dan bendalir untuk kenderaan elektrik (EV).



Portfolio produk kami juga merangkumi penyelesaian bukan bahan api. Di Malaysia, produk sedemikian mencakupi penawaran F&B seperti Makan@Mesra, Segar@Mesra, dan Café Mesra, yang tersedia di stesen minyak kami. Terdapat juga barangan PETRONAS yang dijual melalui kedai dalam talian yang dipanggil PRYSM, serta aplikasi Setel yang digunakan oleh pelanggan kami untuk pembayaran bahan api dan perkhidmatan lain.

Di sub-Sahara Afrika, kami menyediakan para pemandu dengan pengalaman pembayaran yang lancar, selamat, dan mudah melalui penyelesaian 1app Engen.

Kami juga memasarkan dan berdagang minyak mentah dan produk petroleum, termasuk minyak mentah PETRONAS yang menyaksikan kami beroperasi secara global dalam aktiviti pembangunan dan pengeluaran.

Kehadiran global kami

Pejabat perdagangan kami terletak di Kuala Lumpur, London, dan Dubai.

Kami juga mengendalikan rangkaian peruncitan bahan api terbesar di Malaysia dan Afrika Selatan. 

 

Malaysia (melalui PDB)

• Lebih 1,000 stesen PETRONAS di seluruh negara
• Lebih 800 kedai runcit Kedai Mesra

 

Sub-Sahara Afrika (melalui Engen Petroleum)

• Lebih 1,200 stesen Engen di Afrika Selatan, Botswana, Republik Demokratik Kongo, Eswatini, Lesotho, Mauritius, dan Namibia

Usaha kelestarian kami

1

Melalui PDB, kami menawarkan kemudahan pengecasan EV di stesen-stesen kami di Malaysia sejak tahun 2017. Pada tahun 2022, kami mula memasang pengecas EV Pantas PETRONAS di lokasi-lokasi penting di sepanjang Lebuhraya Pantai Timur dan Utara-Selatan.

2

Pada Disember 2021, PDB bekerjasama dengan Malaysia Airlines dan Neste untuk penerbangan kargo komersial pertama Malaysia Airlines yang melakar sejarah menggunakan SAF sebagai bahan api. Kerjasama ini melakar satu lagi pencapaian pada Jun 2022 dengan penerbangan penumpang Malaysia Airlines pertama yang menggunakan SAF.

3

Untuk menyokong pelaksanaan IMO 2020 oleh Pertubuhan Maritim Antarabangsa, kami membekalkan LNG sebagai bunkering alternatif yang lebih bersih bagi kapal-kapal yang berlayar di rantau ini.

4

PDB juga telah diberi penarafan 4 bintang penuh oleh indeks FTSE4Good Bursa Malaysia atas penzahiran mengenai Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG). 


Ketahui Lebih Lanjut Tentang PETRONAS

 

  • Pelesenan dan Perolehan di Malaysia

    Maklumat mengenai pelesenan dan pendaftaran untuk vendor yang berpangkalan di Malaysia.

    Baca Lebih Lanjut

  • Peluang Kerjaya

    Ayuh maju bersama-sama, dengan alatan dan rangka minda yang tepat. Apabila diperkasakan, segala-galanya boleh direalisasikan.

    Baca Lebih Lanjut

  • Berhubung Dengan Kami

    Daftar untuk mendapatkan kemas kini melalui e-mel dan menjadi yang pertama untuk mengetahui perkembangan terkini PETRONAS.

    Langgan Sekarang